pakcik hot 1301

504 13 2
                                    

Pakcik Hot 1301

Bab 12

Seperti yang di janjikan, jam 9 pagi aku sudah tercegat dibawah motel pakcik. Dia turun dengan penuh bergaya, kasual sahaja tetapi aku nampak dia kacak betul. Walhal dia hanya mengenakan seluar jeans, t-shirt dan sport shoes sahaja.

“Kau panggil grab jelah Hash.” Katanya. Aku angguk! Aku pelik juga si pakcik ni bukan jenis tak berduit tetapi kenapa dia suka sangat naik kenderaan awam.

Sementara menunggu grab sampai, sempat jugalah aku jeling-jeling dia. Orang macam dia pakai apapun nampak lawa. Bila aku berdiri disebelah dia aku rasa aku lah jodoh pakcik ni. Aku ketawa di dalam hati. Tak habis-habis berangan. Bila dia bersandar pada tiang sambil menyilang kaki, aduh! Aku cair gila dengan gaya sempoi dia tu. Memang stock mimpi sampai ke siang dia ni. Gaya lelaki urban!

Ketika kami sudah berdiri di hadapan pintu masuk zoo, entah mengapa semangat aku layu tiba-tiba. Entah kenapa aku tidak dapat fokus pada apa yang kami mahu lakukan. Melihat dia beratur  membeli tiket, aku rasa aku berada di dalam keadaan yang sangat keliru. Aku dapat rasakan ini bukanlah tempatnya. Kisah harimau itu bukan apa yang kami cari, aku sangat yakin ia adalah sesuatu yang lain.

“Pakcik.” Aku mendapatkan dia yang sedang beratur dan menariknya keluar daripada barisan.

“Why?’” dia memandang aku pelik.

“Harimau tu bukan cluenya.” Aku berkata perlahan.

“So?” soalnya pendek. Dia memandang wajah aku.

“Ada clue lain?” soalnya lagi, aku geleng kepala tetapi aku sangat yakin. Aku memandang sepasang mata miliknya.

“Dear..you tahu tak?” aku tiba-tiba sahaja berkata begitu, apa aku panggil dia ni? kenapa pula aku guna perkataan tu? Aku merasa keliru tiba-tiba, perkataan tu macam sebati sangat dengan diri aku.

“Apa kau panggil aku dear?” dia pandang wajah aku.

“Err, sorry terpanggil.” Aku menyengih.

“Perkataan tu macam tiba-tiba sahaja aku rasa sebati dalam hati aku ni. Macam pelik, tapi feel tu kan macam bertahun dahulu kita pernah bercinta.” Ya! Itu yang aku sedang rasa, entahlah tetapi aku kena cakap apa yang aku rasa. Seperti bukan bercinta.

“Aku rasa aku pengsan semalam masa dekat tasik, aku macam dengar kau panggil aku sayang?Right?”wajahnya aku pandang meminta kepastian.

“No, I didn’t call you dear.” Nafinya.

“But I heard.” Ujar aku perlahan .

“Just your feelings, I think.” Dia kemudian  mengatur langkah menuju keluar daripada kawasan Zoo Negara.

“Nak pergi mana?” aku menyoal.

“Bukan tadi kau kata tak ada apa kita nak cari dekat sini ke?” katanya, aku akur mengekori langkahnya. Nampaknya memang tak jadi kami nak dating dalam zoo negara.

“Tapi kenapa kau nak kena ikut apa yang aku rasa? Kalau kau rasa harimau tu memang relevan dengan apa yang kita cari teruskan sahajalah.” Dia geleng kepala, dia duduk di hentian bas. Jalan raya semakin sesak sudah masuk waktu tengahari, semua warga Kuala Lumpur keluar untuk melakukan aktivit hujung minggu mereka.

“Aku rasa 1301 satu clue yang paling besar. Tapi apa? kod untuk membuka sesuatu? Contohnya macam peti besi, macam peti simpanan dekat bank.” Aku mundar-mandir di hadapannya.

“Aku terfikir sesuatu. Adakah ia sebuah bank yang berlambangkan seorang harimau?” Pakcik Hot berkata sambil memandang aku.

“Yes, bingo. Aku rasa itulah dia. Bukan harimau dekat dalam tu.” wajah aku bertukar menjadi ceria. Dia juga agak teruja tetapi kemudian dia tiba-tiba sahaja diam dan menunduk memandang kasutnya sendiri.

“Kalau betul ia adalah kod peti simpanan di sebuah bank, kau agak peti tu ada apa ya Hash?” tanyanya perlahan.

“Kalau kita tahu mudahlah kerja kita.”katanya, beberapa pasang mata memandang mereka berdua. Aku hanya membalas  pandangan mereka dengan senyuman. Apa mereka fikir agaknya tentang mereka berdua. Seorang lelaki kacak bersama dengan gadis yang tak berapa nak lawa. Memang nampak aneh!

“Hari ni memang kerja kita akan tertangguh, kalau betul ia bank dengan lambang harimau memang urusan tak dapat kita lakukan hari ini.”katanya perlahan, ya! Jadi kami keluar semata-mata untuk duduk dekat hentian bas?

“Dah tak boleh nak buat apa-apa baik kita jalan-jalan.” Aku memberi cadangan. Dia memandang aku.

“Kau nak pergi mana? Ada cadangan?” soalnya, aku geleng. Aku memang tidak tahu mahu ke mana kalau di dalam Kuala Lumpur. Aku memang sangat jarang ke mana-mana, aku tidak tahu apa sebabnya ibu tidak membawa aku berjalan –jalan sangat jika tidak ada perkara penting mahu dibeli atau dibuat.

“Dah tu nak lepak dekat hentian bas ni sampai petang ke?” tanyanya.Aku diam, bungkam tidak tahu mahu ke mana sebenarnya.

“Kalau kau tak ada idea, nak pergi mana aku pun sama jugalah Hash.  Kita duduklah dekat sini sampai lebam lepas tu balik.”ujarnya, takkan nak duduk sini sampai lebam pula aku mula mencanai otak mencari idea.

“Apa kata kita masuk je dalam zoo tu sambil kita berbual, kita tengok binatang dalam tu.” aku memberi idea. Dia memandang aku dengan sengihan panjang.

“Idea kau memang bijak, bila masuk dalam tu confirm ada banyak bahan untuk aku bandingkan dengan kau.” Dia gelak, aku diam. Tahu dah pasti dia akan bandingkan aku dengan anak gajah, anak buaya, anak kekura dan segala anak yang ada dalam zoo tu. Aku menjeling mengetap bibir geram.

“Jelingan kau memang membunuh.” Aku terdiam dengan kata-katanya. Kata-kata yang sama berulang di dalam kepala aku, sepantas itu juga kepala aku mula berdenyut, suara hingar kedengaran saling bertingkah. Perkara aneh itu datang sekali lagi.

“Jelingan kau memang membunuh.” Lelaki itu ketawa perlahan.

“Membunuh hati engkau dan merasuk akal engkau kan?” Soal suara seorang wanita.

“Yup, merasuk akal aku supaya dapatkan engkau, tak kiralah jauh mana pun engkau pergi.”

“Hurm duhai lelaki tidak bernama aku target kau, bukankah kau sepatutnya bunuh aku.”

“Sepatutnya, tapi kau terlalu cantik untuk menjadi mangsa.”

“Duit yang kau dah ambil macam mana?”

“Bila-bila aku pulangkan lagi pun aku tak sepatutnya melakukan perkara keji begini.”

“Kau menyesal?”

“Aku menyesal kerana tugasan ini tidak sepatutnya aku terima.”

“Kenapa kau terima?”

“Aku terima sebab aku tak tahu target aku kecuali bila aku dah ada dekat lokasi. Aku memang tak jangka target aku seorang gadis seperti kau. Jadi aku putuskan mahu siasat dahulu mengapa kau yang menjadi sasaran.”

“Kenapa aku yang jadi sasaran?”

“Aku tak jumpa jawapannya lagi, jadi sementara  itu aku lebih rela simpan kau macam ni.” kata-kata itu terus sahaja saling bertingkah di dalam kepala aku, aku menutup mata.

Terasa bahu aku di sentuh, aku tahu dia yang menyentuhnya.

“Kau kena buang suara-suara itu.” Suara pakcik bertingkah diantara satu sama lain. Suara lelaki itu memang seakan sama dengan suara pakcik, suara perempuan itu pula seolah-olah adalah suara aku. Ataui a hanya perasaan aku sahaja ni?

“Arghhh…” Aku memegang kepala dengan kedua belah tangan. Jantung mengepam laju, segala urat nadi terasa mengembang, aku mula merasa loya dan akhirnya aku muntah di tepi hentian bas.

“Hash… sayang!!” sayup-sayup aku mendengar suara itu bergema. Semakin hilang dan terus hilang.

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now