part one

908 106 49
                                    

characters :-
choi beomgyu
yun haeseul

characters yg lain akn didedahkn.
enjoy !

----------

8:00 a.m.
Choi's house

-Author's pov-

"BEOMGYU MEMBANTAH SAMA SEKALI!" pada awal pagi lagi kediaman keluarga choi sudah dipenuhi dengan pekikan oleh Choi Beomgyu.

Ya. Dia ialah Choi Beomgyu. Anak tunggal kepada pemilik syarikat CB iaitu syarikat bapanya sendiri.

Hidupnya sungguh senang seperti anak raja. Disebabkan dia ialah anak tunggal kepada kedua ibubapanya, dia dilayan dengan baik sekali.

Tetapi sehinggalah suatu hari, ibubapanya telah merancang perkahwinan yang tidak diduga oleh beomgyu sendiri.

"Beomgyu. Dengar cakap mama. Mama dengan papa buat semua ni demi kebaikan kamu." Ujar puan choi lembut kepada anaknya.

"Kebaikan beomgyu? Kebaikan apanya,mama? Demi kebaikan papa dengan mama tengok beomgyu sengsara kan?!" Tengking beomgyu.

Dan itu membuatkan tuan dan puan choi terkedu. Selama mereka hidup, beomgyu tidak pernah sekalipun meninggikan suara kepada mereka berdua.

"CHOI BEOMGYU! PAPA MAMA TAK PERNAH AJAR BEOMGYU MACAM NI! KURANG AJAR KAMU YA!" Kalini tuan choi pula meninggikan suaranya.

Dia sudah tidak tahan dengan tindakan terburu-buru beomgyu yang sehinggakan sanggup menengking mamanya sendiri.

"B-beomgyu.." beomgyu menjadi gagap. Dia begitu terkejut sekali apabila papanya tiba-tiba menengking kepadanya.

"Papa dan mama dah buat keputusan. Kamu akan berkahwin dengan Haeseul dua bulan depan. Muktamad!" Ujar tuan choi, tegas.

Beomgyu yang dari berdiri terus rebah apabila tuan choi berkata begitu. Matanya sudah berkaca.

"S-sanggup mama papa buat beomgyu macam ni. Beomgyu benci mama papa!" Beomgyu segera bangkit lalu terus berlari menuju ke biliknya.

Dia menghempas pintu biliknya tanda protes. Puan choi yang risau tentang anak tunggalnya itu segera menuju ke bilik anaknya.

Tidak sampai lima langkah, tangan tuan choi sudah hinggap dibahu isterinya. "Biarkanlah dia tu. Kita dah manjakan dia sangat. Kalini biar dia sendiri yang uruskan."

Puan choi yang mendengar itu, hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

-----------------

[√] bisu Where stories live. Discover now