Pakcik Hot 1301

735 17 0
                                    

Pakcik Hot 1301

Bab 6
Aku renung poskad-poskad tersebut, begitulah caranya mahu melihat sesuatu yang tersembunyi di dalam art of illusion , disebalik sebuah lukisan ada aksara lain yang wujud. Boleh jadi ia abjad ABC, boleh jadi juga ia rangkaian nombor 123. Kesemua poskad itu ada14 kepingan. Puas aku merenung sampai berair mata dibuatnya.

“Apa yang kau nampak?” soalnya sebaik sahaja aku habis melihat poskad tersebut.

“Macam nombor, kejap.” Aku ambil pen dan kertas daripada dalam beg. Satu persatu nombor pada ilusi poskad itu aku tulis. Dan kemudian aku tunjukkan pada dia.

“13018118913121”

“Kau bijak  Hash, cuba kau pecahkan teori nombor tu. Bantu aku sikit, sebab dah bertahun aku langsung tak dapat meneka apa-apa.” Ujar pakcik hot. Aku gelang kepala. Kalau dah nombor maknanya ia hanya nombor.

“Nombor je kut. Boleh pecahkan beli sport toto ke, magnum ke.” Jawab aku, dan satu lukuan mendarat di atas kepala aku.

“Apa ni pakcik, kepala saya RM7.90 tau, mak saya bayar fitrah dekat Seremban.” Aku mengosok kepala yang sakit. Bisa betul tangan pakcik ni.

“Kau ni kaki judi ke apa?” Eh! sedapnya dia tuduh, benda tu berlambaklah dekat KL ni. aku bercakap ikut apa yang aku perhatikan je. Aku bukan terdesak sangat nak cepat kaya main judi, berdosa. Setidaknya aku tahu benda tu, bukan buta mata dan hati tidak mengenal apa-apa.

“Kalau setakat poskad ni kenapa nak kena lari, kenapa mereka datang cari benda ni pula?” aku pandang wajahnya yang beriak tenang.

“Aku dah hadap benda ni lama sejak Maksu aku mati, Paklong aku mati. Mereka tu semua mati sebab sabotaj daripada entah sesiapa yang aku tak tahu. Paklong aku sempat bagi kunci kondo dan sebut poskad ni. Aku dah tengok poskad ni tapi aku buntu nak susun nombor-nombor tu macam mana.” Ujarnya.

“Kematian mereka tu semua ada kaitan ke dengan poskad, dengan nombor-nombor ni? tanya aku.

“Aku tak tahu sebab aku tak nampak perkara yang mencurigakan, mereka semua mati sebab kemalangan. Aku dah siasat tapi sebenarnya, aku terkandas.” Ujarnya, terkandas?  Aku pandang wajahnya yang muram, terkandas dekat mana? Aku mahu bertanya tetapi apabila melihat wajahnya yang sedih. Aku abaikan dahulu, esok boleh tanya lagi.

“1301 tu macam password kondo kan.” Pakcik Hot angguk.

“Ya aku cuma dapat teka itu sahaja.”

“Satu lagi, kau kena janji kau kena rahsiakan pasal poskad ni, pasal kondo tu biarlah. Kau cakap dengan Wati kau tak nak pergi situ lagi. Kau cakap jelah kondo tu ada hantu. Dia akan faham. Tapi aku nak kau terus kerja dekat rumah nenek aku tu.”

Dah pulak! Jadi memang kondo tu ada hantu ke?

“Kondo tu siapa punya sebenarnya?’ Lain pula yang aku tanya, sebenarnya aku nak tanya betul ke kondo tu ada hantu ? Tapi aku takut kalau Pakcik Hot cakap’ sebenarnya akulah hantu tu.’ Ada kemungkinan juga sebab pakcik ni memang blink! Blink! Sahaja selalunya.

“Paklong aku tapi dia amanahkan aku untuk jaga. Aku tak dapat nak pergi selalu sebab aku….” Pakcik hot tidak menyambung kata-katanya lagi.

“Aku nak kau terus jaga nenek aku. Info aku kalau nenek aku ada bercerita apa-apa yang penting. Aku nak kau jadi mata-mata aku tengok Makteh aku Datin Noraini tu.”

“La, Datin Noraini tu bukan mak kau ke?” aku pandang wajahnya.

“Mak aku nombor 2 dalam keluarga tu. Kau kerja situkan, nanti kau tahulah. Confirm nenek aku cerita tapi ingat, kau jangan tanya dia apa-apa pasal aku. Aku tak nak dia tahu kau ada conection dengan aku.”

“Tapi mestilah dia tahu sebab aku cakap aku kerja dekat kondo juga.”

“Tak dia hanya tahu Datin Noraini yang hire kau.” Aku terdiam.

“Aku nak baliklah, tapi nanti macam mana aku nak cari kau?” dah tentu aku tak akan ke kondo tu lagi. Bahaya katanya!

“Aku cari kau nanti.” Ujarnya. Aku angguk!

“Pakcik, siapa nama kau?” Aku pandang wajahnya meminta kepastian.

“Kau kena tahu nama aku ke?” tanyanya tanpa menjawab pertanyaan aku.

“Kena sebab aku tak nak panggil kau pakcik.”

“Kalau macam tu kau panggil je aku Mr. B daripada panggil pakcik, entah apa-apalah kau ni.”

