pakcik hot 1301

479 12 3
                                    

Pakcik Hot 1301

Bab 15

Mark- 2017

Bunyi enjin bot menarik perhatian  Hash Lestari, dia menjengah keluar jendela apabila bot tersebut berhenti betul-betul di hadapan Mark yang berdiri menunggu. Ada banyak barang di dalam bot di bawa lelaki itu. Lelaki itu memandangnya sekilas dan mengangkat tangan. Sebaik sahaja barang diletakkan di atas pelantar, lelaki itu dan botnya lesap disebalik pulau-pulau kecil ditasik itu.

“Hash..” Aku memanggil dia yang masih tercongok memandang melalui tingkap kamar.

“Barang kau.” Aku tunjuk pada longgokan beg plastik, ada 4 beg plastik semuanya.

“Apa ni?” soalnya.

“Baju kau lah, aku suruh budak tu beli. Cubalah tengok.” Dia mengambil baju tersebut dan membawanya masuk ke dalam. Setengah jam kemudian gadis Hash keluar semula dengan wajah masam mencuka.

“What happened?” soal aku.

“Tak okey ke baju?” aku bertanya lagi setelah tidak mendapat jawapan daripadanya.

“Okey.” Sepatah dia menjawab.

“So? Muka kau macam tertelan cicak kenapa?”

“Kau buat apa masa aku tidur?”
soalnya pula. Dah kenapa soal macam tu?

“Nothing.” Aku jawab tak ada.
Memang tak buat apa pun.

“Tipu.” Wajahnya bertambah masam.

“Kenapa pula aku nak tipu kau, tak ada faedah pun.” Jawab aku, aku membuka bekas yang di bawa Bob tadi, ada ikan  dan ayam yang sudah diperap cantik. Bolehlah aku hidupkan api bbq pit, bakar ikan dan ayam malam ni. Siap ada nasi dan lauk gulai pisang, mesti emak Bob yang masak.

“Kalau kau tak buat apa-apa kenapa kau tahu size baju dalam aku?” Aku pandang wajahnya. Fasal itu ke? Bergema gelak aku di tepi tasik, lawak betul dia ni. itu pun nak jadi hal.

“Sorry lah dear, aku kena tengoklah sikit kalau tak kang tak sama size pula. Terbesar pun tak best, terkecil lagi tak best.” Aku gelak, sengaja hendak mengusik dia padahal aku tak tengok pun. Gila nak buka baju anak dara orang semata-mata nak tengok size.

“Penyumbahleweng!” jeritnya, dia memukul-mukul bahu dan lengan aku.

“Sakitlah weh!” Aku pegang tangannya kuat, wajahnya memerah.

“Aku ingat kau ni jenis selamba, kau tak pakai underware boleh pula kau cakap, aku tengok size kau marah. Apa bendalah kau ni perempuan.”
Aku menolak dia jauh sedikit.

“Aku tak tengoklah, tengok cara kau berpakaian ketat macam tu mana-mana lelaki pun boleh teka size bra kau. Kau ingat lelaki zaman sekarang naif sangat? Itulah lain kali tayang body lagi.” aku berkata, wajahnya aku pandang sekilas, masih merah menahan amarah barangkali.

“Rilek sudahlah, tak payah nak buat muka sangat dekat sini, aku je yang tengok muka tak cantik kau tu.”

“Bodohlah kau.” Dia menghentak kaki, aku gelak. Sengal punya perempuan.

Tanpa mempedulikan dia aku menghidupkan bbq pit kecil yang terdapat di atas dek. Sementara menunggu arang menjadi bara aku mengeluarkan barang yang di bawa Bob tadi,aku susun di atas meja makan. Kemudian aku naik ke darat, ada sebuah stor kecil menyimpan pelita minyak tanah memandangkan rumah rakit ini memang tiada bekalan elektrik, hanya ada bekalan air bersih yang disedut ke tangki air melalui perigi di daratan. Sebelum hari gelap baik aku settlekan benda penting. Tali pengikat rakit juga aku buka supaya rakit bergerak jauh sedikit daripada darat sekurang-kurang jika ada orang cuba menaiki rakit mereka akan melalui air juga, jadi aku boleh mendengarnya.

“Kau buat apa?” aku menoleh, memandang dia yang berdiri masih dengan memakai baju aku. dah tak merajuk lagilah tu.

“Pasang pelita, dah nak malam kan.” jawab aku satu persatu pelita minyak tanah aku hidupkan.

“Pelita yang berkaca macam ni ada pada zaman 80an je.” Ujarnya sambil membelek.

“Ya, sesuailah dekat tempat jauh macam ni.” kata aku, aku menyangkutkan dua buah pelita berhampiran meja makan, satu di atas meja makan. Kemudian aku memberikan dia dua buah pelita untuk di letakan di dalam bilik.

“Kenapa tak guna lilin je?” Soalnya.

