SPECIAL CHAPTER

8.3K 381 48
                                    

"Ya Allah, twins! Sepahnya bilik maksu!"

MULUT Alynna terlopong melihat ruang kerjanya tunggang langgang. Kertas A4 berterabur, pensil warna bersepah, kerusi terbalik, kusyen di sofa pula sudah entah kemana.

Dua kanak-kanak tersengih ke arah Alynna, mereka adalah putera dan puteri kembar Asy.

Asy Rayden dan Aisy Rayna.

"Hehe... Peace maksu!" dua jari diangkat dengan sengihan tidak bersalah mereka.

Alynna menggelengkan kepalanya pasrah, menyesal pula dia tinggalkan dua kembar nakal ini tanpa pengawasan. Semua gara-gara Asy yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik kerjanya dan meninggalkan mereka.

Dengan alasan mahu pergi dating dengan Zulaikha.

'Harapkan abang... Kalau tak dah lama aku cepuk'

"Aish awak berdua ni, memang tak reti diam. Duduk sana, maksu nak kemas ni" arah Alynna.

Kembar itu menurut, Alynna mulai mengutip kertas A4 yang tidak diconteng mereka. Mujur dia simpan kertas-kertas kerja di tempat tinggi, kalau tidak rasanya punah habis.

Sejam kemudian, baru lah dia selesai. Badan diregangkan akibat lenguh. Dia memandang dua anak buahnya yang sudah terlelap di sofa. Alynna yang melihat tercair seketika.

"How can you two be cute while sleeping..." gumam Alynna.

"Jap, kalau dah dua-dua tidur... Macam mana nak bawa balik ni? Aduh... Abang ni suka sangat menyusahkan aku" bebel Alynna.

"Kitorang menyusahkan maksu ke?"

Nyaris terlompat Alynna akibat terkejut, kelihatan Rayden memandangnya dengan mata bulat. "Tak sayang, papa awak tu yang suka sangat menyusahkan maksu... Ingat kan Aden tidur"

"Aden terlelap, tapi Ana dah tidur" kata Rayden sambil memandang Rayna yang terlentok di bahunya.

"Tak apa, jom.. Kita balik, nak tunggu papa ambil memang lambat lagi lah jawabnya" kata Alynna.

"Aden bawa kan handbag ni boleh?" pinta Alynna.

"Boleh!" Rayden mengangguk. Dia mengambil beg tangan Alynna dan memeluknya, ingin sangkut dibahu nanti tali pula yang terseret.

"Goodboy"

Alynna mendukung Rayna berhati-hati, dia membuka pintu dengan tangan dan segera Rayden keluar.

"Wani, aku balik dulu tau" ucap Alynna kepada pembantunya.

"Okay, Alyn"

Dia teruskan melangkah ke keretanya, segala urusan menekan butang lif dibuat oleh Rayden. Bijak sungguh si kecil itu, dia tidak sampai mahu menekan dia mengambil pen milik Alynna dan menekan dengannya.

"Okay, dah"

"Yeay balik!"

SKIP

Alynna menongkat dagu memandang televisyen di hadapan mata. Bosan. Menyesal pula dia tidak mengikut Asy ke McD tadi.

"Nak buat apa ni...." gumamnya.

Mata dikatup, dan mula lah otaknya memutarkan memori-memori lama. Kadang dia tersenyum sendiri mengingati memori indah.

"Dah 15 tahun Ray... Aku rindu kau dan selamanya akan rindukan kau" ucapnya sendiri.

"Kyaaa! RAYYAN ALEXANDER!"

Alynna menjerit geram apabila Rayyan memercikkan air kolam ke wajahnya. Adrean, Danish dan Nufail ketawa mengekek melihat wajah merah Alynna.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now