“Kenapa pula nak panggil Mr.B kau mestilah ada nama sebenar.”tak puas hati betullah, nama Mr.B , dah macam pangil  kekasih hati oh! My baby.

“Kalau macam tu, kau kena panggil aku sayang, bukan Hash.” Aku gelak-gelak.

“Why? Dah kenapa aku nak panggil kau sayang pula?”

“Sebab aku panggil kau B, ala macam BBBNU, B- sayang.”

“Bongoknya kau, kau ingat aku budak baru nak up.” Aku gelak! Padan muka aku. sebenarnya aku saja nak usik, mana tahu dia marah pula. Tak boleh diajak bergurau langsung pakcik ni.

“Okey aku balik.” Aku meminta diri, aku berjalan kaki mahu menunggu bas atau teksi untuk balik ke pejabat.
Sebaik sahaja aku sampai ke pejabat, aku terus mendapatkan Kak Wati. Terkejut dia aku balik sebelum sampai masanya.

“Kenapa Hash?’ Soal Kak Wati perlahan.

“Kak , rumah tu ada hantu ke?” wajahnya aku pandang, berubah wajah Kak Wati.

“Err…” Hanya itu yang dia jawab, teragak-agak mahu menjawab.

“Kenapa akak letakkan saya dekat rumah berhantu, patutlah saya rasa lain macam dekat rumah tu. Buku-buku tu jatuh sebab hantu tulah, saya kena tarik sampai terjatuh akak tahu tak.” Aku kalau bab melakar cerita memang superb. Penipu betul!

“Okey-okey kalau macam tu Hash terus ke rumah Datin Noraini je, nanti akak bagi tahu Datin masalah yang sama berulang lagi.”

“Oh! Jadi betullah rumah tu memang berhantu, tak baiknya akak hantar saya dekat rumah macam tu. Mujur tak di tolaknya saya daripada tingkat 20 tu. Kalau tak berkecai saya dah kak.”

“Sorrylah Hash, dah ramai sangat yang kena dekat rumah tu. Akak ingatkan bila Hash okey di hari pertama, maknanya okeylah tapi rupanya hantu tu usik juga.” Ujar Kak Wati perlahan.

“Datin tu tak tak try berubat ke kak?” tanya aku. takkan lah biarkan rumah besar macam tu jadi sarang hantu.

“Entahlah, orang kaya-kaya Hash mana nak percaya hal karut macam tu.”

“Ish menakutkan betullah.” Aku mengangkat bahu geli geleman.

“Hash pergilah balik.” Ujar Kak Wati kemudiannya. Aku bersorak di dalam hati. Makan gaji buta aku hari ni.

Aku mengambil keputusan untuk singgah di pusat membeli belah Sogo, saja mahu mencuci mata sambil aku memikirkan  apa makna nombor-nombor yang tersembunyi disebalik poskad tersebut. Adakah ia sekadar nombor? Adakah nombor itu ‘hint’ kepada sesuatu” Atau nombor itu merujuk pada sesuatu yang lebih besar. Macam kod peti besi, kod rumah atau skod emulsion makanlah tanpa was-was. Sempat pula aku melawak sendiri, akhirnya aku gelak. Pandir betul!

Aku berdiri di hadapan kiosk minyak wangi, memandang ke arah kiosk tersebut tanpa berkelip. Suara orang ramai yang hingar bingar semakin tenggelam daripada pendengaran aku. nafas terasa sesak, jantung berdegup lebih laju. Bagaikan dejavu aku melihat seseorang persis pakcik hot sedang bercakap-cakap dengan seorang lelaki yang memakai baju serba hitam. Kemudian mereka seolah-olah menukar sesuatu dan berlalu menuju ke arah berlawanan. Spontan aku berlari mengejar si pakcik hot, sayangnya kelibat dia lesap tanpa jejak.

“Dik!” bahu aku di tepuk. Aku memandang ke belakang, kemudian aku memandang sekeliling aku. Aku mengucap panjang, apa dah jadi pada aku? Aku berdiri dekat sini tetapi aku seakan-akan merasakan aku sebenarnya berlari mencari lelaki persis pakcik. Jantung aku memang laju, nafas semakin menyesakkan dada.

“Dik, are you okey?” soal wanita yang menepuk bahu aku tadi.

“Y…ya..ya.” Saya okey. Aku menjawab dengan bibir terketar-ketar. Aku rasa seram sejuk, bulu roma berdiri , telapak tangan terasa berpeluh.

“Adik macam tak sihat.” Kata wanita itu lagi. Aku tidak berkata apa-apa, pantas aku berlari keluar daripada Sogo. Mencari udara, aku rasa mahu muntah, perut terasa bergelodak dan akhirnya aku memuntahkan segala isi perut aku sebelum aku terduduk di bahu jalan.

“Apa jadi pada aku?” aku berjeda, pandangan mata berpinar-pinar. Deretan kereta yang tersangkut di dalam kesesakan kelihatan besar dan kecil. Bunyi hon sahut menyahut membingitkan telinga. Dunia terasa berpusing, aku memejamkan mata sambil memeluk beg aku erat-erat.

“Allah, bantulah aku.” aku beristifar di dalam hati tanpa henti. Cuba mencari kekuatan. Aku kena balik, aku kena balik. Dengan segala kudrat yang ada, dengan pandangan yang semakin kabur, aku cuba bangun sebelum aku rasa batang tubuh aku melayang bagaikan lalang di tiup angin.

Lost!

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now