BAB 6

72 3 0
                                    

"KAU serius?" Haqq kembali menyemak maklumat yang diberikan Azrel.

"Come onlah... Tak percaya dengan aku ke? Ini Azrellah." Azrel menarik-narik kolar bajunya dan tayang muka riak.

"Ni peluang baik. Tapi, aku kena pastikan projek ni akan menguntungkan GG. Kalau tak, daddy takkan bersetuju." Fail di tangan masih menjadi perhatian Haqq.

"Yang itu, tanggungjawab kau. Kau timbanglah sendiri benefit untuk GG jika kau bersetuju nak beli pasar raya tu. Aku cuma maklumkan kebaikan yang ada kaitan dengan misi kau untuk bawa Cik Amnesia tu datang ke sini."

"Ya. Aku takkan jejaskan reputasi sendiri semata-mata nak bawa dia ke sini. Anyway, thanks untuk info ni." Haqq menyimpan fail yang baru diterimanya ke dalam laci.

"No problem, bro."

"So... Ayah kau macam mana?"

"Getting better. Nak-nak bila Hefti kerap buat video call dengan dia. Ingatan dia pun semakin okey. Banyak pula cerita pasal keluarga dia dulu yang dia cerita dengan aku." Wajah Azrel berubah sayu.

"Kau tak suka ke dia ingat kisah lama dia dulu? Kan bagus kalau ingatan dia dah semakin pulih."

"Bukan aku tak suka. Cuma, aku kesian tengok dia. Aku tahu dia rindukan keluarga dia. Dia pernah cakap yang dia nak melawat kubur arwah atuk dan nenek. Tapi, doktor tak izinkan dia keluar dari rumah buat masa ni." Azrel menghela nafas panjang.

"Jadi ke Hefti balik Malaysia?" soal Haqq.

"Jadi. Tapi tak pasti bila. Dia kena settle apa-apa yang patut dulu, baru dia boleh balik ke sini," beritahu Azrel.

"Kau dah dapat maklumat tentang mak cik kau?"

Kepala Azrel tergeleng.

"Yang ada cuma sekeping gambar yang Atuk Bakar bagi hari tu." Dia menghela nafas.

"Alah... Kau kan PI. Insya-Allah, tak lama lagi jumpalah tu."

"Sekarang ni, yang tahu di mana mak cik aku hanya peguam arwah suami dia. Kalau aku dapat maklumat tentang arwah suami dia atau dapat cari peguam yang datang dan bawa mak cik aku pergi, tentu aku dapat jejak di mana mak cik aku sekarang."

"Kau belum dapat apa-apa maklumat tentang arwah suami mak cik kau? Err... Siapa nama dia?" Haqq pura-pura terlupa.

"Suffian bin Mukhtar."

"Haa... Suffian..." Kepala Haqq terangguk.

"Aku ingat nak ke kampung arwah atuk petang ni. Manalah tahu kalau-kalau ada something yang aku tertinggal. Mustahil takde langsung maklumat di rumah tu tentang mak cik aku atau arwah suami dia. Tentu aku terlepas pandang."

"Aku temankan kau."

"Kau nak temankan aku?" Sebelah keningnya terjongket memandang Haqq.

Haqq mengangguk laju.

"Rajin pula kau nak temankan aku."

"Jauh nak balik ke kampung kau tu. Kalau aku ikut sekali, bolehlah kita bergilir-gilir bawa kereta," cadang Haqq.

"Tak jauh mana pun. Sejam lebih dah boleh sampai."

"Itu kalau tak sangkut dengan traffic jammed. Kalau jammed, berjam-jam jadinya." Laju Haqq membalas.

"Kau serius nak ikut aku?"

"Seriuslah." Haqq tayang muka serius.

"Kau dah tak risau tentang Tengku Umar dan Tengku Izzuddin? Aku tengok, kau sekarang ni terlalu fokus dengan Nuh dan Cik Amnesia. Sekarang ni, kau nak menyibuk pula dengan masalah aku?" Sepasang matanya merenung tajam muka Haqq.

BONGKARWhere stories live. Discover now