BAB 29

4.7K 274 6
                                    

BAM!

Aisy Alynna [ POV ]

Nafas aku tersekat apabila mendengar bunyi dentuman itu. Range Rover itu berputar-putar di atas jalan raya. Dunia aku bagai gelap seketika.

Tak...

Tolonglah jangan!

“ABANG!”

End POV

“Aisy! Astaghfirullah, budak ni! Bangun! ”

Asy menggoncang tubuh Alynna, dia yang datang ke bilik adiknya itu untuk mengejutkan, terkejut melihat Alynna meracau.

“ABANG!”

“AISY ALYNNA! BUKA MATA TU!” jerkah Asy.

Mata Alynna yang asalnya tertutup rapat terus terbuntang luas. Nafasnya laju, seperti baru selesai larian marathon. “Aisy kenapa? Meracau tak tentu hala!” kata Asy risau bercampur pelik. Alynna yang melihat abangnya di situ terus memeluk. Esak tangisnya kedengaran.

Asy terkejut, “hei.. Kenapa ni? Mimpi apa? Cuba cerita dekat abang” pujuk Asy lembut.

Alynna hanya menangis, enggan membuka mulut. Masih terngiang-ngiang darah yang membasahi jalan raya di fikirannya. Asy juga tidak memaksa, dia membalas pelukan Alynna dan menggosok belakang tubuh adiknya itu.

Badan Alynna menggeletar kecil membuatkan dia mengeratkan pelukan, cuba membuat Alynna rasa selamat. “Shh... Abang ada.... Abang ada dengan Aisy...”

Perlahan-lahan tangisan Alynna reda, namun dia masih tersedu-sedu. Wajah disorokkan di dada Asy. Malu, tiba-tiba saja menangis kerana mimpi. Seperti budak kecil.

“Dah okay? Jom.. Kita turun sahur, lepas subuh nak siap-siap” ajak Asy. Alynna mengangguk, dia turun daripada katil dan melangkah menuju ke bilik air. Dia menggosok gigi dan membasuh muka sebelum melangkah keluar kembali.

Kelihatan Asy sudah turun ke dapur, Alynna mencapai telefonnya dan terus menuju ke dapur. Dia mengintai abangnya yang lincah memasak. “Abang...” meleret-leret suaranya.

“Ya?” sahut Asy.

“Err... Lupakan je lah kes tadi eh?” pinta Alynna malu.

Asy tergelak kecil, kemudian mengangguk. Tetapi mustahil dia ingin lupakan. Sudah berbulan adiknya itu tidak bersifat manja.

“Dah, duduk makan... Lambat pulak nanti” arah Asy.

Nae!” (Baik!)

SKIP

“Semua barang ada dah?” soal Asy, dia memandang Alynna. “Dah ada, abang take care tau” ucap Alynna.

“Abang tahulah, tu.. Irene dah sampai tu” kata Asy sambil menunjukkan sebuah kereta berhenti di hadapan rumah. “Okay, pergi dulu bang.. See you after one week!

Alynna menyandang begnya dan melangkah ke arah kereta Irene. Dia membuka bonet kereta dan memasukkan barangnya.

“Bye, bye!”

Alynna melambai Asy sebelum masuk ke dalam kereta Axia terbaru Irene. “Kereta baru ya, cik kak?” soal Alynna sengaja. “Haah, muatlah ni kita empat orang" jawab Irebe selamba.

“Iris dengan Naura mana?” soal Alynna ingin tahu. “Nak pi ambil lah ni, si pendek tu lambat sangat.. Aku ambil kau dulu” jawab Irene.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now