07

2K 236 46
                                    

Cahaya matahari menerangi bilik Aira . Perlahan-lahan dia membuka mata memandangkan cahaya terang masuk ke dalam matanya .

Dia terus alihkan muka ke sebelah kanan .

Kelihatan Doyoung sedang menongkat dagu sambil memandang ke arah nya .

"Morning sayang" Doyoung ucap bersama nada yang lembut .

Berkerut-kerut dahi gadis itu .

"Kau mabuk lagi ke?" Aira menekap tapak tangan nya pada kedua belah pipi Doyoung . Sejuk sahaja , tak panas pun .

"Tak" balas Doyoung ringkas . Dia memegang tangan Aira dan alihkan dari mukanya . Tangan nya di usap lembut .

Aira pula sudah berasa janggal di situ . Lepas kejadian semalam , wayar otak Doyoung seperti sudah putus .

Perlahan-lahan dia menarik tangan nya dari pegangan Doyoung .

Aira terus menukarkan posisi dari baring kepada duduk .

"Kau dah mandi ke?"

Doyoung mengangguk .

"Ouh . Aku mandi dulu lah macam tu" Aira bangun dari katil . Tuala yang tergantung di pintu terus di ambil lalu masuk ke dalam bilik air .

"Aira! Jangan lama-lama sangat tau!" jerit Doyoung dari luar .

"Kenapa pulak?!" Balas Aira pula dari dalam .

"Nanti rindu!"

Aira terdiam . 'gila' getus hati nya . Dia tersenyum seketika lalu mengelengkan kepala . Pili air terus dibuka .


























Aira keluar dari bilik air selepas berpakaian lengkap . Nasib baik dia bawa baju masuk ke dalam kalau tak mesti kena berkemban , dah lah Doyoung tu tak betul sangat sekarang .

"Dah mandi?" Aira hanya balas dengan anggukkan .

Kemudian dia melangkah ke arah pintu . Cepat-cepat Doyoung bergerak menghampiri lalu menghalang Aira dari keluar .

"Tepilah , aku nak keluar" Aira menolak badan Doyoung tapi dia langsung tak berganjak .

Bengis sahaja pandangan nya .

"Kau nak pergi mana?"

"Breakfast lah , kau tahu tak aku lapar dari semalam? Dah lah semalam kau buat hal , aku baru nak makan waktu tu"

"Eyh yeke? Sorry hehe"

"Dah tepi"

Aira memulas tombol pintu dan pada masa yang sama Sookyung keluar dari bilik Taeyong memandangkan bilik mereka menghadap satu sama lain .

Aira memeluk tubuh . Dia memandang sinis sahaja pada Sookyung .

"Kau kenapa pandang aku macam tu?"

"Macam mana? Virgin lagi tak?"

Puk!

Berbunyi kepala Aira dipukul dek Sookyung . Bukan main kuat lagi .

"Sakitlah!" jerit Aira sambil mengusap-usap kepala nya yang baru di pukul tadi .

"Padan muka . Siapa suruh mengarut" Sookyung terus menjeling . Laju sahaja dia melangkah ke bawah .

Doyoung yang terdengar bunyi pergaduhan mereka terus keluar dari bilik .

"Bunyi apa tu?"

Aira tak jawab persoalan Doyoung . Dia terus bergerak ke bawah .

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now