pakcik hot 1301

448 15 0
                                    

Pakcik Hot 1301

Bab 11

Ibu memandang aku yang pulang agak lewat. Angah dan along juga ikut sama menoleh sebaik sahaja aku tercegat dimuka pintu.

“Dah kenapa pandang adik macam nak telan?” aku duduk di hadapan along dan angah serta ibu yang sedang menonton buletin utama.

“Kau pergi mana adik?” tanya angah.

“Pergi tasik lepas balik kerja tadi.”

“Buat apa? Dating? Tak tahu nak beritahu ibu ke? Ibu risau tahu tak.” Marah angah.

“Ish angah, jangan marah adik tu.” Ibu berkata perlahan. Wajah angah aku pandang, mesti dalam kepala otak dia ada banyak slot jenayah tertayang, tu sebab dia bimbang yang tidak-tidak sahaja.

“Adik balik dah kan, adik besar dah. Tak payahlah nak bimbang melampau.” Ujar aku sampai mendengus. Menyampah pula asyik kena control begitu, macam aku ni budak kecil. Baru darjah satu agaknya aku ni.

“Kita orang sayang kau tau dik, kalau apa-apa jadi…” Along terdiam sebaik sahaja ibu mencuit pehanya. Aku menjeling along dan angah sebelum aku  berlalu masuk ke dalam bilik.

“Semua tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh. Along dengan angah memang king control.” Aku merungut.

“Adik.” Ibu berdiri di muka pintu bilik aku, aku memandang ibu dengan senyuman terpaksa.

“Boleh ibu masuk?” tanyanya, aku angguk. Tak perlu minta izinpun sebenarnya kalau nak masuk dalam bilik aku. Sebelum ni tak pernah pun, sekarang ni pula ibu jadi begitu.

“Adik okey tak?” soal ibu sebaik sahaja dia duduk di sisi aku.

“Adik okey ibu, jangan risaulah.” Aku mengukir senyuman, aku tahu ibu sangat bimbangkan aku. Aku jarang ke mana-mana tanpa di temani sesiapa, selalu dengan ibu atau dengan along.

“Ibu tak marah adik balik lambat tapi adik call lah beritahu kalau adik lambat, jumpa kawan ke atau pergi mana-mana. Ibu tak kisah pun kalau adik nak berjalan-jalan, jaga diri adik itu je ibu minta.” Ibu mengusap belakang badan aku.

“Adik pergi tasik tadi ibu, jalan-jalan ambil angin petang.”

‘Macam mana kerja hari ni, okey ke?” ibu memandang wajah aku, sekali lagi aku angguk. Pasal kerja memang semuanya okey yang tak okey masalah pakcik hot.

“Adik kerja baik-baik ya, nak buat apa-apa tu kena berhati-hati. Kena ada sikit syak wasangka. Jangan mudah percaya sangat pada orang walaupun kita kenal.” Nasihat ibu.

“Ibu jangan risau, adik akan jaga diri adik baik-baik. Adik janji tak akan susahkan ibu, along dengan angah.” Aku menguntum senyuman, tubuh ibu aku peluk erat-erat. Satu ciuman hangat aku hadiahkan pada ibu. Aku sayang sangat ibu, sama macam aku sayang nyawa aku sendiri.

“Adik nak minta izin ibu, esok adik nak pergi Zoo Negara, boleh tak?” ibu pandang aku semacam. Mungkin pelik, kenapa aku nak pergi Zoo Negara pula. Tak kan aku nak cakap dengan ibu terus terang aku pergi sebab nak dating dengan pakcik hot tu. Atau tak kan nak cakap aku sengaja nak pergi tinjau harimau.

“Dah kenapa adik nak pergi Zoo Negara ni?” soal ibu.

“Sajalah, nak dating.” Aku gelak-gelak, betullah aku nak dating dengan pakcik hot.

“Adik ada boyfriend dah ke?” tanya ibu, wajah aku direnungnya tunak. Aku geleng, gilalah, pakcik tu bukan boyfriend aku.

“Kawan je ibu.” Aku senyum, betullah pakcik hanya kawan aku sahaja.

“Kalau ada kawan, adik pandai-pandailah jaga diri, lelaki dengan perempuan kena ada jarak. Jangan main langgar sahaja.” Nasihat ibu. Aku angguk.

“Ibu risau sangat dengan situasi masa sekarang. Cuba tengok berita tu, bayi kena buang, anak dara ikut lelaki lari. Tinggal serumah tu semua. ibu tak mahu perkara begitu terjadi pada anak-anak ibu.”

“Ibu jangan risau, ibu dah beri kami semua didikan agama yang cukup. Insya allah kami semua tidak akan menjadi begitu. Doakan kami semua menjadi anak-anak ibu yang paling baik ya?” Pintaku, aku memeluk ibu erat-erat. Aku hanya ada ibu , along dan angah sahaja. Mereka semua adalah nyawa aku.

