17

1.3K 172 47
                                    

Tepat pukul 2 pagi , Aira tiba di depan rumah . Dia melambai ke arah Lucas sebelum lelaki itu hilang dari pandangan .

Kereta Taeyong dilihat , jelas lah abangnya sudah pulang .

Dengan penuh debaran di dada dia masuk ke dalam rumah secara senyap yang boleh .

Klik!

Pintu ditutup . Keluhan berat dilepaskan . Lega hati nya dapat masuk ke rumah dengan selamat—

"Lambat balik , pergi mana?"

Terus tersengtak Aira mendengar suara seseorang . Dia menoleh ke belakang .

Membuntang matanya melihat Taeyong sedang duduk di sofa menghadap diri nya . Seperti sedang menunggu kedatangan Aira .

"Eyh a-abang , tak tidur lagi ke? Bukan selalu waktu macam ni abang dah tidur lepas mandi maklumlah busy kerja kan hee" gadis itu cuba tersengih .

"Esok kan Ahad , aku tak kerja" Taeyong menghampiri adiknya .

Tangan nya sudah naik ke atas , Aira terus menutup mata .

Bahu nya terasa seperti ada tangan yang memeluk .

Aira buka semula matanya , difikirkan abang nya ingin memukul kerana balik lambat .

"a-ah , patutlah" sehabis yang baik dia cuba mengelak pandangan mata Taeyong .

"Kau pergi mana tadi? Lambat sangat balik buat apa?" soal Taeyong dan menguatkan cengkaman pada bahu adik nya .

"Sakitlah abang!" terus ditepis tangan Taeyong .

"Sorry tak sengaja" ujar Taeyong selamba dan tersenyum sinis .

"Adik pergi rumah kawan then penat sangat sampai tak perasan tertidur"

"Lelaki ke perempuan?" soal Taeyong lagi .

"Perempuan" wajah cuba dikawal .

"Ke dengan Lucas?"

Terlalu banyak soalan yang diberi sehingga Aira rimas. Dia terus mengabaikan Taeyong dan ingin bergerak ke tangga.

"Woi aku tanya ni , jawablah!" suara lelaki itu sudah naik seoktaf. Terhinjut bahu Aira.

"Yang abang sibuk sangat kenapa? Suka hati adik lah nak keluar dengan siapa pun" balas Aira geram .

"Oh yah biarkan kau keluar sesuka hati dengan jantan tak guna . Macam tu?"

"Abang tak berhak nak panggil dia macam tu . Dia yang jaga adik selama dekat Australia dulu , abang patut berterima kasih pada dia!"

Terus meletus tawa lelaki itu. Dia menepuk tangan tidak percaya.

"Berterima kasih pada orang yang dah rosak kan adik sendiri wow kau ni bodoh ke apa?"

Aira mengenggam penumbuk kosong. Dia menarik nafas yang dalam lalu dihembuskan.

"Adik malas nak bergaduh dengan abang lagipun kita sama-sama penat kan . Pergilah berehat"

"Kau penat buat apa? Layan jantan tu? Dah jadi pelacur part time ke sekarang—"

Pang!

Tak semena-mena pipi Taeyong dihinggap penampar Aira. Berombak dadanya menahan marah.

"Adik tak kisah tau kalau abang nak maki tapi sampai libatkan maruah ini dah melampau!" naik seoktaf suara gadis itu .

Taeyong tergelak sinis . Pipi nya yang terasa pijar di pegang .

"Kau tengok lah apa yang mamat bodoh tu dah buat kat kau , sanggup tampar abang sendiri"

"Abang yang hina adik!"

"Hey kenapa jerit-jerit ni? Perlahan lah sedikit . Papa dengan Mama kan tengah tidur" Sookyung yang tidak dapat tidur keluar dari bilik selepas dengar bunyi pertengkaran dari ruang tamu .

"Kau sendiri yang pergi sana . Apa? Nak expect aku panggil kau bidadari turun dari langit? Tch"

Lelaki itu berdecit . Teguran Sookyung hanya di abaikan oleh mereka berdua .

"Adik tak suruh pun abang cakap macam tu—wait siapa bagitahu abang semua ni? Mesti doyoung kan?"

Lengan abang nya dipegang namun Taeyong hiraukan sahaja .

"Jawablah! Doyoung yang bagitahu abang kan?!" digoncang lengan abang nya kuat .

"Bukan urusan kau . Tepi" tangan Aira yang ada di lengan nya terus ditepis kasar .

"Sejak bila abang lebih percayakan orang luar berbanding darah daging sendiri?"

Kaki Taeyong automatik berhenti dengan sendirinya . Wajah adiknya dipandang dari ekor mata sahaja .

"Sebab kau dah buang kepercayaan aku pada kau" terus lelaki itu menaiki anak tangga dan masuk ke dalam biliknya .

Aira tersengtak . Hatinya terasa amat sakit sekarang . Tanpa berfikir panjang , kunci kereta yang tergantung di dinding terus di ambil .

"Aira kau nak pergi mana?" halang Sookyung . Lengan rakan baiknya atau sekarang sudah menjadi adik iparnya dipegang .

"Keluar sekejap , kau jangan risau . Aku janji tak lama ok?" pinta Aira . Tangan Sookyung dipegang lembut . Bibirnya cuba tersenyum nipis .

"Nak buat apa keluar pagi-pagi buta ni? Bahaya lah , kau baru je balik kan . Pergilah berehat"

"Aku kena selesaikan sesuatu perkara—"

"Tak payah awak nak sibuk hal dia , ni suami awak yang penat baru balik kerja yang perlu dirisaukan bukan budak tak reti bersyukur tu" suara Taeyong kedengaran dari tingkat atas .

Mereka berdua serentak memandang ke arah dari mana datangnya suara tersebut .

"Awak ni apa cakap macam tu , ini adik awak jugak—"

"Saya tak ada adik yang tak dengar kata , dah naik" Selepas itu kelibat lelaki itu sudah lagi tidak kelihatan .

"Dah lah , kau pergilah teman abang aku tu . Tak nak lah nanti aku penyebab kau derhaka dengan suami pulak . Kau jangan risau , aku pandai jaga diri ok?"

"Hm , betul ni?" Sookyung masih berbelah bahagi .

"Betul Yoon Sookyung , dah pergi"

“Hey kau kena ingat , aku Lee Sookyung tau sekarang”

“Yerlah , bye” Aira menggulingkan bebola matanya ke atas .

"Bye . Jaga diri"

"Jaga ni jugak" perut Sookyung diusap lalu gadis itu tersengih .

Tak pasal-pasal bahu Aira dipukul kuat . Pandangan tidak puas hati sahaja yang diberi oleh Sookyung .

"Kau ni , baru lagilah . Mana ada isi lagi aish" cemberut sahaja wajah gadis itu .

"Ouh err? Maksudnya tak power lah pistol abang aku heheh"

"HEY!" lagi sekali bahu gadis itu dipukul kuat "Suami aku tu!"

"Nak buat macam mana , suami kau , abang aku"

Mereka sama-sama tergelak besar tapi tak sangat lah takut Tuan dan Puan Lee tersedar .

"Dah lah sebelum kau merapu kat sini , better pergi sekarang"

"Nak pergi lah ni , bye!" 

Aira terus keluar dari rumah . Pintu kereta dibuka . Selepas memanaskan enjin , segera kereta nya meluncur laju di atas jalan raya .

*TBC  
——————————

Ikutkan dah siap lama dah chap ni tapi lupa nak publish heheheh

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now