pakcik hot 1301

415 16 8
                                    

Pakcik Hot 1301

Bab 14

2017- Mark – Rumah Rakit Pulau Raban-  Banding.

Aku memerhati wajah polos yang masih nyenyak tidur, sudah hampir 24 jam, dos yang aku beri sudah hampir tamat tempoh, dia pasti akan sedar seketika nanti. Telefon bimbit milik gadis bernama Hash Lestari yang aku padam aku simpan ke dalam almari.

Aku bergerak ke bahagia dapur di luar rumah rakit, ada sedikit makanan di atas meja. Mungkin Bob yang memasaknya, lelaki itu memang suka memasak. Aku merasa sedikit dengan hujung jari kuah kari ayam di dalam bekas. Sedap! Aku mencari pula nasi di dalam periuk, baik makan daripada menghadap si gadis yang masih lagi tidur. Usai mengenyangkan perut aku duduk memandang ke arah tasik yang luas terbentang.

Bunyi benda jauh daripada dalam bilik menyebabkan aku bingkas bangun. Hash Lestari terhuyung hayang memegang kepalanya. Akhirnya dia bangun daripada lena yang panjang.

“Aku dekat mana ni?” dia bertanya.

“Somewhere yang selamat untuk kau.” Aku menjawab tanpa cuba membantu dia.

“Kau bagi aku makan apa ha?”
suaranya sedikit meninggi.

“Ubat tidur je, bukan dadah pun.” Aku mengambil botol mineral, cuba memberinya air minuman, dah 24jam sedikit air pun tiada masuk ke dalam tubuhnya, dia memang nampak lemah.

“Kau culik aku? Kau orang jahat?” dia berkata lirih.

“No, aku bukan culik, aku bukan jahat.” Aku berkata, aku kena betulkan tanggapan gadis itu pada aku.

“Dah tu kau bawa aku ke mana? Ke tempat apa ni?” suaranya semakin kuat, seolah-olah sedang memarahi aku pula.

“Rumah rakit, cuti-cuti Malaysia. Daripada kau mati kena bunuh dekat luar tu baik aku bawa kau ke sini.” Selamba aku berkata, dia patut tahu, di luar sana ada seseorang mahu membunuhnya tanpa motif yang sahih.

“Apa kau cakap? Bunuh? Siapa nak bunuh aku?” aku angkat bahu, aku tiada jawapan untuk persoalan itu.

“Kau reka cerita?” soalnya lagi, aku geleng, buat apa aku nak mereka cerita? Aku mungkin penipu paling licik tetapi aku bukan pereka cerita bohong semata-mata untuk bawa lari gadis cantik macam dia ni. Tak berbaloi letak nyawa dihujung pistol untuk seorang gadis.

“Kenapa aku nak reka cerita? Tak ada point nak reka cerita. Aku diupah untuk bunuh kau, atas sebab apa? aku tak tahu, aku hanya di beri gambar target aku, settlekan kerja aku dan blah.” Aku berkata tegas, memang aku hanya diupah untuk membunuh, silap besar sipengupah, aku tak pernah ambil job membunuh. Bodoh sebab percaya pada aku.

“Kenapa orang nak bunuh aku? Ibu aku bukan kaya-raya pun, aku bukan anak jutawan.” Aku angkat bahu.
Manalah aku tahu selagi Bob tak dapatkan apa-apa info untuk aku.

“For now I’ll keep you close.” Aku keluar daripada bilik itu, membiarkan dia sendirian. Pandailah nak mandi ke apa ke. Tak kan itupun aku nak ajar.

Aku duduk di atas dek rumah rakit, menghadap ke arah tasik yang luas, menunggu Bob kembali semula.

“I’m hungry.” Suara halus itu menyapa. Aku menoleh.

“You’re crazy?” mata aku terbuntang, memanglah aku nak dia mandi tapi…

“This is the only thing I find that…” dia berkata, aduh! Aku pula yang rasa nak pitam.

“It’s my shirt…” aku berkata sambil menarik lengan baju itu.

“Tahu, aku pinjam sebab kau bawa aku lari tanpa pakaian. Aku pinjam ni je, yang dalam tak.” Jawabnya, ish! Dia memang selamba. Aku lelaki dah tentulah aku tak pakai bra, underware tu memanglah ada kalau dia nak rembatpun.

“You’re not wearing underware?” mulut! Tertanya pula!

“Tak , tunggu segala sotong tu kering.” Selamba nak mati! Dan mata aku? mujur kemeja tu bukan jarang, kalau jarang mahu sepanjang masa aku tutup mata.

“Aku nak makan.” Katanya lagi.

“Tu sana.” Aku tunjuk pada meja yang memang sudah tersedia hidangan untuknya, sedap tak sedap, kena atau tidak dengan selera dia aku tak tahu. Tapi aku tengok laju je dia makan maknanya sedaplah.

“Sampai bila kau dan simpan aku dekat sini?”tanyanya, dia duduk di hadapan aku.

“Sampai aku dapat jawapan, kenapa mereka tu nak bunuh kau, siapa mereka tu semua.”

“Kau rasa siapa yang nak bunuh aku tu?” soalnya lagi. Dia ni bukan sahaja bangsa selamba, dia juga bangsa tak reti bahasa. Dah aku cakap aku tak tahu, patut dia tahu itulah jawapannya. Tak payah banyak tanya. Malas pula aku nak jawab banyak kali benda yang sama.

“Rumah rakit ni, ada satu je katil besar. Kau nak simpan aku dekat sini, kau nak tidur mana?” itu pula yang dia soal.

“Tu …” Aku tunjuk pokok tualang di daratan.

“Seriuslah tidur atas pokok? Ada rumah ke atas tu?” dia memandang ke arah pokok yang aku tunjuk.

“Ada kau nampak?” aku menyoal, dia geleng.

“So jangan bersikap bodoh boleh?” dia angguk kemudian dia menghilang kedalam bilik.

“Where is my phone?” soalnya kembali. Aku tunjuk ke dalam tasik.

“My god! Iphone seven tu.” dia menjerit. Aku tahu!

“I don’t care Iphone seven or eight. Dalam hutan ni, telefon memang tak ada fungsi. Yang berfungsi dekat sini, aku dengan kau je.”

“Bodohlah kau ni.” Dia
membodohkan aku pula, aku diam. Rasa nak senyum dapat mempermainkan dia tapi tak berbaloi pula nak senyum untuk si gadis.
Dia mencampakkan sesuatu pada aku dan kemudian menghentak kaki lesap ke dalam semula. Biarlah, telefon dia ada aku bagi Bob, suruh bawa jauh-jauh. Aku tahu telefon gadis itu sudah di pasang pepijat untuk mengesan kedudukannya sebaik sahaja dia on kan telefon tersebut. Aku tak tahu kenapa sampai begitu sekali dia kena berada di dalam lingkungan sasaran.

“Siapa belikan kau telefon cangih macam tu sedangkan kau baru je berusia 18 tahun?” Aku masuk ke dalam melihat dia sudah duduk di atas katil menongkat lutut.

“My mom.”

“Siapa emak kau?” tanyanya.

“Nora, emak aku orang biasa je kut, kerja dekat Putrajaya tu.” jawabnya.

“Your father?” soal aku. dia geleng.

“Dah lama tak ada.”

Aku tidak tahu kenapa emak Hash Lestari ni kena pasang pepijat lokasi pada telefon anaknya.

“Kau memang suka lari rumah ke?” aku bertanya lagi.

“No, kau ingat aku ni budak liar?” jawapannya menyebabkan aku terdiam, dia memang tak nampak macam budak liar yang terbiar pun sampai nak kena tahu di mana dia berada.

“Mak kau memang selalu bebaskan kau keluar ke mana-mana ke?” dia geleng.

“Hanya ke KLIA tu sahaja selalu aku dengan ibu aku atau dengan abang-abang aku sahaja.” Jawabnya. Dan aku tiada idea mahu bertanya dengan lebih lanjut. Bob kena siasat juga siapa emak Hash Lestari, kena siasat siapa keluarganya. Jika bukan sesiapa mustahil sigadis menjadi target mereka.

“Kenapa kau soal aku macam polis pencen?” tanyanya, aku diam. Aku kena tahu jika aku mahu lindungi dia, aku tak boleh hentam buta.

“Hash, listen to me.” Aku memandang wajahnya. Dia juga memandang kepada aku

“Jangan sesekali bercakap dengan orang yang kau tak kenal selain daripada aku.” dia angguk.

“Jangan pergi jauh daripada rumah rakit ni, kalau boleh jangan sesekali jejakkan kaki ke darat.” Dia pandang ke arah daratan, kemudian dia angguk.

“Bagitahu aku kalau kau nampak apa-apa yang mencurigakan.” Dia angguk.

“Then always stand behind me. Okey.” Dia angguk juga.

“Mark…” Dia memandang aku.

“Yess?”
“ Can I trust you?”

“Yes, you can.” Aku berkata dan kembali duduk diluar bilik rumah rakit tersebut.

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now