part twenthty

243 51 11
                                    

7:17 a.m.
Yun's house

-haeseul's pov-

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aduih, sakitnya kepala aku. Aku ada terhantuk dekat mana-mana ke? Ke ada orang pukul aku?

Aku meneliti sekeliling. Eh, ni bukan bilik aku ke? Macam mana boleh sampai sini? Bukan semalam aku dekat funfair ke?

Aku meneliti sekali lagi lalu terkejut. Abang! Kenapa abang tidur di birai katil ni?

Aku mengejutkan abang yang sedang tidur. Mesti tak selesa kan. Abang bangun sambil mengusap perlahan matanya supaya kelihatan.

"Eh, haeseul!" Abang segera memeluk aku. Eh, kenapa ni? Bangun-bangun je terus peluk orang. Abang ni buang tabiat ke?

"Kamu ada sakit kat mana-mana tak?" Abang bertanya kepadaku. Aku hanya mengangguk. Jari aku laju menunjukkan ke arah belakang kepala aku.

Ya. Belakang kepala aku sakit sangat. Tersangat sakit. Macam kena pukul dengan sesuatu yang berat.

"Sakit sangat ke?" Abang bertanya lagi. Aku hanya mengangguk tetapi perlahan sebab kepalanya akan sakit kalau aku banyak bergerak.

"Hurm, kejap. Abang pergi beritahu eomma appa and then kita terus pergi hospital jumpa doktor." Kata abang.

Aku hanya mengangguk menandakan aku faham. "Haeseul pergi mandi dulu, okay" Aku hanya mengangguk.

Selepas itu, abang terus keluar dari bilik. Aku hanya memerhati saja kelakuan abang.

Selepas itu, aku terus masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri. Eh, kejap. Cakap pasal semalam. Mana eunsang pergi?

---------

Tetibe rajin nak update awal🙌 hahaha tapi pendek ajalah. Nnt part seterusnya panjang sikit. Hehe miann🙇🙈

[√] bisu Место, где живут истории. Откройте их для себя