part twenthty five

209 49 33
                                    

11:02 a.m.
CB's Hall

-haeseul's pov-

"Haeseul, ada lagi ke?" Beomgyu bertanya kepadaku. Aku menoleh ke arah kotak-kotak yang berada disitu.

Hurm, nampaknya dah takda apa-apa. Semuanya dah siap. Aku kemudiannya menoleh ke arahnya lalu menggelengkan kepalaku.

"Ouh, okay." Beomgyu kemudiannya keluar dari bilik meninggalkan aku berseorangan di dalam.

Selepas saja aku siap memastikan tiada apa lagi, aku kemudiannya keluar dari bilik lalu segera menuju ke hadapan.

"Haeseul, tepat pada masanya! Mari tolong beomgyu bawa kotak-kotak ni semua masuk dalam van kat luar sana."

Aku kemudiannya mengangguk lalu segera ke arah beomgyu yang sedang bergelut untuk mengangkat kotak-kotak tersebut.

Aku mengambil sedikit daripadanya dan segera bergerak ke arah van tersebut. Aku berjalan dengan sangat laju kerana taknak tengok muka beomgyu.

Bila dia buat muka innoncent macam tu, dia mengingatkan aku pada kejadian tadi. Yang masa aku terkejut sampai buku melayang tadi.

Ahh, aku sangat malu! Macam mana lah aku boleh tunjukkan muka malu aku yang sangat teruk kat depan-depan dia.

Ihh! Engkau sangat teruk, Yun Haeseul!

Pinn!

Aku segera tersedar apabila terdengar bunyi hon yang sangat kuat. Dari mana datangnya bunyi tu?

Aku menoleh dan ternyata ada kereta datang tepat menuju ke arah aku. Aku patut lari!

Tanpa sempat aku mahu lari, lenganku seperti ditarik dari belakang lalu badan aku secara automatik mengundur ke belakang.

"Kau ni! Lain kali tengok lah jalan! Kau berangan ke apa hah?!" Aku dimarahi teruk oleh beomgyu.

Aku hanya mampu menundukkan kepala aku. A-aku rasa bersalah sangat. Kalau bukan disebabkan beomgyu, mesti aku dah mati dilanggar.

Aku segera menundukkan badanku sebagai permohonan maaf. Keadaan menjadi sangat sunyi. Cuma yang terdengar hanya bunyi kicauan anak burung yang berada di atas pokok berdekatan.

"Dahlah. Naik balik. Kalini je aku maafkan kau. Kalau jadi lagi, aku akan biarkan saja. Faham?!" Aku segera mengangguk tanda faham.

"Dah jom. Ada banyak lagi kotak kat dalam." Aku segera mengangguk dan segera bergerak mengetuai dihadapan.

Aku dihadapan dan beomgyu di belakang. Kami berjalan sehinggalah sampai di salah satu lampu isyarat pejalan kaki.

Aku menekan butang tersebut lalu lampu berwarna hijau terus bernyala. "Mari kita jalan." Aku kemudiannya mula menapak selepas melihat kanan kiri berulang kali.

Kami melalui jalan raya tersebut dengan berhati-hati.

"Haeseul, hati-hati!"

Aku menoleh ke arah beomgyu tetapi semua itu tidak sempat kerana badan aku telah ditolak dengan kasar oleh dirinya.

Akhirnya aku jatuh bergolek sehingga terlanggar sebuah pokok yang besar. Barang yang berada di kotak habis berteraburan di jalan raya.

Mata aku yang masih lagi bertahan, mencari dimana beomgyu berada. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekumpulan orang yang berada di tengah-tengah jalan raya.

Aku segera bangun lalu menuju ke arah mereka. Aku menolak perlahan-lahan badan mereka dan akhirnya masuk ke dalam.

Mata aku mula berkaca. Lutut aku pula sudah lemah lalu jatuh terduduk aku dibuatnya. Ni semua tak mungkin.

Beomgyu. Berlumuran darah. Dengan banyak sekali. Dia. Terbaring lemah. Aku segera mendekatkan diriku kepadanya.

Kepalanya aku pangku dan diletakkan di atas pehaku. Air mataku segera mengalir dengan sangat deras.

Aku menggoncangkan badannya perlahan dan menepuk perlahan pipinya supaya bangun. Air mata aku tak berhenti menitis dari tubir mataku.

Sesiapa disini. Janganlah hanya tengok! Tolonglah telefon ambulans!

----------- 

[√] bisu Where stories live. Discover now