[EMPAT PULUH ENAM]

9K 380 16
                                    

Tok! Tok! Pintu bilik mandi Megat diketuk. "Baby, you panggil I tadi, kan?"

"Kau ni, baby-baby dengan aku. Geli tahu! Nak sangat ke kena panggil binatang pink tu dengan aku?"

"Baby ni..." Megat rasa menyampah pula dengar suara si gedik itu. Entah macam mana sebelum dia nak masuk bilik mandi tadi, Cassandra memecah masuk ke dalam biliknya dengan sengih tidak bersalah. Kalau tidak ikutkan rasa melekit pada badan yang satu hari suntuk berlatih dengan anak-anak buah dia tadi sebelum datang ke sini tadi, sudah lama perempuan itu dihalau keluar. Tapi, dia tidak selesa. Jadi, dia terus masuk ke dalam bilik mandi mengabaikan Cassandra.

"Baby, bukalah pintu ni. You panggil I tadi, kan?"

"Hei, babi! Kau dah kenapa nak buka pintu bilik mandi aku bagai?" Nasib baik dia sempat menyarungkan baju dan seluar sebelum dibuka oleh Cassandra. "Tadi you yang panggil I."

"Aku panggil kau untuk make sure sama ada kau masih di luar ke tidak? Kalau ya, aku nak terus pakai baju. Kalau tidak, tak pasal-pasal nanti kau tuduh aku cabul kau. Tak kuasa aku!"

"I boleh layan kehendak dan nafsu you, Megat."

"I tak nak. Kehendak, nafsu dan batin aku hanya boleh dipuaskan oleh seorang wanita sahaja. Dan, wanita itu bukan kau. Wanita itu, Hasha Irdina Qaisara. Ingat, simpan kemas-kemas dalam kepala otak kau yang tidak boleh pakai itu."

"Keluar, Cassandra!" Bukan kali pertama dia melihat Cassandra berpakaian jarang sebegitu. Sudah beberapa kali Cassandra cuba memerangkap dia dengan pakaian sebegitu. Tapi, dia lansung tidak berselera dan naik nafsu. Apa yang Cassandra tayang sudah menjadi tontonan dia dari dulu lagi. Makanya, dia sudah muak.

"Tapi, Megat..."

"Tapi apa lagi? Jangan buang masa aku. Keluar!"

"I benci you, Megat!"

"Kau benci aku? Baguslah. Aku pun bencikan kau."

"Argh!" Perempuan gedik itu menghentak kaki menunjuk protes.

"Cassandra." Cassandra berhenti di depan pintu memegang tombol. Senyumannya kembali diukir manis ingin menoleh. Tapi, kata-kata Megat buatkan dia rasa sebal. "Nah. Pakai baju kau balik. Aku tak ngap kau dalam ni. Jangan fikir lelaki dekat luar sana nanti tak ngap kau pula."

Bam! Pintu bilik S143 dihempas kuat. Megat membaringkan tubuhnya diatas katil. Dia menghembus nafas lega. Sesak rasa jiwanya dengan karenah tidak matang, tidak cukup kasih sayang Cassandra. Tok! Tok!

"Siapa?"

"Saya, Tuan." Suara Hisyam kedengaran dari luar. "Masuk."

"Kenapa, Hisyam? Ada apa-apa ke?"

"Pengurus hotel telefon saya."

"Kenapa? Ada apa-apa masalah ke? Hotel cawangan mana?"

"Hotel yang Tuan sedang menginap ini, Tuan. Kata Pengurus itu, ada salah seorang penginap baru daftar dan nama penginap itu seakan-akan nama bakal isteri Tuan."

"Hasha?"

"Ya. Dia tahu pun sebab nama yang dia baca diatas kad kahwin undangan yang diedarkan Tuan kepada semua pekerja-pekerja Tuan."

"Mana list check-in?"

"Ini, Tuan." Hisyam memberikan dia satu salinan kertas nama penginap yang didaftar masuk ke dalam sistem daftar setiap kali ada pengunjung check-in bermalam di MCORP Hotel. "Hasha Irdina Qaisara." Nama itu dibacanya jelas. Tidak silap lagi, nama itu memang nama gadis kesayangannya. Tapi, macam mana Hasha boleh ada disini? Sedangkan dia sudah memesan kepada gadis itu untuk tidak datang ke Jepun. "S144." Dia tahu nombor bilik itu. Bilik itu berhadapan dengan biliknya. "Hisyam."

PAWKYWhere stories live. Discover now