BAB 30

4.7K 288 17
                                    

Yow!

Dah bab 30, means the conflict boleh datang bila-bila masa je!

Just get ready, human!!

NEK Mah memandang puas lauk pauk untuk bersahur, biasanya dia akan bersahur seorang diri tapi tidak kali ini. Makanan sahur hari ini adalah nasi berlaukan kari ayam!

"Assalamualaikum, opah"

Black Angel turun ke dapur dengan wajah mengantuk, hanya Alynna yang berwajah segar.

"Waalaikumsalam, Alyn.. Pergi kejut budak-budak tu" arah Nek Mah. "Baik opah" Alynna melangkah ke ruang tamu, lampu dibuka.

Kelihatan White Devil sedang lena tidur, dalam keadaan tidak teratur. Alynna menjongket kening melihat kedudukan mereka tidur. Kaki Rayqal di atas dada Qayyum, kepala Harrez di atas belakang Danish yang tidur meniarap. Dan Danish tidur berbantalkan peha Rayqal.

"Lasak betul dia orang ni tidur... Ish-ish-ish!" omel Alynna.

"Oi, bangun! Bangun! Sahur!" kejut gadis itu. Pinggang Rayqal dikuis-kuis dengan kakinya. "Bangunlah oi!" sergah Alynna, namun seorang pun tidak berkutik. Lenanya mereka tidur.

"Bukan macam tu nak kejut dia orang, Alyn.. Mari, opah tunjuk" tegur Nek Mah. Beliau turut membawa segayung air di tangan kanan, Alynna tersengih apabila tahu apa yang ingin dibuat wanita itu.

"Bangun! Bangun! Atap bocor! Bangun!"

Serentak itu gayung berisi air itu dihayun kepada White Devil. Tepat jatuh di atas wajah Harrez dan Qayyum yang kepala masih dibantal. Lagi separuh air disimbah kepada Danish Rayqal. Terbatuk-batuk 4 jejaka itu, Alynna ketawa terkekek-kekek. Lawak!

"Bangun!! Orang kejut sahur tak nak bangun! Itu makan dia!" bebel Nek Mah, seraya melangkah ke dapur kembali.

White Devil tercengang, otak masing-masing tidak dapat memproses apa yang terjadi. "Bangunlah, sahur.. Lambat karang tak sempat pula" arah Alynna, dia mengetuk kepala Rayqal dengan kusyen sebelum melangkah ke dapur.


Lelaki itu mengangguk perlahan,
"bangun weh.. Kena belasah pula nanti" arah Rayqal. White Devil melangkah ke dapur, masing-masing dengan wajah mamai.

"Pergi basuh muka, lepastu makan cepat" arah Nek Mah.

Mereka akur, masing-masing membasuh muka dan makan dengan senyap. "Lepas ni jangan tidur, siap-siap nak solat subuh" Black Angel dan White Devil mengangguk faham. "Nanti ikut opah solat dekat surau", sambung Nek Mah.

" Baik opah " serentak lapan remaja itu membalas.

_______

"Opah, kita nak masak apa untuk berbuka ni?" Naura yang baru selesai solat zuhur mendekati Nek Mah di dapur.

"Kamu nak masak apa?" soal Nek Mah kembali.

"Hm... Naura nak buat tomyam lah!! Lepastu tanak nasi dengan rebus mi, ikutlah nak makan yang mana"

Nek Mah hanya tersenyum mendengar celoteh anak dara itu. "Uish! Banyaknya kau nak makan" Danish menyakat, dia dengan rambut basahnya keluar daripada bilik air.

"Bisinglah kau! Shuh sana!" halau Naura geram, dia mencerlung ke arah Danish. Lelaki itu hanya menjelirkan lidahnya sebelum naik ke atas, ingin solat.

"Kalau nak masak tomyam, pergilah beli barang.. Sekejap opah ambil duit" Nek Mah berlalu ke biliknya. Naura pula membuka langkah keluar, dia menuju ke arah Alynna dan Irene yang sedang bermain anak kucing.

Comel!

"Alyn, Rene.. Aku nak pergi kedai ni, kau orang nak ikut?" tegur Naura. "Kedai? Boleh juga!" Irene berdiri, seluarnya yang berdebu ditepuk sedikit.

"Okay, jom.. Ambil duit dengan opah" ajak Naura.

Dia dan Irene berlalu pergi, Alynna yang sedari tadi memasang telinga memandang ke arah pokok. Pandangannya dingin seperti biasa, dia menarik alat komunikasi yang tergantung di lehernya.

"Ikut mereka, apa-apa jadi.. Beritahu aku" ucapnya perlahan menerusi alat itu.

"Baik Icy" balas anak buahnya yang memerhati daripada atas pokok.

"Tompok, jom... Kita main dekat dalam jom!" Alynna berdiri sambil mengangkat anak kucing yang dimainnya.

"Alolo... Comelnya Tompok mama ni!" dia melagakan hidungnya dengan hidung kucing bertompok itu. "Gila eh bercakap dengan kucing?" tegur Rayqal di pintu rumah.

"Ikut suka akulah! Baik bercakap dengan kucing daripada tambah dosa bercakap dengan manusia" bidas Alynna sinis. Rayqal tersentap, dia menjeling gadis itu sebelum duduk di hadapan Alynna. Mereka duduk di anjung rumah.

"Kau sindir aku ya?"

"Eh, terasa ke? Maaflah tapi #mohonsentap" Alynna tergelak mengejek. Dia mengusap-usap kepala si Tompok itu, Rayqal menayang wajah cemberut.

"Tompok tengok mama awak! Tak habis-habis sindir papa" Rayqal berkata. Ada nada rajuk terselit di ayatnya. Alynna memasang wajah terkejut sebelum wajahnya bertukar menyampah.

"Eei... Perasannya dia boleh jadi papa Tompok! Tompok ada mama je eh, papa tak ada" kata Alynna. "Eh, kalau ada mama mestilah ada papa kan? Tompok suka aku jadi papa dia!" kata Rayqal pula.

"No, no, no! Tompok don't have papa, Tompok just have mama" kata Alynna lagi.

"Ada"

"Tak ada"

"Ada"

"Tak ada"

"Ada"

"Tak ada"

"Tak ada"

"Ada- Eh!"

Alynna mengemam bibirnya apabila tersilap kata. Rayqal tersenyum sinis. "Tu, kau sendiri mengaku! Now Tompok have mama and papa! " dia mengangkat Tompok tinggi.

"Apa mama papa ni? Tak sabar sangat nak nikah?"

Dua ketua itu tersentak, mereka berpaling ke belakang iaitu pintu rumah. Kelihatan Iris dan Qayyum bercekak pinggang di situ.

"Nak sangat biar aku carikan tok kadi..." kata Qayyum.

Iris dan dia memasang wajah mengusik, "mana ada!" bentak ketua itu serentak.
"Elelele.. Serentak~ Macam lah kami tak dengar tadi. Now, Tompok have mama and papa!" Iris mengajuk cakap Rayqal. Wajah Alynna memerah, bagaikan udang bakar saja wajahnya. Merah bukan main!

"Diam ah kau orang!" marah Rayqal. Telinganya terasa panas. Malu menguasai diri.

"Ececece... Ada orang tu malu lah..."

"Shut up both of you!"

BERSAMBUNG :

Nah! Scene RayLyn.

Amacam? Sweet? Atau tak cukup lagi?

Okay, see you next chapter!

Bye!

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now