26

1.4K 183 53
                                    

"Ergh" renjun tersedar dari pengsan . Kepala nya di pegang , terasa sakit akibat hengtakan yang terkena bucu almari .

"Renjun dah sedar , syukurlah" badan budak itu dipeluk . Hampir sahaja gadis itu ingin mengalirkan air matanya .

Sudah hampir berminggu renjun tidak sedarkan diri , dia amat risaukan budak itu .

"Noona , ayah renjun ok?" aira terus kaku . Tak tahu ingin membalas apa .

"Renjun...sebenarnya" bahu renjun dipegang . Anak mata budak itu di pandang sayu .

"Sebenarnya apa?"

Aira terasa seperti mulutnya dikunci . Tak mampu nak beritahu perkara sebenar .

"Noona bagilah tahu!" badan gadis itu digoncang . Dia sudah mula tidak keruan .

"Jangan lah buat injun macam ni! Bagitahu lah!"

"Ayah renjun dah tak ada"

Terus mengalir air mata di pipinya . Dia seperti tidak percaya .

"Tak , noona tipu . Ayah renjun hidup lagi , noona bohong!"

“Tak , noona tak bohong . Jangan lah macam ni” badan renjun terus dipeluk erat .

Habis barang di sekeliling nya dilempar , dia sudah mula tidak terkawal .

"ARGHHH! AYAH RENJUN MANA?!" habis bantal dilemparkan kebawah .

Doyoung yang baru sampai agak terkejut , dia terus memanggil doktor .

"AYAH HIDUP LAGI LAH! DAH 10 TAHUN AYAH TERLANTAR DEKAT HOSPITAL TAPI DIA MASIH HIDUP! NOONA JANGAN NAK BOHONG! RENJUN NAK AYAH!-"

Mahu sahaja dia ingin membaling pasu ke arah aira , renjun terus menjadi lemah akibat suntikan yang diberi oleh doktor yang baru sahaja sampai .

"Emosi dia sekarang tidak stabil , saya harap awak semua dapat bercakap perkara yang menenangkan dia selepas ini" ucap doktor song .

"Baiklah , terima kasih" doyoung dan aira menunduk hormat sebelum doktor beredar .

Renjun yang sudah terbaring lemah terus aira hampiri .

"Maafkan noona sebab tak sempat nak selamatkan ayah kamu" gadis itu memegang tangan renjun . Hatinya sebak melihat renjun sebegini .

"Renjun pun minta maaf sebab nak cederakan noona" balas budak itu lemah .

"Hm aira , aku nak cakap dengan kau sekejap" sampuk doyoung selepas lama perhatikan mereka .

"Kau pergi lah dulu , kejap lagi aku datang"

"Ok , aku tunggu dekat cafeteria tau"

Aira hanya balas dengan anggukkan . Doyoung terus keluar dari wad .

"Noona , renjun dah jadi anak yatim piatu . Lepas ni mana renjun nak tinggal , saya dah tak ada sesiapa"

"Jangan cakap macam tu , noona kan ada . Nanti renjun tinggal dengan noona ye , hari-hari boleh main game . Noona ada abang tau , umur dia sama dengan doyoung hyung" gadis itu tersenyum . Tangan renjun di usap lembut .

"Tak menyusahkan ke?"

"Kamu tak pernah susahkan noona , dah lah kesian doyoung hyung kamu tu tunggu lama nanti . Kamu rehat lah ye" kepala renjun dibelai lembut sebelum dia tinggalkan budak itu .


























"Nak cakap apa?" aira mengambil tempat di hadapan doyoung .

"Kau pasti ke yang lucas terlepas pembunuh tu atau..."

[C] Boyfriend Upahan | KDYHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin