[LIMA BELAS]

11.5K 429 7
                                    

Sepanjang perjalanan ke kelas, Hasha hanya menunduk sahaja. Dia tahu ramai orang sedang bercakap tentang dia. "Hasha." Terkejut dia apabila ada yang menarik lengannya dari belakang secara tiba-tiba. "Ya Allah, Eddy. Gugur jantung aku dibuatnya."

"Aku ingatkan kau tak datang kelas tadi. Kau dari mana?"

"Erm, aku dari rumah kawan aku."

"Kawan? Sejak bila kau ada kawan lain? Siapa? Julia? Melur? Aina?"

"Tak. Bukan."

"Siapa Hasha? Betul ke kau dari rumah kawan?"

"Ya, Eddy. Please. Please, percayakan aku. Balik rumah nanti. Aku explainkan kepada kau."

"Ya. Sorry kalau aku macam mendesak kau. Aku risau sangat bila pagi tadi bangun tengok bilik kau kosong. Nasib baik kau Whatsapp aku, kata yang kau gerak ke kelas sendiri."

"Kawan aku tolong hantarkan aku tadi. Beriya benar dia nak tolong hantarkan pun. Dah puluh kali aku tolak, tapi dia buat keras kepala."

"Ferrari hitam ke, Hasha?"

"Haah." Hasha mengangguk. "Eh, kejap. Macam mana kau tahu? Kau nampak aku ke tadi?"

"Aku tak nampak. Tapi, kecoh dalam group Whatsapp kelas bila nampak kau keluar dari kereta Ferrari hitam. Siap ada gambar lagi." Eddy menunjukkan skrin telefonnya kepada Hasha.

Hasha rasa nak hentak kepala dekat dinding. Kesal dengan diri sendiri yang terlelap masa tengah buat kerja dalam bilik Megat. Kalau sahaja dia berkeras minta Megat hantar pukul 10 lebih, mesti tidak jadi macam ini. "Eddy, kau jangan percaya gosip murahan. Aku janji. Aku akan ceritakan dekat kau. A sampai Z. Everything. Tak akan miss satu cerita pun."

"Ya. Aku pegang janji kau. Dah, jom masuk kelas. Kalau tunggu sini pun, aku tak dapat tahu cerita penuh." Tangan Hasha yang tegak berikrar ditarik Eddy masuk ke dalam kelas.

Eddy menjeling-jeling kearah sahabatnya yang nampak kurang selesa. Manakan tidak, sejak dari masuk ke dalam dewan kuliah tadi sampai masa kelas pensyarah nak dekat habis, mata-mata rakan-rakan kelas mereka lansung tidak fokus pada bebelan pensyarah di depan. Malah, mereka lebih fokus memandang Hasha. Rasa kasihan pula dia melihat gadis itu. "Hasha."

"Ya?"

"Habis kelas ni, kau balik dengan aku ke? Atau dengan kawan kau?"

"Kau. Kawan aku tu sibuk."

"Okay." Mereka kembali fokus kepada pensyarah di hadapan. Hasha cuba mengendahkan pandangan mata-mata yang memandang dia.

"Hasha."

"Ya, Eddy?"

"Bukan semalam baju kau blaus putih ke?"

"Baju tu kena bakar. Kawan aku tak suka aku pakai baju tu. Katanya seksi sangat. Dia bagi pinjam baju besar gedabak dia untuk aku pergi kelas pagi ini."

"Sorry kalau aku cakap ni salah. Tapi, kawan kau tu lelaki ke?"

"Macam mana kau tahu? Kau pasti ke yang kau tak nampak dengan mata kepala kau sendiri masa aku keluar dari kereta Ferrari hitam tadi?"

"Tak. Aku tahu sebab saiz dia macam besar. Lagipun, cutting kemeja kau pakai ni cutting lelaki. Aku kan biasa temankan si Izzat cari baju kerja dia."

"Lupa pula aku pasal itu."

"Hasha! Edrina! Seronok sangat ke berbual tu? Ada yang nak dikongsikan kepada saya dan rakan-rakan kelas awak?" Hasha dan Eddy memandang antara satu sama lain sebelum memandang kearah pensyarah mereka. Apa yang mampu mereka buat hanyalah tersengih dan senyum sahaja. Menjawab, nanti kata kurang ajar. Diam sahaja pilihan yang terbaik. Tidak lupa juga meminta maaf. "Maafkan kami, Puan." Ucap dua gadis itu serentak.

PAWKYWhere stories live. Discover now