BAB 19

5.1K 300 24
                                    

MEREKA berdiam diri seketika.

"Matahari terbit sebelah timur..." kata Putra. "Sumber hidup, yang kita tahu.. Air, makanan, udara..." kata Ain pula. "Di situlah aku berada, Rayqal! Guna kompas tu, arah timur" kata Alynna, dia tersenyum tanda tahu. "Sana timur" Rayqal menunjukkan ke arah timur mengikut kompas di tanah.

"Jom!"

Alynna berdiri, diikuti yang lain. Segera mereka berjalan ke arah timur, "hutan biasanya akan ada sungai, cuba cari sungai sekitar sini" arah Alynna.

Kelihatan kumpulan lain turut mencari petunjuk mereka. Dua kumpulan akan mendapat soalan yang sama, jadi mereka perlu cepat supaya menjadi yang pertama.

"Akak, tu!! Sungai!" Liya menunjukkan ke arah sungai yang mengalir. Beberapa tapak dari sungai itu, berdiri seorang fasi di situ.

"Nampaknya kamu semua kumpulan pertama yang sampai, baiklah! Ini cabarannya"

Mereka memandang ke tepi, ada sebuah meja dengan 10 cawan kertas di atasnya.

"Apa ni?" tanya Lizya curiga. "Ha, setiap orang kena minum air ni sambil fikir jawapan teka-teki yang akak bagi"

"Oh..."

Dark Knights membulatkan mulut tanda faham. "Kalau macam tu, biar aku dulu!" dengan semangat Hanif menawar diri. Dia berdiri di hadapan meja bercawan.

"Baiklah, minum dulu baru jawab tau... Bom apa yang tak meletup, dan ia selamatkan orang"

Hanif mengambil secawan air dan meminumnya. Terus kelat wajahnya apabila lidahnya menyentuh air.

"Bwek!! Ini anti-biotik ke?"

Rayqal dan Putra mengemam bibir mereka menahan tawa manakala Liya dan Lizya memandang ke belakang melepaskan tawa. Alynna, Ain dan Rina pula tersengih. Bukan mahu fikirkan jawapan, ketawakan rakan sekumpulan pula!

"Masa tamat, apa jawapan dia?"

" Bomba " Hanif menjawab yakin. Diam seketika membuatkan ahli Dark Knights gementar.

"Betul!"

"Yahoo!!" mereka menjerit kecil. Mana boleh menjerit kuat, tempat orang katakan. "Aih? Kau orang baru sampai?" Alynna tersengih mengejek kepada kumpulan Sun Guard iaitu kumpulan Iris dan Qayyum yang baru tiba.

Mereka menjeling tajam kepada gadis itu,
"kumpulan lain tunggu sekejap ya"

"Akak! Saya pulak!" Putra menawarkan diri.

SKIP

KRING!!!!!

Bunyi loceng panjang kedengaran di seluruh kawasan kem. Membuatkan yang lena terjaga.


Naura menyarung tudungnya dan melangkah keluar dari khemah, sempat dicampak tudung Irene ke muka tuannya.

"Hoahm... Pukul berapa ni?" Alynna melangkah keluar dari khemah dengan wajah mengantuk, tangannya meraup muka lalu memperbetulkan tudung.


"Pukul 3 pagi" jawab Danish di khemah hadapan.

"Oi, bangunlah! Dasar tidur mati, bom meletop dekat sebelah pun kau takkan sedar ya?" Jejaka itu mengejutkan rakan-rakannya.


Iris dan Irene melangkah keluar dari khemah dengan mata tertutup.

Emerald High : Fight [ C ]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin