part eleven

304 59 11
                                    

12:50 p.m.
X1's house

-minhee's pov-

"Junho, kau ada nampak kunci rumah aku tak?"

"Kau tanya aku, manalah aku tau. Cuba cari lagi."

Haduih, habislah aku. Manalah pula perginya kunci rumah aku ni. Macam mana aku nak balik kalau macam ni.

Aku terus mencari kunci rumah aku di dalam beg. Ni sudah masuk kali ketiga aku cari kunci rumahnya kat dalam beg. Nak kata beg aku besar, takdalah besar sangat.

Lepas puas aku mencari kuncinya di dalam beg, aku segera bangkit dari duduk dan mencari di seluruh bilik.

Bawah katil, tiada. Dalam almari, tiada. Setiap baju yang berada di dalam bilik, tiada. Di dalam tandas, tiada. Bawah meja, pun tiada.

Selepas itu, aku terus keluar dari bilik aku dan memasuki ke dalam semua bilik yang berada di rumah ni. Kau jangan main-main. Dalam rumah ni banyak bilik.

Setiap satu bilik aku masuk. Aku mencari dengan teliti sekali di setiap sudut bilik-bilik disini. Tanya member yang lain pun, diorang kata diorang taktahu.

Akhir sekali, aku buat keputusan untuk mencari di ruang tamu pula. Mungkin terjatuh masa aku datang sini ke. Manalah tahu kan.

Aku mencari lagi dengan sangat tekun. Dalam diam, aku berasa sangat marah bila dapat tahu kunci tu hilang.

Aku mencari lagi, lagi dan lagi. Habis semua barang kat dalam rumah aku selongkar. Semata-mata untuk mencari segugus kunci yang sangat berharga.

"Minhee, kau buat apa tu?" Aku terus mengangkat kepala aku apabila terdengar suara orang.

Bukk

"Aduh, kepala aku!" Aku mengusap perlahan kepala aku yang terhantuk pada meja. Haih, boleh pula terhantuk.

Aku segera berdiri dan menghadap seongwoo hyung. Aku hanya tersengih di tempat aku sambil mengusap perlahan belakang tengkuk aku.

"Gwaenchana?" Tanya seongwoo hyung, prihatin. Aku hanya mengangguk sambil mengukirkan senyuman.

"Kau buat apa ni, minhee? Busy semacam je. Kau cari sesuatu ke?"

"Haah. Hyung ada nampak tak kunci rumah minhee?" Aku bertanya kepada seongwoo hyung. Mungkin dia tahu ke.

"Kunci yang ada gambar perempuan tu ke?" Aku segera mengangguk apabila seongwoo hyung tahu pasal kunci aku.

"Ouh, aku nampak seungyoun pegang semalam. Aku ingatkan tu kunci rumah dia so aku biarkan ajalah." Membuntang terus mata aku dibuatnya.

Seungyoun hyung ambil kunci rumah aku? Untuk apa? Ni mesti nak jumpa haeseul. Okay, aku balik sekarang. Seungyoun hyung, tunggu kau aku datang!

------------  

[√] bisu Onde histórias criam vida. Descubra agora