34

1.8K 183 74
                                    

"Hi Aira" Laura menyapa dengan senyuman . Dia menghampiri gadis itu .

Aira pada mulanya terkejut tetapi dia cuba berfikiran positive . Mungkin dia di sini untuk melihat adik nya memandangkan abu penyimpanan papa dan mama Aira di letakkan di tempat yang sama dengan adik Laura .

"Hi , kau datang sini nak tengok adik kau ke?" soal aira selepas laura mengambil tempat di sebelahnya .

"Haah" dia mengangguk kecil .

Laura kelihatan gelisah . Dia memandang Aira tak tentu arah seperti ingin katakan sesuatu .

"Kenapa? Kau nak cakap something ke dengan aku?"

"Urm , kita borak dekat tempat tak ada orang boleh? Terbuka sangat lah dekat sini"

"Boleh tapi aku kena bagitahu doyoung-" mahu sahaja dia mengambil telefon . Laura pantas menghalang .

"Jangan , kalau dia tahu mesti dia tak bagi aku jumpa dengan kau . Please?"

Pada mulanya gadis itu berasa was-was juga tetapi selepas dirayu oleh laura banyak kali . Dia hanya mengikut arahan .

Mereka mula bergerak ke tempat yang lebih sunyi untuk bualkan tentang sesuatu .

"Hm aira kalau aku cakap ni , kau jangan marah ok?"

"Kenapa aku nak marah pulak , kau belum cakap pun lagi" aira tergelak kecil .

"Ok , aku nak tanya kau something" laura memandang wajah gadis itu tepat .

"Tanyalah , kenapa macam serious sangat?" aira tergelak janggal .

"Kau pasti anak dalam perut kau ni anak lucas?"

Aira terdiam seketika . Dia berfikir , apa yang cuba laura sampaikan sekarang .

"Kau kata apa ni?"

"Kalau aku kata ni anak doyoung , kau percaya?"

Aira terus bangun . Dia memandang wajah laura bengis .

"Kau jangan nak buat cerita , ini dah lebih!"

"Tapi itulah kenyataan nya aira , anak dalam perut kau tu anak doyoung-"

"Sudah! Jangan mengarut lah . Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku dan doyoung ni sampai nak tuduh suami aku yang bukan-bukan?"

"Aku tak tuduh , dia sendiri yang mintak tolong aku"

Dahi aira berkerut . Dia memandang wajah laura tidak percaya .

"Aku tak percaya"

"Doyoung buat macam ni sebab dia nak balas dendam kat kau , dengan cara ni je dia dapat bersama dengan kau"

"Kau yang bersubahat dengan lucas lepas tu nak tunding jari dekat suami aku?"

"Kalau kau tak percaya , tengok ni" laura hulurkan telefon nya . Dia membuka satu rakaman suara .

"Kalau betul kau nak mintak tolong aku , kau kena ikut syarat aku"

"Apa dia?"

Aira hentikan rakaman suara itu . Terbuka luas mata nya apabila suara doyoung keluar dari rakaman suara itu .

"Aku tak nak dengar" dia menolak telefon itu .

"But , you should"

Laura tekan butang play semula .

"Kalau dia mengandung , cecah 5 bulan kau kena gugurkan anak dalam perut Aira atau ahli keluarga kau akan tergadai . Kau sanggup?"

Lama rakaman suara itu terdiam .

[C] Boyfriend Upahan | KDYWhere stories live. Discover now