03

2.3K 260 58
                                    

"Aku kan sayang kau"

Dari tadi suara Doyoung terngiang-ngiang dekat telinga aku .

Dengan lembutnya dia berkata pada aku ya tuhan aku tak kuat .

"Arghhh keluar lah!" aku tekupkan kepala pada bantal . Mata aku dipejam cuba kosongkan fikiran sehingga lah aku terdengar bunyi pintu terbuka dari luar.

Aku terus duduk seperti biasa menunggu siapa yang bakal masuk .

"Anak Mama buat apa tu?"

Ingatkan siapa lah yang masuk rupanya Mama . Buat saspen je . Mana tak nya , kemain perlahan tombol pintu di pulas . Ingatkan penyangak tadi .

"Aira tak buat apa-apa pun . Kenapa?"

Mama duduk di birai katil .

"Saja nak berbual dengan anak Mama sorang ni , ada apa-apa cerita?" persoalan Mama itu buat aku berfikir . Cerita apa?

"Apa maksud Mama?"

"Cerita tentang Doyoung dengan Aira? Masih sama?"

Aku terdiam . Apa yang nak diceritakan? Bukannya aku ada apa-apa dengan Doyoung tu .

"Macam tu jelah Mama" riak Mama bertukar kecewa , wajah aku dipandang nya lama .

"Kenapa Mama pandang Aira macam tu?"

"Kamu memang tak ada apa-apa langsung hubungan dengan Doyoung tu ke?" Mama masih tidak puas hati dengan balasan aku .

"Iya Mama , buat apa Aira nak tipu"

Mama menghela nafas berat .

"Aira..." panggil Mama lembut . Jarak kami di rapatkan . Tangan aku dipegang lalu diusapnya lembut .

"Bila kamu nak jumpa peneman hidup?" Mata kami bertaut .

Mula lah Mama nak bertanya aku perkara mengarut . Kenapa semua nak cepat sangat? Aku baru 20 tahun . Kadang aku terfikir keluarga ni dah tak nak jaga aku lagi ke?

"Mama , Aira baru masuk 20 tahun . Bagilah Aira nikmati kehidupan dulu"

"Tapi kehidupan Mama pun tak lama , kalau Mama dah pergi nanti-"

"Mama , please stop cakap pasal ni . Aira tak suka"

Aku paling tak suka bila Mama kaitkan tentang masalah kesihatan dia . Mama dah pulih sekarang . Aku tak suka bila dia cakap macam tu .

Mama sebelum ini pernah menghidap penyakit kanser usus tahap 1 pada 6 tahun yang lepas . Syukur pembedahan nya berjaya .

Mama bernasib baik kerana ketumbuhan di ususnya belum merebak ke hati dan jantung . Dia selalu hadiri rawatan kemoterapi yang membantu .

Jadi , bila Mama cakap seperti dia mahu tinggalkan kami tak lama lagi buat hati aku rasa sebak dan tertanya sama ada aku masih berpeluang untuk berjumpa dengan Mama lagi selepas ini .

Tuhan sudah berikan kami sekeluarga peluang kedua jadi dapatkah kami peluang lagi?

Halmeoni dulu pun tinggalkan kami kerana penyakit yang sama . Aku takut kalau perkara ini berulang lagi .

Aku mengusap tangan Mama lembut . Aku tersenyum nipis ke arah nya .

"Mama , Aira dah besar jadi jangan risau . Peneman hidup tak bermaksud dia akan jaga Aira dengan baik"

"Mama bukan apa cuma risaukan kamu . Abang kamu si Taeyong tu pun bukan nya boleh diharap . Langsung tak matang-"

"Apa ni mengumpat tak ajak" Sampuk Taeyong sambil bersandar di pintu bilik perhatikan kami . Tangan nya disilangkan di dada .

"Eyh Taeyong , buat apa kat situ? Sorry lah Mama tak perasan , meh datang sini"

Mama memberi isyarat supaya dia datang dekat . Taeyong berjalan ke arah kami bersama wajah cemberut nya .

"Fikir hensem buat muka macam tu?"

"Biarlah , kau cemburu kan sebab abang kau ni lagi hensem dari kau" balas Taeyong sambil menyelak rambutnya ke belakang .

"Buat apa aku nak cemburu , aku cantik bukan nya hensem" terus meletus tawa Taeyong . Dengki je kerja dia ni .

"Kau? Cantik? Pft pengemis tepi jalan pun tak selera dengan kau"

Amboi , sedap nya mulut mengata kita . Kau tunggu , memang aku balas balik .

"Ouh ya? Rasanya abang lah pengemis tu , Mama kalau nak tahu kan abang sebenarnya dah kena pe-hmmm!"

Mulut aku ditekup . Langsung tak dapat peluang untuk bercakap .

Kening Mama bertaut , langsung tak faham situasi yang berlaku sekarang .

"Hehe hm Mama , Taeyong nak luangkan masa dengan adik kejap"

Taeyong tarik aku keluar dari bilik . Dia bawa aku masuk ke dalam bilknya .

Pintu dikunci .

Selepas itu dia menolak aku untuk duduk di atas sofa yang ada di dalam biliknya .

"Abang dah cakap jangan bagitahu Mama dengan Papa tentang abang diberhentikan kerja kan?" Taeyong letakkan tangan di antara badan aku . Tak mahu aku berganjak . Mata aku dipandang nya tajam .

"Salah abang jugak , siapa suruh main-main dengan adik . Memang padan muka"

Aku tak mahu mengalah . Dia yang hina aku tadi , aku balas balik .

Taeyong menghela nafas berat . Matanya dipejamkan seketika lalu memandang aku kembali tetapi kali ini matanya berkaca .

"Okay , sorry . Please abang merayu jangan bagitahu mereka . Tolong lah adik , abang dah cukup serabut"

Dia memegang bahu aku . Sayu sahaja pandangan yang diberi . Nada suara nya juga sudah bertukar .

Aduh abang aku sorang ni , time macam ni lah dia nak buat drama . Aku ni bukan boleh sangat tengok orang menangis nanti aku join .

Nampaknya kali ni kau kena mengalah lah Aira . Abang kau dah dalam keadaan terdesak sangat untuk menang .

"Okay , adik janji"

"Gomawo!" badan aku terus dipeluk erat . Pelukkan nya aku balas walaupun agak janggal tapi comel pulak abang aku seketul ni .

Walaupun dia ni tak guna tapi dia tetap abang aku dunia akhirat . Aku sayang dia sampai mati .

*TBC

------------

Aira: Yang tengah baca ni jangan cemburu . Suka hati aku lah nak peluk abang aku *flip hair

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now