BAB 37

4.7K 272 9
                                    

PINTU bilik bedah itu Alynna tenung bagai mahu tembus, air mata yang sudah kering langsung tidak diseka.

"Aisy Alynna!"

Serentak itu pintu bilik bedah itu terbuka, seorang doktor keluar. Alynna pantas berdiri dan berpaling ke sekeliling, kelihatan Asy berlari anak ke arahnya.

"Ahli keluarga pesakit?"

"Aku tunang dia" kata Asy dingin.

"Pesakit kritikal, disebabkan hentakan sedikit kuat di bahagian kepalanya. Dan dia juga koma"

Alynna tidak tahu ingin bereaksi bagaimana. Setelah doktor itu berlalu Asy pantas memandangnya berang.

"It's all your fault!! "

Tengkuk Alynna dicekik sehingga gadis itu terangkat. Alynna terkejut, dia meronta-ronta minta dilepaskan. Kakinya yang tidak terjejak di lantai digoyang-goyangkan.

"L-Lep-pas, ab-abang! S-Sakit!!" rayu Alynna, air sudah berkumpul di tubir mata.

"Kau dah bunuh ibu dan ayah, kau nak bunuh Zulaikha juga ke?"

Alynna terkelu, rontaannya terhenti. Dia memegang tangan Asy yang mencekiknya. "Kenapa? Kau fikir aku bodoh ke?" tengking Asy kuat.

Pandangan orang lain langsung tidak diendahkan, matanya mencerlung tajam kepada Alynna.

"B-Bukan!"

"Dasar pembunuh!!"

Alynna mencengkam tangan Asy yang mencekik lehernya, nafasnya tersekat. Wajahnya mulai memucat akibat kekurangan udara.

"Asy!"

Tubuh Asy terdorong ke belakang, sekaligus melepaskan Alynna apabila buku lima Wiz hinggap di wajahnya. Gadis itu terduduk di lantai, nafas ditarik pantas. Hayden yang turut ada bersama mendapatkan dia.

"Are you okay, Alyn?"

"Kau dah gila ke Asy? Stop it! Kau sedar tak yang dia tu adik kau!! Kau nak bunuh dia ke?" jerkah Wiz.

Asy tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata lelaki itu, "Adik? Heh... Aku tak ada adik macam dia". Alynna tersentak, "dia pembunuh... Because of that bitch, my parents dead... Because of her, I lose my parents!!".

"Pembunuh dah datang! Lari-lari!"

"Kau dah bunuh ibu dan ayah, kau nak bunuh Zulaikha juga ke?"

"Apalah malang nasib aku satu sekolah dengan pembunuh!"

"...Because of that bitch, my parents dead..."

"Pembunuh! Pembunuh!"

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga, makian Asy dan ejekan itu bercampur aduk.

"Just stop it Asy! Kau dah gila!" kata Wiz berang. Hayden mencempung Alynna yang jelas lemah, dibawa gadis itu ke keretanya.

"Sampai hati kau buat dia macam tu Asy... Dia adik kau tahu? She only have you in this world..." kata Wiz kesal.

Asy hanya buat tidak tahu, "kau tak fikir perasaan dia ke? Kau-". "Habis dia bunuh ibu ayah dia tak fikir perasaan aku?" kata Asy.

"Even though aku baru kenal dia dua tahun. Aku tahu dia takkan buat benda gila macam tu" kata Wiz sebelum pergi.

Asy hanya menghantar dengan pandangan dingin, amarah yang tertahan terlepas jua. Namun jauh di sudut hatinya, dia kesal kerana perlakukan Alynna sebegitu.

Emerald High : Fight [ C ]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin