part twenthty seven

215 54 26
                                    

2:45 p.m.
Myeongwoo Hospital

-haeseul's pov-

"Haeseul. Kitorang balik dulu ye. Manager-nim dah mesej suruh balik."
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

Tiba-tiba seseorang memeluk aku. Eh, kenapa ni?

"Noona, noona kena kuat tau! Dohyun yakin hyung akan sedar secepat yang mungkin." Aku memandang tepat ke arah muka dohyun.

Aku selepas itu membalas pelukan dohyun dengan erat. Gomawo, dohyun-ah. Noona selesa sangat bila kamu bagi kata-kata semangat ni.

Kami kemudiannya meleraikan pelukan. "Hwaiting, noona!" Aku hanya tergelak kecil dan selepas itu membalas kata-kata semangat dohyun dengan menunjukkan thumbs up.

"Sampai hati kau, haeseul." Aku kemudiannya menoleh ke arah pemilik suara.

Ternyata rupanya eunsang. Tapi.. kenapa mata eunsang berair?

Aku segera menuju ke arahnya dalam keadaan yang keliru. "Eunsang, kitorang tunggu kau kat luar ye."

"Hurm." Hanya sepatah saja yang dijawab. Aku kini semakin keliru. Aku memegang kedua belah tangan eunsang dan memandangnya tepat.

Aku menjongketkan sebelah keningku sebagai soalan. "S-sampai hati kau. Kau t-tak bagitahu yang kau nak k-kahwin. Kenapa bukan minhee tu je yang kahwin? Humph!"

"Hey, aku dengar tau!"

Sahut abang dari luar. Aku tergelak kecil dan selepas itu buku dan pen di atas meja aku ambil. Aku menulis sesuatu di dalamnya.

Aku bukan taknak bagitahu
kau tapi aku takut.

"Bagitahu sajalah! Kenapa nak takut? Muka aku macam singa ke?" Aku terkedu sama sekali. E-eunsang baru saja marah aku ke tadi?

Secara automatik kakiku mula melangkah ke belakang dalam perasaan takut. Tubuh badanku semua sudah menggigil ketakutan.

Pada pertama kalinya, aku nampak eunsang marah. Dan ianya terjadi tepat dihadapan mataku sendiri.

"M-mianhae, haeseul-ya. A-aku tak bermaksud nak marah kau. Aku c-cuma terkejut sebab tahu kau dah nak kahwin." Ujar eunsang dalam nada seperti mahu memujukku.

Tanpa disangka, mata cantik eunsang mula menitiskan air mata. Setitik demi setitik dan akhirnya menjadi makin deras.

Aku yang tidak tahu mahu berbuat apa, terus aku memeluknya erat. Aku mengusap perlahan belakang badannya.

Dia kemudiannya membalas pelukan aku dengan masih bersisakan tangisannya. "Aku cintakan kau, Yun Haeseul."

---------

Double update for today!🙈

[√] bisu Where stories live. Discover now