part ten

318 65 11
                                    

9:35 p.m.
Yun's house

-author pov-

"Haeseul, makanan dah siap!" Laung seungyoun dari dapur. Haeseul yang tadi menonton tv, dengan segera dia bangkit dari duduknya untuk membantu seungyoun.

Dia menghulurkan kedua belah tangannya ke arah seungyoun. Seungyoun yang faham, hanya menurut saja.

Dia memberikan tiga keping pinggan kepada haeseul. "Dah, pergi letak kat meja makan sana." Haeseul hanya mengangguk dan kemudian dia mengatur langkah menuju ke meja makan.

Dia meletakkan pinggan-pinggan tersebut di atas meja. Dan, selepas itu dia duduk di sebelah kerusi utama meja makan yang selalu diduduki oleh ayahnya.

Beberapa saat kemudian, seungyoun datang dengan membawa lauk utama mereka. Dia meletakkan di atas meja.

"Chakkaman." Ujar seungyoun lalu dia laju menaiki anak tangga. Haeseul hanya memerhati dengan diam. Pada masa yang sama dia berasa pelik.

Tetapi dia tidak kisah. Mungkin seungyoun ada nak ambil barang ke kat dalam bilik. Kita mana tau.

Tidak sampai dua minit, seungyoun kembali turun ke bawah. Dia menuju ke meja makan dan mengambil salah satu pinggan untuk diisi nasi.

Setelah satu siap, dia kemudian ambil pinggan yang kedua pula. Setelah siap dia bagi kepada haeseul. Kemudian dia ambil pinggan yang terakhir.

Selepas itu dia letakkan di sebelahnya. Haeseul yang perasan, memandang seungyoun dengan pandangan pelik.

Dia menjungkitkan sebelah keningnya. "Ouh, that's for him." Jawab seungyoun sambil jarinya menghala ke arah orang tersebut.

Haeseul mengikut jari yang ditunjuk oleh seungyoun. Alangkah tidak terkejutnya dia apabila tahu orang itu berada di dalam rumahnya.

Tidak lain dan tidak bukan semestinya ialah choi beomgyu! Ya, dia choi beomgyu. Dia juga bermalam di rumah haeseul.

Jangan risau, dia tidur di bilik lain. Dia gunakan bilik minhee untuk sementara. Dan jangan risau juga kerana seungyoun pun ada pada malam itu.

Jadi mereka tidak berdua tetapi bertiga kerana kedatangan seungyoun. Seungyoun menjadi penyelamat.

"Beomgyu, mari makan sini." Beomgyu hanya menurut saja kata seungyoun. Dia mengambil tempat di sebelah seungyoun.

"Okay, let's eat guys."

----------



[√] bisu Where stories live. Discover now