Bab 34

46 3 2
                                    

PEMANDANGAN di luar sebuah kafe lengang tiada berorang. Waktu sudah menginjak ke 1 pagi. Dia masih lagi duduk sendirian di dalam kafe tersebut. Kopi panas dihirup perlahan.

Ingatannya teringatkan kejadian di dataran tadi. Agaknya kewujudannya di situ disedari ataupun tidak? Harapnya tidaklah. Buat masa ini, dia tidak mahu dilihat.

Telefon pintar dibuka. Jarinya tidak henti-henti meng'scroll' news feed di media sosial. Apa yang dicari telah pun jumpa.

Dia melihat gambar yang telah di post di dalam sebuah aplikasi WeChat itu. Terdapat juga moments lain yang telah di post berkaitan dengan kejadian di dataran tadi.

Bibirnya tersenyum senget. "Tak sangka dia ingat lagi kat aku." Berkatanya sendirian.

"Tapi siapa pulak lelaki ni? Dorang couple ke?" soalan itu tergantung tanpa jawapan.

***

Pandangan Liyana masih di siling biliknya. Sebuah novel tertangkup di dadanya. Fikirannya masih lagi menerawang ketika di dataran.

Entah kenapa dia sangat sukakan saat-saat bersama dengan Aidan. Dia rasa selamat bersama dengan lelaki itu. Rasa gembira, hati berbunga-bunga.

Tak! Tolonglah perasaan, jangan layankan sangat. Aku tak mahu terluka lagi. Buat masa ni, tolonglah jangan simpan perasaan dekat mana-mana lelaki. Tapi, aku rasa lain macam bila dengan dia.

Mungkin rasa ini satu pentunjuk dari Yang Esa? Adakah dia lelaki yang tepat untuk aku jadikan teman sehidup semati? Urgh! Sudahlah, tak payah difikirkan lagi.

Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Nada ada perbualan yang masuk. Segera dia mengambil telefon yang berada di meja di tepi katil.

Chat dari Fadil Kecik.

Oh my God! Macam mana dia tahu aku terjatuh dekat taman tadi

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Oh my God! Macam mana dia tahu aku terjatuh dekat taman tadi. Dia ada kat situ ke? Ataupun dia… ataupun betul apa yang aku nampak tadi, itu memang dia! Tapi ni Fadil bukan dia. Entah-entah dia menyamar?

Di dalam benaknya terbayang wajah Idlan. Jelas sekali apa dia lihat itu memang Idlan.

Matanya membulat membayangkan situasi itu. Eh! Cannot be, cannot be.

Oh, dia tengok dalam moment rupanya

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Oh, dia tengok dalam moment rupanya. Bodoh betul aku. Macam mana aku boleh lupa?

Mereka meneruskan perbualan mereka. Liyana turut merasa curiga dengan kehadiran Fadil. Rasa seperti telah lama kenal. Cara dia berbual, cara taip pun sama. Tapi kadang-kadang la persamaan tu ada. Dia pandai bermain dengan kata-kata. Kadang-kadang terasa suka pula dengan si Fadil tu.

Jangan kau nak mengada Liyana! Dua-dua kau nak, melampau! Benda tak confirm lagi jangan nak berangan tinggi melangit takut nanti tersungkur sehingga mencakar tanah di bawah tumit. Merana kau!

Setelah menamatkan perbualan di chat. Dia kembali membaca dengan penuh kusyuk. Helaian diselak satu per satu.

Sekali sekala riak wajahnya bertukar mengikut situasi yang digambarkan di dalam penulisan tersebut.

Tidak lama selepas itu, bunyi panggilan masuk dari telefon menyentaknya. "Aduhh..." belakang kepala digosok akibat terhantuk dengan kuat. Terkejut punya pasal. Dahlah tengah baca novel seram.

Tertera di skrin nombor telefon. "Alah, nak jawab ke tak nak? Dah la nombor ni tak save. Entah siapa-siapa entah."

Dia memang macam tu, jika panggilan dari nombor yang tidak dikenali sudah pastilah dia tidak akan menjawab panggilan itu.

Telefon yang bergegar tadi lambat-lambat dijawab. "Helo?" 

"Oh hei, tak tidur lagi ke?" jawab suara dari dalam talian.

Liyana tidak terus menjawab. Dia tertanya-tanya siapakah punya suara itu. "Siapa ni? Kenal ke?"

"Akulah. Tak kan tak kenal pulak." Jawab suara itu.

Aidan? Come on lah. Macam mana dia boleh dapat nombor aku pulak. "Tak kenal." Jawab Liyana selamba.

"Akulah, Aidan."

"Oh, suara kau dalam telefon macam suara orang tua." Liyana menutup mulut menahan ketawa. "Mana kau dapat nombor aku ni?" terus saja nadanya berubah serius.

"Takkan aku nak save nombor kau pun tak boleh. Kata kawan, kan?"

"Aku tanya dari mana kau dapat nombor telefon aku ni?" Liyana mengulangi soalan tadi.

"Tak payah tahulah."

"Baik, tak apa kalau tak nak beritahu. Aku siasat sendiri." Jawab Liyana selamba. "Kenapa telefon aku ni?"

"Saja. Rindu." Jawan Aidan selamba.

"Please lah. Jangan nak mengada."

"Tak. Betul ni, aku serius. Aku rindu sangat dekat kau. Kalau boleh aku nak ada dekat sebelah kau sekarang ni." Jawab Aidan lagi. Tiba-tiba saja Liyana tidak bersuara. Dia diam sahaja membuatkan Aidan cuak.

"Helo? Hei, aku gurau jelah."

Namun suara Liyana masih tidak kedengaran. "Hei, dengar tak ni? Yana? Aku minta maaf kalau aku buat kau rasa tak selesa."

Oh Tuhan. Aku tak tahu kenapa aku rasa berdebar-debar sangat. Debaran ini buat dada aku terasa sesak. Sesak dalam memendam rasa. Hendak diluah, mungkin terlalu awal. Hendak di pendam takut ketinggalan.

"Hei, sorry aku... aku pergi toilet tadi. Kau cakap apa?" jawab Liyana dengan tenang seperti yang dirancang.

"Oh... pfft... aku ingatkan kau marah tadi."

"Kenapa? Kau ada cakap apa-apa ke tadi?"

"Tak ada apa. Forget about it."

Masing-masing diam tidak bersuara. Tiba-tiba terasa janggal. Iyalah, manalah pernah mereka berdua on the phone sebelum ni. Jadi awkward sedikit, tak tahu nak sembang apa.

"Umm... dah lewat ni. Aku pun tiba-tiba tak tahu nak cakap apa." Aidan bersuara.

"Aku pun dah mengantuk. Jumpa esok!"

"Ya, jumpa esok." Jawab Aidan. "I miss you." Tambahnya lagi setelah panggilan ditamatkan.

Aku Nak Move On [Slow Updated]Место, где живут истории. Откройте их для себя