Bab 3

101 6 1
                                    

CAHAYA api yang oren kemerahan meliuk-liuk di dalam anak matanya. Simen di tepi longkang hadapan rumah teres itu menjadi tempat duduk. Malam itu juga si Safiya mahu melupuskan harta peninggalan si Idlan Fazrin itu.
    
Liyana hanya membiarkan sahaja. Kerana sudah sampai masanya untuk dia melupakan lelaki itu dari hidupnya. Safiya keluar dari rumah dengan barangan tersebut. Diletaknya barang-barang itu di atas tanah di luar rumah berdekatan api yang sedang marak itu.
    
Liyana hanya melihat Safiya yang duduk mencangkung di depan api menyala itu. Sekali-sekala dia melihat Safiya tersengih macam nak tergelak pun ada. Gumpalan kertas dicampak ke dalam api.
    
"Hahaha..." tiba-tiba Safiya ketawa. Biasan cahaya oren dari api terkena di wajahnya, kelihatan gerun dengan ketawa yang mengilai.
    
"Apahal?" Liyana mengerut dahi.
    
"Dengar ni..." kata Safiya. Kertas di tangan direnung. "Wajahmu halus bagai sutera, senyumanmu persis putera di raja..." dia membaca isi kandungan surat tersebut.
    
Serta-merta Liyana merampas kertas tersebut dari tangan Safiya. "Tak payahlah baca!" kertas itu direnyuk lalu dicampakkannya ke dalam api.
    
Safiya masih ketawa. Dia mengambil lagi kertas yang lain lalu disuakan ke api. "Haih... wajahmu halus bagai sutera... hahah... sekarang dah jadi wajahmu kasar bagai jalan tar, hangus terbakar... haha." Katanya sendirian tapi boleh didengar dalam kawasan taman perumahan yang sunyi itu.
    
'Bongok dia ni! Saja nak sakitkan hati akulah tu, saja nak mengejek aku. Suka sangatlah tu dapat kenakan aku.' Marah Liyana di dalam hati.
    
Liyana melihat kepingan gambar yang dimakan api. Aduh... sedihnya bukan kepalang! Memori yang tercipta kini menjadi debu-debu hitam yang berterbangan. Berkuburnya cinta tanpa nisan.
    
Selang dari dua buah rumah, kelihatan Mak cik Kinah dengan baju kelawarnya keluar dari pagar membawa plastik sampah. Bedak sejuk bertepek di muka. Dah macam hantu Kak Limah balik rumah.

"Yuhuuu, anak dara! Membakar memalam buta ni?" teriaknya dari pintu pagar rumah.
    
"Ya, Mak cik Kinah oi! Banyak sangat sampah tak berguna dekat dalam rumah tu." Jawab Safiya. Kedengaran sinis tapi Liyana buat tidak tahu saja.
    
"Hmm... molek sangatlah tu! Jangan simpan lelama nanti berulat, busuk pula!" balas Mak cik Kinah. Lalu dia masuk ke dalam rumah.
    
Hmm... molek sangatlah perangai mereka berdua tu, masing-masing mulut pun boleh tahan. Kalau berceloteh tu, sampai tak ingat siang ke malam.

Aku Nak Move On [Slow Updated]Where stories live. Discover now