JaeDo

546 35 0
                                    

'Berita terkini, tiga orang disahkan meninggal dunia berdekatan dengan kawasan Mad City, terdapat kesan gigitan pada leher ketiga tiga mangsa. Penduduk Neo Sleepless City diarahkan untuk tidak keluar rumah setelah pukul 7malam untuk keselamatan. Hanya pemburu vampire sahaja yanh dibenarkan keluar. Keganasan vampire semakin menjadi di Neo Sleepless City. Sekian daripada saya, Dong Xujin'

Television tersebut terus ditutup oleh Kun. Dia mendengus perlahan lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia duduk menghadap Doyoung yang sedang syok mengulang kaji nota anatomy.

Maklumlah esok dia ada quiz anatomy.

"Wei, dy kau tak balik lagi ke? "Tanya Kun. Doyoung mengangkat kepalanya, matanya beralih ke arah jam dinding.

Pukul 630

Dia menutup bukunya dan bangkit. Kalau dia balik lambat, dia bakal menjadi mangsa vampire. "Aku balik dulu. Nasib kau bagitau aku. Bye. "Ujar Doyoung lalu bangkit dari tempat duduknya.

Kun melambaikan tangannya pada Doyoung apabila Doyoung keluar dari rumahnya.

Dalam dia balik ke rumah, dia dapat merasakan seseorang sedang mengekorinya. Lantas dia menoleh ke belakang, namun dia tidak menemui sesiapa di belakangnya.

Tiba tiba bulu romanya menegak, seolah olah ada sesuatu di sampingnya. Doyoung menelan air liurnya kelat. Dia kembali memandang ke depan dan mula melangkah.

Dia menatap jam tangannya, sekarang sudah pukul 658. Tinggal dua minit je nak pukul 7 malam. Hatinya mula tidak sedap.

Dia berjalan dengan pantas tetapi tiba tiba kakinya terkaku. Peluh mula membasahi dahinya apabila dia merasakn si 'dia' mendekatinya.

"Kim Doyoung" Doyoung mendongak dan ternampak seorang lelaki yang turun dengan perlahan dari udara. Wajahnya sangat pucat, matanya merah dengan senyuman sinis menghiasi wajahnya.

Kakinya sudah landing di atas tanah. Dia mendekati Doyoung. Dia memetik jarinya dan Doyoung tidak terkaku lagi. "Kau nak apa? "Tanya Doyoung, dia rasa sebal dengan kehadiran lelaki itu.

"Ala.. At least cakap 'Hi Jung Jaehyun yang handsome ' ni terus 'kau nak apa? ' tak sopan betul. "Ujar lelaki yang pucat itu. Namanya ialah Jung Jaehyun dan dia bukanlah seorang manusia biasa.

"Apa guna aku bersopan dengan kau, kau bukan manusia pun. Dahlah aku nak balik. "Ujar Doyoung, dia berlalu depan Jaehyun tetapi langkahnya terhenti apabila Jaehyun memegang tangannya.

"Sayang nak pergi mana tu? Bahaya keluar pada waktu sekarang, vampire berkeliaran. "Ujar Jaehyun, Doyoung mendengus perlahan.

"Aku nak balik rumah, lepaskan lengan aku. Kau pun vampire gak. "Ujar Doyoung. Jaehyun menarik lengan Doyoung agar Doyoung berdiri menghadapnya. Dia menatap wajahnya mate-nya.

Ya.

Kim Doyoung ialah mate Jung Jaehyun. Dia tidak mahu mate nya di ambil vampire lain.

"Sayang marah? "Tanya Jaehyun, Doyoug enggan menatapnya. Semestinya Doyoung marah sebab Jaehyun menghilang semalam. Hari ini dia muncul tiba tiba depan Doyoung.

"Aku tak marah, cuma aku kecewa dengan kau sebab kau menghilang entah ke mana semalam. "Ujar Doyoung, dia masih enggan menatap wajah Jaehyun. Jaehyun mendengus perlahan, tiba tiba dia terdengar sesuatu.

Dia menoleh ke belakang, dia dapat merasakan ada vampire lain hendak mendekati mereka. Doyoung yang hairan dengan Jaehyun pun menatap jam tangannya. Matanya membulat apabila jarum dalam jam tangan itu sudah menunjuk pada 720 malam.

Dia menelan air liur, dia memegang lengan Jaehyun. Jaehyun memandang sekeliling, mencari mana arah bunyi itu.

"Oh Jaehyun. "Kelihatan seorang lelaki yang berambut hitam mendekati mereka. Dia baru keluar dari kegelapan. Matanya memerah dan semestinya dia bukan manusia.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now