BAB 26

4.8K 312 5
                                    

SETIAP manusia yang keluar daripada balai pelepasan itu Alynna lihat wajah mereka. Mencari kelibat yang dirinduinya.

"Aisy!"

Mendengar saja nama khas buat panggilan si abang, dia pantas memanjangkan leher mencari kelibat Asy. Alynna berlari anak memeluk Asy sebaik saja melihat kelibat lelaki itu di celahan orang ramai. "Abang.. I miss you!" luah Alynna, dia tersenyum girang. "I miss you too, girl..." balas Asy, juga turut memeluk Alynna kembali.

"Tengok, abang balik dengan siapa"

Asy menunjukkan seorang gadis yang setia berdiri di sampingnya. Memerhati drama dua beradik itu. "Zulaikha, ni adik saya... Aisy, kenalkan diri" arah Asy. "Si', hi akak! Saya Aisy Alynna, akak boleh panggil saya Aisy" ucap Alynna, dia menyalami Zulaikha dan memberi senyuman mesra. (Baik)

"Hi, akak Zulaikha.. Panggil kak Ikha saja" kata Zulaikha pula. "Alright! Jom, kita balik!" ajak Alynna. "Aisy datang dengan siapa?" soal Asy ingin tahu. Alynna tersengih dan menunjukkan angka satu dengan jarinya. "Hish budak ni! Kan abang dah kata, ajaklah Hayden ke... Xander ke... Wiz ke..." bebel Asy.

Alynna menaikkan bebola matanya tanda menyampah. Zulaikha tergelak melihat reaksinya.

"Tu!"

Alynna menunjuk ke arah BMW miliknya. Takkan mahu bawa Lamborghini pula, mana muat mahu letakkan barang. "Aisy boleh bawa kereta?" soal Zulaikha, sedikit tidak percaya. Matanya memandang Alynna daripada atas ke bawah. "Eh kenapa? Tak percaya lah tu! Superbike pun Aisy boleh bawa tau!" Alynna berkata bangga.

Dua gadis itu masuk ke dalam kereta manakala Asy meletakkan bagasinya dan Zulaikha ke dalam bonet kereta. "Umur Aisy berapa?" soal Zulaikha. "17 tahun" jawab Alynna.

"Lah? Akak ingatkan awak 16 tahun!"

Alynna mencebik, tahu lah dia boleh dikategorikan rendah. Jangan kutuk! "Eh.. Akak nak nombor phone Aisy, nanti boleh lah kita calling-calling" kata Zulaikha. Dia menghulurkan telefonnya pada Alynna, gadis itu segera menekan-nekan skrin mengisi nombor telefonnya.

"Okay, done!" ucap Alynna ceria.

"Okay, thanks" Zulaikha menyimpan kembali telefonnya.

"Akak nak balik mana ni?" soal Alynna ingin tahu. "Akak asal Selangor, jadi akak nak balik sana lah" jawab Zulaikha. "Oh..." Alynna terangguk-angguk faham.

Pintu tempat duduk pemandu dibuka Asy sebelum dia masuk. "Aisy nak ikut abang hantar Zulaikha ke?" soal Asy, dia menyelesakan duduknya dan menarik tali pinggang keledar. "Abang hantar Aisy pergi rumah mama je lah, nak spend time dengan Yana" putus Alynna. Zulaikha yang mendengar hairan, tetapi dia diamkan saja.

"Okay, jangan buat hal pulak" pesan Asy. "Pernah ke Aisy buat hal?" Alynna menayang muka kosong. "Mana lah tahu, kepala otak awak tu bukan boleh jangka sangat" Asy memanjangkan tangannya ke tempat duduk belakang.

Alynna yang pelik hanya duduk diam, tetapi apabila tangan Asy menyekeh kepalanya dia menangkap tangan itu dan menggigitnya.

"Grr..."

"Aduh! Sakitlah! Aisy!"

Terjerit-jerit Asy dibuatnya, Alynna melepaskan gigitannya. "Padan muka! Bawa kereta tu bawa je lah, nak sekeh-sekeh kepala orang pula" Alynna bersandar, tangannya di silang ke dada. Zulaikha tertawa kecil melihat tingkah dua beradik itu.

Comel!

"Cute" ucapnya.

"Siapa? Saya?" Asy tersenyum bangga. Sukalah dia dipuji buah hati! "Hek eleh, abang perasan! Muka pecah ada hati nak mengaku cute, pigilah!" kutuk Alynna selamba. "Jealous cakap dik!" balas Asy.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now