“Angin kuatkan, mana mahunya lilin hidup. Lagipun lilin bahaya.” Kata aku. selesai tugasan memasang pelita. Aku membasuh tangan.

“BBQ?” tanyanya, aku angguk.

“Sedapnya ikan bakar. Apa ada lagi?” dia menyoal sambil menyelongkar bekas makanan di atas meja.

“Gulai pisang?” dia memandang aku.

“Tak makan?” aku memandang wajahnya.

“I miss my mom, masakan ibu yang sedap tu.” Aku diam, tak ada masa nak layan melodrama si Hash ni.

“Daripada kau ingat ibu kau yang tak ada dekat sini, baik kau tolong aku bakar ayam, rilek-rilek, enjoy. Esok lusa tulat belum tentu kita ni hidup lagi Hash.” Aku berkata, wajahnya aku renung, cantik! Dan aku kesian kepadanya. Dia menunduk merenung barang di atas meja, perlahan-lahan dia mendapatkan aku yang sedang berdiri ditepi bbq pit.

“Sampai bila kita akan duduk dalam rumah rakit ni?” soalnya, sesekali dia menepuk nyamuk yang cuba mengigit kulitnya. Aku bangun mencari ubat nyamuk di dalam bilik, memasang berhampiran tempat kami melepak.

“I don’t know.” Jawab aku, aku memang tidak tahu. Aku hanya berharap Bob cepat menghabiskan kerjanya . Lagi cepat Bob menyiasat, lagi cepat aku boleh keluar daripada sini bersamanya. Pulangkan dia pada keluarganya dan aku boleh blah ke mana-mana aku suka. Aku memang nak cuci tangan daripada melakukan kerja begini, cukuplah aku hidup sebagai pelarian.

“Sesaklah hidup macam ni, baru sehari aku dah rimas. Eletrik tak ada, ada air tapi entah bersih ke tidak. Sunyi sepi, nyamuk banyak.”

Bebelnya sambil  mengunyah kuaci. Aku tak tahulah kenapa Bob membeli kuaci untuk kami bukan itu sahaja aku tengok bukan main banyak dia membeli makanan ringan.

“Fresh air, air dari perigi. Tak payah kipas, angin original. Nikmati semuanya, semua mesti akan okey.” Jawab aku perlahan. Dia kelihatan santai sahaja, masih memakai baju aku. masih tak mandi lagilah tu agaknya.

“Aku masuk mandilah, berlengas dah. Kawan kau tu pandai, dia ada belikan aku baju tidur juga.” Hash ketawa. Aku tidak membalasnya.

“Aku dah siap mandi aku keluar tunjuk dekat kau baju tidur tu. Kawan kau tu otak mereng.” Dia berkata dan terus sahaja menghilang.

Bob otak mereng? Macam pelik pula dia cakap Bob macam tu dan aku bertambah pelik. Baju tidur je  kenapa pula Bob nak kena jadi mereng. Apa-apa je lah, baru sehari setengah dengan si Hash, aku pun naik mereng nak melayan.

“Mark…weh!” aku berpaling sebaik sahaja Hash memanggil aku. tersembur air yang baru aku hirup. Bala apa pula Bob bawa ni? Patutlah dia cakap Bob mereng, ini bukan mereng dah, ini bodoh, gila ,bangang punya kerja.

“Kau nak mati ke pakai baju macam ni?” aku sudah menjengilkan biji mata aku.

“Kawan kau yang beli, aku pakai je lah.” Selamba sahaja dia duduk kembali ditempatnya tadi, memang betul-betul buat umpan nyamuk. Gila betul Bob beli baju tidur macam ni, apa ingat aku dengan budak Hash ni datang nak honeymoon ke?

Aku masuk ke dalam mencari baju lain untuknya.

“Tutup sikit badan kau tu.” aku mencampakkan sehelai kemeja milik aku yang memang ada tersimpan di dalam kabin kepadanya. Dia gelak! Jahat benar gelak dia.

“Tak payah nak gelak jahat sangatlah, aku tak terliur pun tengok kau macam tu.”

“Ada aku buat aksi penari tiang sampai nak buat kau terliur?” aku menjeling geram, sakit hati betul dengan kata-katanya.

“Aku ni lelaki, kau tu perempuan. Aku tak kata aku ni tak ada nafsu, sebelum benda tak elok jadi. Pandailah kau nak cover diri kau tu, jangan nak jadi lauk sangat.” Aku memberi amaran.

“Kawan kau yang beli baju macam ni, aku mana tahu. Dia ingat kau bawa aku datang sini nak honeymoon kut, kau tanya jelah dia. Aku pakai je, tanpa niat nak mengoda. Aku pun tahu dosa pahala, tak adanya nak aci redah.” Dia berkata perlahan, dengan sedikit tawa di hujungnya.

“Never ever touch me okey.” Dia menyambung lagi. aku bungkam. Mulut dia ni memang nak kena cili.

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now