Bab 37

16 2 2
                                    

TERGOPOH-GAPAH Safiya mendaki tangga. Terasa lama pula nak sampai ke tingkat atas tersebut.

Sesampainya dia di tangga paling atas, kelihatan Miss Chia sedang memandangnya tanpa secalit senyuman. Safiya hanya melemparkan sengihan yang panjang lalu segera menapak dengan laju.

"Eh, you jangan kacau pekerja saya nak buat kerja ha!" kedengaran suara Miss Chia nyaring di cuping telinga.

Safiya menoleh laju. "Saya nak jumpa dia sekejap je Miss, please!" rayu Safiya.

"Kenapa mau jumpa dia?" soal Miss Chia.

"Adalah Miss. Ini soal hidup dan mati dia." Safiya cuba meyakinkan wanita itu.

"Oh kalau begitu, pergilah jumpa dia cepat. Nanti dia mati susah pula saya tak ada pekerja." Balas Miss Chia.

'Bongok la dia ni.' Kutuk Safiya di dalam hati. 'Mana pulak la minah ni menyorok.' Bebelnya lagi di dalam hati sambil matanya melilau mencari kelibat Liyana.

Set pinggan yang pegang terlucut dari tangan Liyana. Berkecai di atas lantai. Masing-masing memandang antara satu sama lain. "Bongok...." Perlahan saja perkataan itu keluar dari mulut Liyana namun didengari dengan jelas oleh Safiya.

"BENDA APA TU?" teriak Miss Chia dari tempat duduknya.

"Err... TAK ADA APA!!" balas Liyana kembali. Janganlah dia datang dekat sini. Mampus!

Liyana cepat-cepat mengutip sisa serpihan kaca tersebut lalu diletakkannya ke dalam kotak bertulis 'Barang rosak' yang terdapat di bawah rak barangan.

"Bongoklah kau ni! Kalau kau tak buat aku terkejut tadi tak jatuhnya pinggan ni." Marah Liyana.

"Sorry, sorry. Aku ada cerita lagi terkejut nak bagitau dekat kau." Safiya beria-ia.

"Apa dia?!"

"Weh, Lek ar jangan marah." Safiya tersengih lalu menyambung kembali. "Aku nampak Idlan kat bawah."

Liyana tergumam. Kalau ikutkan mahu juga pinggan lain jatuh ke lantai. Lama dia mencerna perkataan itu. "Perasaan kau je tu kot."

"Apa pula, betul ni. Aku nampak dia."

"Habis tu, kau nak aku buat apa sekarang ni? Pergi jumpa dia?" soal Liyana dengan muka yang langsung tidak menunjukkan rasa teruja. Namun getaran di hatinya masih terasa.

"Tak. Tak payah jumpa dia. Aku nak kau lari dari dia. Aku rasa dia sengaja datang sini sebab nak jumpa dengan kau la." Safiya membuat andaiannya sendiri.

"Kalau dia naik dekat atas ni macam mana? Aku nak lari mana?" Liyana tiba-tiba cuak tak tentu arah.

"Jom, ikut aku!" Safiya menarik tangan Liyana, membawanya keluar dari lorong itu.

Liyana menarik kembali tangannya. "Eh, kejap! Kau nak bawak aku pergi mana? Aku nak jawab apa dengan Miss nanti?" Bertubi-tubi soalan diajukan.

"Ah, jom je ikut aku!" Safiya segera menarik kembali lengan Liyana. Kebetulan Miss Chia tiada di situ, mungkin ada dalam office untuk print harga barang agaknya.

Setibanya di bawah, mereka berhenti sebentar untuk melihat. Sedang mereka melihat di sebalik rak-rak barang seseorang menegur mereka dari belakang.

"Pehal kau orang ni?" tegur suara lelaki dari belakang tetapi tidak diendahkan. Lelaki tu sebenarnya Aidan.

"Eh! Dah tak ada!" teriak Safiya. Matanya melilau-lilau tak tentu arah.

Tiba-tiba dia terdengar Aidan sedang bercakap dengan seseorang. Seorang pelanggan lelaki yang bertanyakan tempat barang yang di cari.

"Dekat bahagian sana." Kata Aidan. Bahagian sana itu adalah bahagian Safiya dan Liyana sedang berdiri.

Safiya pusing ke belakang. Alangkah terkejut siput dia apabila lelaki yang di cari itu dalam perjalanan menuju ke situ.

"Apa?" Liyana menyoal Safiya yang ternyata cemas gila pig. Dia melihat Safiya memberi isyarat agar jangan menoleh ke belakang. Mereka berpura-pura sedang menyusun barang di situ.

Lelaki itu betul-betul di sebelah Liyana sedang meneliti barangan tin di atas para tersebut. Liyana pula menjalankan tugas olok-olok itu sambil menundukkan kepala.

"Jenis ni je ke yang ada?" soal lelaki itu.

Liyana membulatkan mata apabila kedengaran suara lelaki itu. Suara yang sudah bertahun tidak bermain di telinganya. Debaran di dadanya kian menyesakkan.

"Ya itu.. ehem." Dia berdehem supaya dapat menukar nada suara agar tidak dapat dikenali. "Mm, iya. Tu je." suara itu bertukar garau. Tangannya bergerak-gerak menyusun tin-tin di situ.

Liyana menghela nafas lega apabila lelaki itu beredar dari situ. "Idlan kan?" soalnya kepada Safiya inginkan kepastian.

Safiya mengangguk.

"Sudahlah. Aku nak naik, nanti mama bising." Kata Liyana.

Safiya mencapai lengan kanan Liyana. "Eh, sabarlah dulu. Nanti kalau dia naik atas macam mana? Kau tak ada tempat nak lari tau."

"Ha'ah, kan." Liyana kembali mengintai di sebalik rak barang tersebut.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara gas helium berteriak dari belakang. "EH! YOU ORANG BUAT APA KAT SINI HA? PUAS SAYA PANGGIL YOU, YANA! YOU TAK ADA KAT ATAS HA! KAT SINI RUPANYA YOU!"

Mata Liyana terpejam rapat sebaik sahaja suara itu menembus gegendang telinganya. Liyana berpaling ke belakang. Terlihat Miss Chia sedang mencekak pinggang dengan muka garang mengalahkan harimau.

Masak!! Habis aku!!

***
Maaf lama tak update. Sesungguhnya penulis kehilangan idea. Terima kasih yang masih menunggu sambungan cerita ni 🙏




Aku Nak Move On [Slow Updated]Where stories live. Discover now