[TIGA PULUH DUA]

9.4K 424 14
                                    

"Tuan Megat?"

"Kita ke hangar esok pagi untuk terbang ke Jepun."

"Tuan buat apa disini sendiri? Mana Hasha?"

"Jangan tanya pasal dia. Saya tak nak cakap pasal dia buat masa ini."

"Tapi..."

"Hisyam."

"Maafkan saya, Tuan. Ini kunci bilik hotel Tuan. Bilik Tuan sebelah bilik saya."

"Terima kasih." Megat terus meninggalkan bilik hotel Hisyam dan berjalan kearah biliknya. Menggunakan kad yang diberikan Hisyam dia meletakkan pada pintu dan menarik tombol pintu. Tubuhnya dibaringkan diatas katil. "Hasha, kalaulah kau dengar dulu penjelasan aku."

Tok! Tok! Tok! "Tuan! Buka pintu ini, Tuan!"

"Saya tak nak diganggu, Hisyam."

"Tuan, Joey telefon tidak dapat.Jadi, dia telefon saya. Joey beritahu Hasha hilang dari majlis dan tanyakan kalau Hasha ada dengan Tuan ke tidak."

"Apa?!" Megat terus berdiri membuka pintu. "Mereka tidak dapat jumpa Hasha. Hadha kali terakhir bercakap dengan Hasha, Hasha kata nak duduk di luar sekejap. Tapi, nak masuk sejam lebih Hasha masih tidak masuk ke dalam dewan semula. Jadi..."

"Kita ke istana sekarang! Bagi kunci!"

"Tapi, Tuan..."

"Bukan sekarang, Hisyam. Kita kena pastikan Hasha selamat."

Hisyam memberikan kunci kereta kepada Tuannya. 

Sepatutnya perjalanan dari hotel ke istana milik Duke Venze mengambil masa 30 minit, tapi dengan pemanduan Megat, mereka sampai ke ruang luar istana itu hanya dalam masa 15 minit sahaja. Sebelum keluar dari perut kereta, Megat mengambil pedang miliknya di bawah tempat duduk bahagian penumpang belakang. "Tuan."

"Hanya untuk pertahanan diri jika ada perkara buruk berlaku."

"Megat."

"Joey, Hadha."

"Kami masih tidak menjumpai Hasha." Beritahu Hadha yang risaukan kehilangan kakaknya. Kehilangan Hasha masih tidak diberitahu kepada Duke Venze dan Duchess Zarina kerana tidak mahu pasangan itu.

"Aku akan cari bahagian belakang. Kita berpisah. Hisyam, kanan. Hadha dan Joey, kiri."

"Okay." Sahut mereka bertiga faham dengan arahan lelaki itu.

Megat mengeluarkan telefon bimbitnya. Bagaimana dia boleh lupa yang dia boleh jejaki lokasi gadis yang dicintainya itu melalui cincin yang diberikannya sebelum ini. Dia berjalan mengikut peta yang terpapar di skrin telefon bimbitnya dan dia nampak sesuatu. Tubuhnya ditunduk mengutip sesuatu diatas tanah itu. "Ini tiara yang dipakai Hasha."

"Hasha!"

"Hasha! Jawab!"

"Hasha Irdina Qaisara!"

Hasha dengar suara seseorang memanggil namanya. "Diam. Jangan bersuara." Isaac menekup mulutnya kuat sehingga menutup hidung dia. Dia terasa lemas dan pernafasannya terganggu. "Hasha!"

'Megat, tolong saya.' Rintihnya di dalam hati mengharapkan lelaki itu datang. Sebelum pandangannya gelap.

"Isaac cepat, Isaac. Ada orang datang."

"Ya, Isaac."

"Kau orang diamlah. Nanti orang dengar dan tahu keberadaan kita."

Megat mendengar bisikan itu walaupun tidak jelas. Dia berdiri di belakang satu pohon pokok. Alangkah terkejutnya dia melihat ada sekumpulan lelaki sedang mengepung tubuh Hasha yang ditindih oleh seorang lelaki. Dia mencabut sarung pedangnya. 

PAWKYWhere stories live. Discover now