04

2.3K 251 63
                                    

Aku terbaring di atas katil dan memandang siling .

Hari Ahad yang sepatutnya banyak perkara boleh dilakukan hanya di sia-sia kan .

Aku langsung tak tahu nak buat apa dekat rumah .

Taeyong masih lagi tidur . Kalau dia bangun boleh aku ajak keluar tapi membuta lagi hm .

Papa dengan Mama pula awal pagi lagi sudah tiada di rumah . Makcik Ahn kata mereka keluar atas urusan kerja dan mungkin tak balik dalam masa beberapa hari .

Walaupun Mama tak ada kena-mengena tapi dia selalu teman Papa kalau outstation .

Kadang-kadang aku terfikir , tak cukup lagi ke harta yang kami ada sekarang?

Perlu ke mereka bekerja keras sehingga sekarang?

Tok! Tok!

Lamunan aku terhenti dengan bunyi ketukkan pintu dari arah luar . Siapa pula nak ganggu aku waktu macam ni .

Dengan malas nya aku berjalan ke arah pintu lalu membukanya .

Membulat mata aku apabila Doyoung berada di hadapan aku sekarang .

Pintu bilik terus aku tutup semula .

"Aira! Kau kenapa?! Bukaklah pintu ni"

Aku bukan nya tak bagi dia masuk . Bukan nya tak biasa tapi masalahnya aku tak mandi lagi .

Selalunya kalau hujung minggu aku memang mandi lambat memandangkan tak pergi kemana-mana selain terperap di dalam bilik .

Dia ni pun satu , datang tak cakap .

"K-kau buat apa datang sini?" soal aku di sebalik pintu .

"Aku nak ajak kau keluar lah , bukaklah pintu ni" Doyoung memulas tombol pintu . Cepat-cepat aku halang .

"T-tak boleh! Bilik aku tak kemas , malu lah"

"Iyerlah tu , kau belum mandi lagi kan sebenarnya" aku terdengar suara orang lain yang menjawab .

Aku membuka pintu perlahan .

Dah agak . Siapa lagi kalau bukan Lee Taeyong? Abang kesayangan aku .

"Sibuklah kau ni , siapa cakap aku belum mandi lagi?"

"Tengok baju pun dah tahu , sama je dari semalam tak bertukar"

"Boleh je pakai baju yang sama"

Aku cuba pertahankan diri . Walaupun aku hanya tegakkan benang yang basah tapi aku tak boleh kalah dengan Taeyong .

"Eyh dah lah tu , korang ni pagi-pagi lagi dah bergaduh . Cubalah satu hari tu berbaik sekejap"

Aku lupa pula Doyoung ada di situ . Sibuk sangat bergaduh dengan Taeyong sampai tak perasan .

"Lain kali kau nasihatkan kawan kau ni cara nak hormat abang dia , jangan jadi adik derhaka"

Taeyong tersenyum sinis kemudian menepuk belakang Doyoung lalu beredar sambil kedua belah tangan nya dimasukkan ke dalam poket .

Aku pandang sahaja pergerakkan Taeyong tajam . Nak je aku cekik dia dekat sini kalau boleh . Aku fikir dia abang aku je sekarang ni .

"Dah jangan pandang lama sangat"

Doyoung menghalang aku dari pandang Taeyong dengan tangan nya .

"Sekarang ni aku nak kau pergi mandi lepas tu teman aku pergi somewhere"

Doyoung pegang kedua belah bahu aku lalu memusingkan badan aku untuk masuk ke dalam bilik semula .

"Nak pergi mana?" tangan yang ada dibahu aku tepis , aku berpusing semula menghadap ke arah nya .

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now