Bab 17

88 4 0
                                    

LIYANA duduk termenung di birai katil. Ingatannya menerawang jauh, teringat kejadian petang tadi. Dia ternampak Wan Haziq dan seorang perempuan menaiki motosikal. Kemudian mereka berdua masuk ke dalam sebuah pasaraya tidak jauh dari tempat dia dan Safiya makan.
    
Apa dia buat dengan perempuan tu? Tak mungkinlah! Wan Haziq seorang yang jujur. Dia tahu Wan Haziq tidak akan berlaku curang, tidak sama sekali!
    
Liyana melihat kembali gambar-gambar yang mereka ambil ketika keluar bersama. Terasa rindu pula nak keluar dengannya lagi. Masing-masing sibuk bekerja. Wan Haziq sibuk dengan kerjanya di kilang, kadang-kadang dia menolong ibu saudaranya di kedai makan itu. Sampaikan tiada masa untuk berehat. Mereka hanya berhubung melalui media sosial.
    
Gambar yang dilihat tadi dipostkan di sebuah laman sosial dengan kapsyen 'Rindu dia.' Sebelum ini, dia tidak pernah berkongsi dengan siapa-siapa mengenai itu. Entah kenapa dia mahu mengongsikan gambar tersebut.
    
Gambar yang dikongsikan tadi mendapat banyak respon. Tetapi satu komen di gambar itu menarik perhatiannya. Komen itu bertulis 'Pakwe akak ke tu?'
    
Komen dari Puteri Raisa itu dibalas dengan bertulis 'Ya. Kenapa?'
    
Tidak berapa lama kemudian satu chat masuk. Dari Puteri Raisa. Liyana tidak berapa mengenali setiap friends yang di add di dalam aplikasi tersebut. Ia random! Ada yang kenal, ada yang tak kenal. Siapa saja yang request dia pasti approve. Dengan syarat profil tersebut bukan yang mengarut seperti iklan menjual minyak lintah atau gambar-gambar lucah! Direject sama sekali.

Oh my God! Seriously? What the hell is going on!? Lawak jenaka apakah ini? Takkanlah kot? Mungkin lelaki lain yang kerja kilang dan kedai makan tu, bukan Wan Haziq seorang saja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oh my God! Seriously? What the hell is going on!? Lawak jenaka apakah ini? Takkanlah kot? Mungkin lelaki lain yang kerja kilang dan kedai makan tu, bukan Wan Haziq seorang saja. Kebetulan pakwe budak tu pun muka sama then tempat kerja pun sama.
    
Tiba-tiba terbeliak mata Liyana membayangkan yang teman lelakinya itu teman lelaki perempuan lain juga. Tidakkk!!!
    
"Kau dah kenapa?" Safiya menegur Liyana yang terbuntang biji matanya merenung ke arah satu sudut. Kena rasuk ke apa ni?
    
Liyana tersentak. "Hah, tak ada apa-apa." Dia menutup skrin telefonnya lalu berbaring dengan selesa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. "Kau kenapa?"
    
Safiya tersengih. Di tangannya terdapat bantal dan selimut yang didakap di dadanya. "Aku tidur dengan kau, boleh?" soalnya.
    
Setelah melihat anggukkan Liyana, dia terus melompat naik di atas katil. Tiba-tiba dia terasa takut pula setelah mendengar seperti ketukkan lesung batu di dapurnya.

Siapa yang memasak? Mana ada orang memasak memalam buta ni!

Aku Nak Move On [Slow Updated]Where stories live. Discover now