“Mestilah ibu doakan anak ibu semua baik-baik, dijauhi daripada segala keburukan.” Ibu mencium ubun-ubun aku lama.

“Adik mandi, lepas tu kita makan sama-sama, ibu masak gulai lemak ketam tadi.” Ibu bangun, dia menuju ke arah pintu kemudian dia berpaling memandang aku dengan senyuman terukir di bibirnya.

Aku berlalu ke dalam bilik air. Menyegarkan badan yang sudah berlengas berpeluh-peluh. Agak lama aku duduk dibawah pancuran, memejamkan mata  menikmati kesejukan air paip. Terasa sehingga ke urat nadi.

“Tuan puteri, bukan main lambat kau ni kan.” Angah sudah membebel.

“Sorry.” Aku meminta maaf, aku menarik kerusi duduk di sebelah angah. Menghadap Along dan ibu.

“Sedapnya gulai ketam.” Aku teruja, sudah agak lama aku tidak makan gulai ketam, pasti angah yang menyuruh ibu memasaknya. Angah memang hantu ketam.

“Kau belanja eh angah?’ aku pandang wajah angah. Dia angguk, angah memang kalau sedang makan dia tidak akan bercakap apa-apa.  Aku menikmati makanan , dah semua orang diam, aku pun diam ajelah.
Usai makan barulah kami berbual-bual diruang tamu. Macam-macam cerita angah sehinggalah dia berkata sesuatu yang buat kami semua  ketawa gembira. Angah nak kahwin!

“Maknanya angah dah move onlah ni? Tak fikir dah ke pasal Laikha?” along mencubit peha aku.

“Aduh! Apa ni along.” Aku mengosok peha yang dicubit.

“Agak-agaklah penyibuk.” Along menjengilkan mata.

‘Adik bukan sibuklah, adik tanya aje. Salah ke?” aku menjeling.

“It’s okey along, angah dah lama lupakan Laikha. Dah memang dia curangkan. Tak kan angah tak nak kahwin pula sebab frust tu.”

“Siapa calonnya?” tanya ibu dengan pandangan bersinar.

“Sama kerja ibu, angah rasa kami sesuai bersama. Dia pun okey. Nanti angah bawa dia balik. Kalau ibu setuju, bolehlah ibu pinang untuk angah.”

“Baguslah angah, ibu tak kisah. Bawalah balik kenalkan ibu pada bakal menantu ibu. Lega hati ibu, kalau yang bujang-bujang ni dah terfikir nak kahwin.” Ujar ibu , ibu nampak gembira sangat. Sekarang tinggal along dengan aku sahaja yang tak ada boyfriend dan girlfriend.

“Kau along bila pula?’ tanya aku.

“Tunggu kau lah kahwin.” Along gelak-gelak.

“Adik budak lagi, mana boleh fikir pasal kahwin.”

“Perasan budak, dik Sidek tanya dah tu.” Angah pula menyambung tawa si along.

“Ish..tolonglah, tolong sangat-sangat duhai abang-abang ku. jangan halakan adik dengan Sidek. Adik tak nak dia.” Along dan angah ketawa, ibu hanya menguntum senyum.

“Adik Sidek tu kacak tau, bisnes pun dah maju. Dengar cerita dia nak buka cawangan, nak francais kan produk jagung dia tu. Jagung madu caremal meletop! Rugi dik kalau Sidek jadi jutawan adik juga untung tau.”

“ Jutawan ke, one two three ke. Adik tetap tak akan mencemar harga diri adik untuk Sidek.”

“Adik janganlah berlagak, tuhan tu maha kaya tau dik. Kadang-kadang yang kita tak nak tulah jodoh kita sebenarnya.” Kata ibu.

“Ibu please doakan jodoh adik dengan orang lain selain daripada Sidek. Adik memang tak boleh blah dengan Sidek tu.”

Ibu ketawa, angah dengan along pun sama. Aku je yang memang tak boleh nak ketawa.

Kan bagus kalau pakcik hot tu yang ditakdirkan menjadi jodoh aku. Kalau aku tahu siapa jodoh aku senang aku nak tackle. Tak payah nak rasa sakit hati dengan apa yang mereka kenen, kenenkan. Tak senonoh langsung.

Malas mahu melayan, aku masuk ke dalam bilik. Esok aku ada ‘date’ dengan pakcik hot. Aku mencari baju yang sesuai untuk di pakai ke zoo.

“Dalam air ku terbayang wajah, adik ku yang ku puja.” Aku menyanyi kecil, berterabur segala lirik,tahu-tahu perkataan gajah sahaja yang keluarnya.

Seronoknya esok nak dating!
Entah kenapa tiba- tiba sahaja perkataan sayang bertubi-tubi singgah pada pendengaran aku. ish! Macam pernah dengar.

Pakcik Hot 1301Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang