pakcik hot 1301

546 16 4
                                    

Pakcik Hot 1301

Bab 10

“Kenapa kau suka sangat guna perkataan cair, apa maksud cair tu? Aku ni dah tua sangat nak tahu istilah budak-budak macam kau.” Dia bertanya ketika aku dan dia sudah berada di tepi tasik.

“Cair tu maksudnya, cairlah macam aiskrim di bawa keluar daripada peti ais. Kiranya macam hati dibawa keluar daripada dada, cairlah.”

“Mana kau belajar sains? Cikgu kau ajar eh, bila bawa hati keluar daripada dada, hati akan cair. Dada tu bukan freze lah makcik.”

Alahai pakcik, apa ke susah sangat kau nak faham istilah orang tengah kemaruk cinta. Malas aku nak berdebat dengan orang macam pakcik ni. Tapi aku nampak dia menguntum senyum dihujung bibirnya. Senyuman itu…!

“Kau kalau senyum memang lawa kan, aku suka kau senyum. Nampak bahagia sangat.”

“Kau tahu apa yang bahagiakan aku?”

“Tak tahu.”

“Bila kau sentiasa temankan aku ketika aku hilang daripada diri aku, ketika kita sama-sama hilang daripada diri kita.”

“Kalau aku tak ada?”

“Aku akan tetap dapatkan balik rasa bahagia aku tu walaupun aku terpaksa menunggu bertahun-tahun.”

“Kau akan tunggu kalau aku hilang?”

“Ya aku akan tunggu, aku akan cari, aku akan rentasi masa itu untuk kau.”

Aku terduduk! Jantung mengepam darah laju keseluruh anggota. Terasa bagaikan mahu pecah. Aku mengetuk kepala, menunduk menyebamkan wajah pada kedua belah lutut.

“Hash, are you okey.” Aku geleng kepala, serius aku rasa aku sedang berada di dunia yang aku sendiri tidak pasti , suara itu bergema disetiap sudut urat nadi. Suara lelaki dan perempuan seolah-olah berbicara perihal hati.

“Hash, tarik nafas, hembus perlahan. rilekkan minda.” Aku dengar suara pakcik saling bertingkah dengan suara yang bergema di dalam kepala aku.

“Rilek Hash…” Aku cuba mendengar suara pakcik, aku cuba fokus pada dia seorang. Kata-kata rilek dia aku cuba jadikan sesuatu yang utama di dalam kepala aku. Sehingga aku berjaya menyahkan suara lelaki dan wanita itu, baru aku merasa sedikit lega.

“Aku takut.” Wajahnya aku pandang.

“Aku dengar suara dua orang sedang berbual, jelas sangat dalam kepala aku ni.”

“Deja entendu.” Dia menyebut perkataan yang aneh.

“Apa kau sebut?” aku menyoal lagi.

“Sesuatu yang sudah kau dengari, kau pasti kau dengar sesuatu tetapi apa yang kau dengar tu mungkin hanya bayangan semata-mata.”

“Aku tak kata aku nampak bayangan, aku kata aku dengar.” Aku menidakkan apa yang dia kata.

“Tapi apa yang tengok menzahirkan kata-kata tu kan? Kau nampak sesuatu dan kemudian kata-kata tu muncul macam bayangan daripada apa yang kau tengok.”

Aku memandang wajahnya, ya! Senyuman yang terukir di bibirnya  yang mencetuskan perbualan itu.

“Apa yang menyebabkan cetusan perbualan tu dalam kepala kau?” tanyanya.

“Senyuman kau.” Aku menjawab perlahan, dia terdiam. Dia kemudiannya menggelengkan kepalanya.

“Itu mungkin keanehan yang biasa so ignore, jangan fikir apa-apa. Kau kena lapangkan fikiran kau. Kau kena belajar menerima sesuatu yang mungkin kau tak akan jangka Hash.”

“Maksud kau? Contoh yang tak terjangka tu apa?”

“Aku.” Jawabnya perlahan, dia mengatur langkah perlahan. Aku masih lagi duduk di atas rumput. Memandang dia melangkah dan kemudian berpaling memandang aku dengan wajah yang aku kira sangatlah gentleman.

Aku memang tak jangka akan jumpa dia di dalam kondo tu sebab Kak Wati tak cakap apa-apa. aku juga tidak jangka akan terjumpa sebuah kotak dengan angka-angka misteri yang dia minta aku fikirkan. Sampai sekarang aku tidak mampu menjangka apapun pasal siri- siri nombor itu. segalanya masih sangat samar. 1301 boleh jadi nombor kondo, boleh jadi birthday aku juga.

“Kau tak nak ikut aku berjalan-jalan ke?” dia berkata kuat memandangkan jarak kami sudah agak jauh. Aku bingkas bangun, berlari mendapatkan dia.

“Pasal pecahan siri nombor tu, aku masih tak dapat jawapannya.”

“Me to.” Jawabnya pendek.

“Apa kata kita teka je, kita cuba tukar nombor-nombor jadi aksara ABC.” Aku memintas dia, berdiri di hadapannya dengan harapan dia akan dengar cakap aku. sepantas itu juga aku mengeluarkan pen dan kertas daripada beg aku. sebenarnya secara spontan aku terfikir untuk menukar nonbor itu kepada aksara.

“13018118913121” Aku menulis di atas permukaan kertas.

Aku kemudian menulis aksara abc sehingga z , ada 26 kesemuanya. Aku label a-1, b 2,c-3 dan seterusnya sehingga angka 26.

“1301- kita abaikan ia mungkin kod pintu kondo. Boleh jadi tarikh lahir aku juga.”

“Kita tengok 8118913121”

“Okey kita tengok apa yang akan terbentuk.” Katanya.

8- H, 1-A,1-A,8-H,9-I.1-A, 3-C,2-B,1-A
“HAAHICABA” berdekah-dekah dia ketawa.

“Apa bendalah perkataan tu.” Dihujung tawanya, dia berkata dan kemudian tangannya pantas sahaja menunjal kepala aku. Aku mencebik, perkataan tu langsung tak memberi apa-apa makna. Jadi teori aku salah, tapi patut ke aku nak berputus asa?

“Okey jangan putus asa, kita sama-sama fikir, mungkin teori kau dah betul tapi kita kena susun lagi aksara tu jadi perkataan yang berkemungkinan besar ada kaitan dengan nombor 1301 tu.”

“Cabai?” dia geleng

“Hiba.?” Dia geleng.

“Ahaha.” Dia gelak mengikut apa yang aku sebut. Tak guna betul!

“Ha baca?” aku kelip-kelipkan mata. Dia geleng tak mungkin.

“Eh! malas dah nak teka, susah kut. SPM pun tak susah macam ni tau.” Aku merungut.

“Okey cuba kita buat macam ni.”
8- H, 1 – A, 18-R,9-I,13-M,1-A, 21-U.

“Harimau?” aku baca kuat-kuat.

“Apa pula kaitan 1301 tu dengan harimau. Nak cari  nombor tu dekat kandang harimau ke?”  aku tak terfikir pula nak nak cantumkan nombor tu memandangkan aksara abc tu ada 26. Pakcik hot ni memang bijak.

“1301harimau. Okey, esok kau kena ikut aku pergi zoo, lepas habis kerja dekat rumah Puan Sri Nona.”

“Esok aku tak kerja, ahad kan. Kau lupa hari ke apa?”

‘Okey cantik, esok kita dating dekat kandang harimau.” Dia gelak. Aku mula terfikir, harimau? Apa masalah harimau tu siap nak ada kod rahsia?

“Tak, aku tak faham, harimau dengan kod tu apa kaitannya?”

“Mungkin harimau tu ada sesuatu yang istimewa. Boleh jadi dekat kandang dia. Mana tahu kalau kita pergi kita boleh nampak apa-apa. Sambil tu kita datinglah.”

“Apa baranglah dating dekat zoo.” Aku gelak, aku tahu dia mesti ada point besar nak kenakan aku ni.

“Kau tak nak dating dengan aku ke?” tanyanya selamba. Aku geleng tapi hati di dalam gila tak nak!

“Aku tahu kau malu. Shy-shy –cat.” Dia gelak. Aku menguntum senyum. Bahasa inggeris guna google translet itulah jadinya.

“Kau bayangkan macam ni, dating dekat zoo macam cerita masam-masam manis. Sambil kita tengok harimau, kita nyanyilah lagu apa tu…mesti kau tahu.”

“Dalam air ku terbayang wajah,adikku yang ku puja.” Eh! ternyanyi pula sikit.

“Tenteram semula hati gundah, dapat mambang indah.” Dia gelak, banyaklah kau punya mambang duhai pakcik.

“Mambang mabuk minum todi.” Aku sambung dan kami sama-sama gelak tak ingat dunia.

Esok aku dengan dia nak dating dekat kandang harimau. Mesti aummmm sangatkan! Dia terus sahaja berjalan meninggalkan aku yang terkial-kial mahu menyainginya. Daripada belakang aku memandang sekujur tubuh yang sedang menyepak-nyepak angin. Nampak dia gembira sangat berkelakuan begitu.

Dan, suara itu datang lagi…

“Kenapa kau suka sangat buat macam tu? Suara perempuan itu bergema di dalam kepala aku.

“Sengaja, nak hilangkan rasa lenguh kaki. Kenapa? Suara lelaki itu pula menyoal.

“Bila aku pandang kau daripada belakang aku rasa bahagia.” Perempuan itu ketawa.

“Bahagia hanya pandang belakang aku? maknanya kau akan lebih bahagia jika aku memandang kau dengan renungan mata helang aku ni kan?”

“Kau bijak meneka.”

“Mestilah sebab aku memang diajar untuk menjadi seorang yang bijak memanipulasi keadaan apatah lagi meneka sesuatu. Aku kan seseorang yang memang sudah di train untuk duduk di dalam apa jua situasi.”

“Termasuk dalam situasi begini? Pasangan bercinta macam ni?”

“Ini memang tak termasuk dalam job scoop aku, entahlah aku tidak tahu kenapa tangan engkau yang aku pegang erat ketika itu.Mungkin kerana kau tak sepatutnya jadi target aku. kau terlalu cantik dan manis untuk dibunuh.”

“Hash…Hash…” Suara pakcik timbul di antara suara mereka berdua.

Pandangan mata aku berbalam-balam dan untuk kali kedua, aku terlupa pada dunia!

“Oh my god sayang!” aku hanya sempat menangkap suara itu sayup.

“Sayang?”…

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now