BAB 7

66 1 0
                                    

HAQQ sudah mahu meninggalkan Pasar Raya Borong Mukmin itu. Namun, dia terlihat Hazel baru tiba di situ. Tapi, bukan seorang diri. Ada seseorang mengekori Hazel tanpa gadis itu sedari. Beberapa keping gambar lelaki itu diambil dari jauh.

Baru sahaja Hazel keluar dari tandas, kedengaran telefon gadis itu berbunyi. Kini, gadis itu berpakaian seperti penjual ikan semula.

"Ya, mak." Hazel menjawab panggilan.

Diam.

"Dekat pejabat Encik Fariq." Hazel bersuara semula.

Diam.

"Baru lepas jumpa dengan dia. Nak balik dah ni."

Diam.

"Saya dah cuba pujuk dia. Sampai rumah nanti saya cerita."

Hazel mematikan talian. Dia mengeluh. Wajahnya muram.

"Ehem..." Haqq mendekati Hazel.

"Awak?" Mulut Hazel ternganga. Matanya membulat.

"Ya, saya." Haqq tayang sengih kambing.

"Awak buat apa dekat sini?"

"Awak pula buat apa kat sini?'

"Awak ikut saya ek?" Jari telunjuk Hazel sudah naik.

"Pleaselah..." Haqq menjulingkan mata.

"Agak-agaklah nak tuduh orang pun." Haqq senyum segaris.

"Whatever." Hazel melangkah.

"By the way..."

Suara Haqq membuatkan langkah Hazel terhenti semula. Gadis itu memandang Haqq.

"Awak rasa... awak ada secret admirer tak?" soal Haqq.

"Apa?"

"Yalah, kalau tengok diri awak sekarang, mungkin susah nak percaya yang awak ada secret admirer. Tapi, bila lihat diri awak yang berbaju kurung, emm... memang tak mustahil kalau ada yang minat kat awak dalam diam."

Haqq menguatkan suaranya sambil melirik kelibat yang sedang bersembunyi tidak jauh daripada mereka. Memang dia sengaja mahu susuk tubuh itu mendengar bicaranya. Kemudian dia melihat lelaki itu berlalu pergi. Seolah-olah lelaki itu sedar bahawa Haqq tahu yang dia sedang mengekori Hazel.

"Apa awak merepek ni? Makin lama saya kenal awak, semakin jelas kesewelan awak tu." Hazel menjeling.

"Hati-hati," pesan Haqq dengan wajah serius. Kemudian, dia meninggalkan Hazel dengan tanda tanya.


"KAU dah dapat gambar yang aku send?" tanya Haqq sebaik saja menjawab Azrel.

"Dah. Tapi, dia bukan orang aku."

"Bukan orang kau?"

Kening Haqq berkerut. Kalau dia tahu lelaki yang mengekori Hazel bukan orang-orang Azrel, pasti dia akan bertindak.

"Bukan. Tapi budak aku ada beritahu, selain Nuh, ada orang lain juga yang sering mengekori Cik Amnesia."

"Seriously? Siapa lagi yang berminat sangat dengan Cik Amnesia ni?" Haqq sudah memicit dahi.

"Aku pun tak pasti. Tapi, Nuh tentu tahu sesuatu tentang Cik Amnesia," balas Azrel.

"Takpelah. Suruh budak-budak kau terus siasat Nuh dan ekori Cik Amnesia. Risau juga aku kalau jadi apa-apa dekat dia." Haqq melepaskan keluhan.

"Kau risaukan Cik Amnesia ke?" Terdengar tawa halus di corong telefon. "Jangan risaulah. Budak-budak aku selalu ikut dia. Dia orang sentiasa perhatikan dia."

"Good. Okey. Jumpa nanti." Haqq mematikan talian.

"Cik Amnesia... siapa kau sebenarnya?"


AZREL menolak beberapa keping gambar ke depan Haqq. Haqq mencapai gambar-gambar itu lalu membeleknya satu per satu.

"Kereta yang ikut kita malam tu adalah kereta seorang lelaki yang bernama Husni. Dia bekerja sebagai PI dan masih baru dalam bidang ni."

"PI?" Sebelah kening Haqq terjongket.

"Guess who hired him to spy on you?"

"Siapa?"

"Tengku Izzuddin."

"Izzu? Nampaknya dia dah mula syak yang aku upah PI untuk intip dia dan Tengku Umar."

"Kau tak risau ke?" soal Azrel.

"Biarkanlah dia. Selagi dia tak bertindak melebihi batasan, kita biarkan aje."

"Kita tak tahu apa perancangan sebenar dia. Kalau dia dan Tengku Umar memang bertekad untuk dapatkan GG daripada kau dan Tuan Megat, mungkin dia boleh bertindak melampaui batas," tegas Azrel.

"Izzu? Hurm..." Mata Haqq menjadi kecil. "Walaupun aku curiga dengan dia, tapi aku tak rasa dia seorang yang berbahaya. Kalau Tengku Umar, mungkin."

Kepala Azrel terangguk perlahan. Dia juga berfikir perkara yang sama.

"Kadang-kadang aku rasa daddy aku dan Tengku Umar ada simpan rahsia," kata Haqq.

"Rahsia apa?"

Haqq mejongket bahu. "Macam mana pula dengan budak lelaki yang ekori Cik Amnesia?"

"Tentang tu..." Azrel mencapai telefonnya. Jarinya menari-nari di skrin lalu telefonnya diserahkan kepada Haqq.

"Aku nampak budak lelaki tu dengan geng Tiber."

"Geng Tiber? Gengster?" Sebelah kening Haqq terjongket melihat gambar lelaki yang mengekori Hazel tempoh hari bersama dengan sekumpulan lelaki bermotosikal.

"Emm..." Azrel mengangguk. "Jangan risaulah. Geng Tiber ni cuma gengster kampung aje. Tak berbahaya. Lagipun, lelaki yang ekori Cik Amnesia tu budak lagi. Baru 19 tahun."

"Tak berbahaya pun tetap aku kisah. Budak-budak sekarang, bertindak tak guna otak. Kalau dia ada niat tak baik dengan Hazel, macam mana?" Haqq kembali melihat skrin telefon.

"Budak-budak aku sentiasa ekori Hazel. Kau jangan risau." Azrel senyum segaris.

"Baguslah." Haqq menarik nafas lega.

"Kau... betul-betul risaukan Cik Amnesia?" Kecil mata Azrel memandang Haqq.

"Yup! Tapi, takde kaitan dengan hal peribadi. Kau nak cakap yang aku dah mula jatuh hati dengan Cik Amnesia tu, kan?" Sebelah keningnya dinaikkan.

"Takdelah. Aku tanya aje." Azrel melarikan matanya.

"So, kau dah tahu kenapa budak lelaki ni ekori Cik Amnesia?" Haqq memandang skrin telefon.

"Cuba swipe tepi," suruh Azrel.

Haqq mengikut. Matanya membulat lalu memandangAzrel. "Naza?"

BONGKARWhere stories live. Discover now