Pakcik Hot 1301

1.4K 24 3
                                    

Pakcik Hot 1301
Bab 2

Alhamdullilah temuduga maid hot tu berjalan dengan baik, hasilnya aku sudah boleh memulakan kerja hari ini. Aku memandang apartment mewah ini daripada bawah. Tinggi betul! Macam mana majikan baru aku ni boleh tinggal dekat tempat tinggi begini?

“Hash make sure lepas kemas, pastikan semua okey baru keluar sebab rumah ni kita kena kemas dua hari sekali je, tukar cadar seminggu sekali. Tukar kain langsir dua bulan sekali.”

“Sementara nak rotate balik Hash akan di beri tugasan lain, dekat rumah lain. Bos yang sama juga.”

“Berapa banyak rumah da…” Ops! Baru hari pertama kerja dah merungut.

“Dua je Hash, rumah yang satu lagi ni tugas Hash senang sahaja, tolong jaga nenek bos. Nenek bos tu duduk atas kerusi roda, so Hash kena mandikan, kena bagi makan, kena tolak keluar rumah. Jalan-jalan. Bila ada checkup dekat hospital Hash kena pergi temankan sampai habis.”

“Owh okey, beres Kak Wati.”

“Okey ini kunci apartment. Kunci ni buka daripada luar sahaja. Kalau nak buka daripada dalam ada keylock, password 1301.”

“Eh macam birthday Hash lah.” Aku gelak, senang betul nak ingat.

“Make sure jangan usik benda tak perlu,masuk semua bilik jangan tertinggal satu bilik pun. Tukar cadar, pastikan bilik air bersih.”

“Ahmad hantar pergi, balik pun Ahmad ambil. Pukul 5, jadi waktu kerja Hash pukul 8 pagi dekat office pukul 10 start ke apartment.”

Termati lamunan aku apabila seseorang melanggar aku daripada belakang. Hampeh betul! Dahlah tak cakap maaf pun. Budi bahasa memang tak ada agaknya. Aku merungut-rungut!

“Huznuzon, mungkin dia bisu dan pekak atau dia buta.” Aku merungut di dalam hati.

Aku melangkah menuju ke arah lift. Berpandukan alamat yang di beri aku naik ke tingkat 20, dada terasa berdebar-debar, aku ni sebenarnya gayat tapi takkan aku nak cerita pada Kak Wati betapa fobianya aku dengan tempat tinggi. Demi kerja, aku kena bertabah inilah satu-satunya harapan yang aku ada untuk menapak menambah simpanan KWSP yang baru nak bernyawa.

“Assalammualaikum.” Aku memberi salam sebaik sahaja aku berdiri di muka pintu. Terlopong aku sekejap melihat rumah tersebut, cantik betul! Rasa macam dah termasuk ke alam kayangan. Super duper cantik, kalau nak dibandingkan dengan rumah teres ibu.

“Assalammualaikum.” Aku memberi salam lagi.

“Walaikummusalam.” Aku terdorong ke depan, pantas aku berpusing mengurut dada. Aduhai! Dah kenapa jawab salam orang daripada belakang. Aku melihat fizikalnya, baru balik daripada jogging agaknya itu sebab dia muncul daripada belakang memandangkan aku terpacak di hadapan pintu.

Aku telek wajahnya!

Jambangnya!

Rambutnya!

Bodynya!

Pergh! Gila hot pakcik ni.

“Kau pandang aku macam aku ni telanjang apahal?” jerkahan suara itu menyebabkan aku cepat-cepat menutup mulut dengan kedua belah tangan.

“Sorry pakcik.” Terkeluar perkataan pakcik yang berlegar di dalam minda aku.

“Apa kau panggil aku? Pakcik?” lelaki itu menjengilkan matanya memandang aku yang tak seberapa nak comel. Control comel! Fuh! aku menarik nafas. Cara dia jengilkan mata buat aku jadi macam aiskrim baru keluar daripada peti sejuk.  Cair! Tampannya kau pakcik!

“Ops! Maaf tuan.” Aku cepat-cepat meminta maaf, hari pertama bekerja kena sopan santun. Kalau tak nak kena buang kerja.

“Siapa nama kau?” Soalnya, nada suara dia tak berapa nak indah menerjah cuping telinga aku. cubalah cakap elok-elok pakcik, muka elok dah tampan tapi mulut puaka pula.

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now