Bab 36

36 3 4
                                    

TELEVISYEN di ruang tamu rumah terpasang namun tiada yang menontonnya. 'Mana pergi si Safiya ni? Dah la tv terpasang tapi tak tengok. Membazir elektrik betul.' Bebel Liyana di dalam hati.

Kerusi di hadapan televisyen menjadi tempat duduknya. Tangan kanan mencapai alat kawalan televisyen manakala tangan kirinya memegang semangkuk puding karamel pemberian Mak Cik Kinah.

'Sedap puding Mak Cik Kinah ni. Kalau buat jual mesti laku keras.' Bebel hatinya sambil menyuap puding karamel tersebut. Anak matanya tidak lekang dari menonton kaca televisyen rancangan Nat Geo Wild.

Tidak lama selepas itu kedengaran pintu masuk ditutup. Safiya muncul lalu terus mendapatkan tempatnya di sebelah Liyana.

"Apa benda kau tengok cerita binatang ni?" kata Safiya lalu mencapai alat kawalan di atas meja.

"Lebih baik aku tengok binatang dari tengok orang yang macam binatang." Balas Liyana selamba badak. "Eh, kau pergi mana ha?"

"Jumpa Pokya." Safiya tersengih menampakkan barisan giginya. "Eh nak dengar cerita tak?"

"Tak nak." Liyana meneruskan suapan puding karamel ke dalam mulutnya.

"Ok." Safiya bersandar di kerusi lalu mengalihkan anak matanya mengadap kaca televisyen. Suasana sepi seketika.

"Eh, ceritalah apa dia?" tiba-tiba Liyana bersuara.

"Bengong kau ni. Aku tampar kau karang koma sampai tahun depan." Marah Safiya.

"Aku okey je kalau koma sampai tahun depan." Jawab Liyana.

"Nampak sangat kau dah give up dengan life kau." Safiya berhenti seketika. Kemudian dia menyambung kembali apa yang ingin disampaikan tadi.

***

"Pinggan ni satu set, mak cik." Kata Liyana kepada seorang pelanggan separuh umur itu.

"Mak cik nak satu je. Tak nak banyak-banyak." Balas Mak cik itu. Lalu pinggan itu diambil ingin di bawa pergi ke kaunter pembayaran.

"Mak cik! Mak cik tak boleh ambil satu je. Harga ni kira satu set." Teriak Liyana cuba mendapatkan kembali pinggan seramik bercorak bunga-bunga kecil berwarna biru.

Alahai, apa ke degil sangatlah customer hari ni. Penatlah kalau macam ni! Mak cik tua tadi meletakkan pinggan yang diambil tadi di atas kaunter.

Maka kedengaranlah teriakkan kuasa halilintar tahap maksima dari Miss Chia. "Yana! Mana you? Mari sini!"

Huh, damn! Aku tahu memang aku kena punya. Bisik hati Liyana. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. Langkah kaki dihayun penuh tenang.

"Ya, Miss. Ada apa?" Liyana buat-buat tanya sambil tersenyum ramah.

"Ada apa? You tengok ni, mana harga? Cashier nak scan barang tak ada harga." Miss Chia memekak.

"Harga barang tu satu set, Miss. Tapi mak cik tu nak satu je. Saya dah cakap dah dengan mak cik tu tapi dia nak jugak yang tu."

"Oh iya ke?" Miss Chia tergamam seketika. Kemudian dia ke kaunter pembayaran lalu berkata kepada mak cik itu dengan ramah. "Mak cik, ini barang harga satu set punya. Mak cik kena beli satu set punya barang."

"Tak mahu. Mak cik nak satu je." Balas Mak cik itu. Tidak mahu mengalah.

"Kalau mak cik mahu satu saja, mak cik boleh beli yang jual satu, satu ada atas rak sana." Pujuk Miss Chia lagi.

"Tapi yang ini cantik maaa..." kata mak cik tu lagi.

"Iya mak cik, memang cantik. Tapi ini jual satu set punya." Balas Miss Chia lagi. Nampaknya masing-masing tidak mahu mengalah.

Tiba-tiba seorang perempuan meluru naik dari tangga menerpa ke arah mereka. Perempuan itu sebenarnya anak kepada mak cik tua tersebut.

Sebelum turun perempuan itu sempat meminta maaf mengenai kejadian tadi. Katanya ibunya itu memang macam tu. Tak berapa sihat. Faham-faham sajalah ya.

Miss Chia menggeleng-geleng kepala dengan situasi tadi. "Aduh, sakit kepala sayalah. Macam-macam perangai ha..." lalu dia kembali semula ke tempat bersemayamnya.

Ha. Baru dia tahu macam mana hari-hari mengadap customer yang macam-macam ragam ni.

"You apa senyum-senyum sana?" Liyana tersentak mendengar suara Miss Chia yang nyaring itu. "Pergi kemas barang sana. Jangan tunggu saya suruh, ayoo..." kedengaran lagi suara yang menjengkelkan itu.

Heh, aku pulak yang kena marah? Aduhai, sabar sajalah kerja dekat sini. Kalau hati tak kental memang tak lama kerja dekat sini. Memang balik sehari esok tak datang-datang dah.

Liyana kembali semula ke tempatnya sambil dia memikirkan hal yang diceritakan Safiya kepadanya mengenai bekas kekasihnya, si Idlan tu.

Dah kenapa tiba-tiba nak muncul? Entah-entah Safiya tu yang salah. Entah siapa-siapalah yang dia nampak tu. Ah, tak mungkinlah.

***

Keadaan di tingkat bawah pasaraya agak padat dengan pelanggan. Kebanyakkannya pelanggan tetap yang selalu membeli barangan basah untuk bekalan di restoren juga kedai makan mereka.

Pelanggan yang beratur menunggu giliran untuk pembayaran juga tidak kurang panjangnya. Sedang Safiya men'scan' barang, terdapat satu barangan yang tidak bertampal harganya.

Safiya meminta Masha yang ketika itu berada di kaunter satu untuk menggantikan tempatnya seketika. Untuk pengetahuan semua, kaunter satu ni adalah kaunter yang paling rilex sekali sebab kaunternya berada di paling hujung berbanding dengan kaunter tiga yang sentiasa sibuk kerana menjadi laluan utama pelanggan keluar masuk.

Terkedek-kedek Safiya menuju ke bahagian frozen. Kemudian dia ternampak Aidan sedang menyusun sayuran lalu dia menegurnya. "Eh, Dan! Tolong timbang balik daging ni. Tak ada harga."

Sedang dia menunggu, matanya tertancap ke arah seseorang yang sebelum ini kerap kali di lihat berada di pasaraya itu. 'Seriously? Itu memang betul dia! What the hell is dia buat kat sini?'

"Kau tengok apa?" tegur Aidan. Sambil tangannya menghulurkan bungkusan daging tersebut.

'Ini tak boleh jadi ni. Aku kena bagitau Yana ni.' Bungkusan di tangan Aidan terus dirampas tanpa mengucapkan sepatah kata. Safiya tergesa-gesa menuju ke kaunter.

"Eh, kau jaga sekejap. Aku nak pergi tandas, tetiba sakit perut pulak." Katanya kepada Masha yang terpinga-pinga.

Tanpa berlengah lagi, Safiya terus berjalan menuju ke tingkat atas ingin bertemu dengan sahabat baiknya itu.

***
Agak-agak apa yang akan berlaku untuk bab yang seterusnya? Entahlah 😆




Aku Nak Move On [Slow Updated]Where stories live. Discover now