09

1.8K 206 12
                                    

"Aira! Tungguh lah heh"

Aira langsung tak pusing ke belakang . Dia teruskan sahaja perjalanan .

Bukan main laju lagi sehingga semput pula Doyoung di belakang.

"Tak nak! Kau duduk je lah kat Korea ni sendiri aku nak terbang pergi Sydney sorang"

Sakit hati nya disebabkan perkara tadi masih tidak reda . Bukan nya Doyoung nak berpihak pada dia malahan ikut serta.

"Alah jangan lah merajuk"

Buk!

Kaki automatik berhenti. Tiba-tiba terasa tidak sedap hati .

"Bunyi apa tu?"

Aira terus menoleh ke belakang. Membuntang matanya apabila melihat Doyoung sudah rebah di belakang.

"Yargh! Kim Doyoung!"

Kepala lelaki itu sudah berlumuran dengan darah akibat hengtakan sesuatu yang keras . Badan nya juga langsung tidak bergerak . Barangkali pengsan .

Aira melihat sekeliling . Dia ternampak seseorang yang memakai hoodie berwarna hitam sudah lari jauh dari situ .

Mahu dikejar , Doyoung tinggal seorang pula nanti .

Sudahlah mereka ikut laluan belakang , orang tak lalu-lalang di sana kerana ruang nya yang sempit .

Aira mengambil telefon di dalam poketnya . Dengan pantas dia mendail nombor ambulances .

Selepas selesai , Aira terpaksa angkat Doyoung keluar dari tempat sempit itu kerana pihak hospital tidak dapat mengesan lokasi mereka sekarang selagi mereka tida keluar dari sana .

Sudahlah dia berat . Aira pula tubuh badan nya kecil sahaja . Sesak nafas dibuatnya .

Sedang sibuk gadis itu bertungkus-lumus , seorang remaja lelaki berpakaian seragam sekolah berjalan tidak jauh dari situ .

Aira terus memanggil .

"Woi , budak!"

Remaja itu terkejut . Membuntang matanya melihat Aira . Dia terus melarikan diri .

"Aduh , dia lari pulak!"

Aira sandarkan Doyoung di dinding sebentar . Kemudian dia terus mengejar remaja itu .

Dah tak boleh buat apa , Aira sangat perlukan bantuan sekarang jadi dia terpaksa .

"Yargh , budak!" sempat belakang badan nya ditangkap . Kolar baju ditarik .

"Noona jangan salah faham! Saya tak bersalah! Saya tak berniat pun nak-"

"Eyh , sudah-sudah . Noona nak mintak tolong angkat abang dekat sana tu keluar dari lorong ni , bukan nak tangkap kau"

Baru lah remaja itu berhenti meronta . Dia melepaskan nafas lega .

"O-oh , boleh"

"Nama noona Aira kau apa? Nanti noona nak panggil susah"

"Renjun"

































"Syukur . Pendarahan yang keluar dari kepala nya tidak terlalu banyak , dia cuma perlukan rehat yang secukupnya . Saya harap Cik Aira dapat jaga Encik Doyoung sementara dia di hospital . Tahu kan yang keluarga nya pergi ke luar negara sekarang?" soal Doktor Seo sambil menanda sesuatu di kertas kerja nya .

Aira hanya mengangguk . Bukan nya dia tidak pernah jaga Doyoung di hospital ini dulu . Sudah banyak kali .

Sehingga wajah mereka sudah dikenali kebanyakkan doktor dan jururawat di hospital itu .

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now