part twenthty nine

195 51 10
                                    

5:30 p.m.
Myeongwoo Hospital

-author's pov-

Pintu wad dikuak dan terpacul lah muka puan yun serta puan choi. Haeseul yang sedang tidur segera terbangun atas kerana bunyi pintu yang kuat.

"Mianhae, haeseul-ya. Aunty tak sengaja." Ujar puan choi dan selepas itu segera dia menuju ke arah beomgyu yang sedang berbaring di atas katil.

Terdapat bermacam-macam wayar yang berada di tubuh badannya. Tambahan pula dengan mukanya yang penuh dengan calar-balar atas kerana kemalangan yang menimpanya.

Puan choi yang melihat keadaan anaknya, terasa sebak. Dia dengan menggigil cuba mengusap perlahan muka anak lelakinya itu.

"B-beomgyu. Kenapa ada b-banyak wayar ni? Bangun, sayang. Mari balik ye. Mama b-belanja starbuck ye."

Melihat keadaan puan choi yang sebegitu, membuatkan puan yun serta haeseul berasa sedih. Tambahan pula haeseul yang merasakan dirinya bersalah.

Dia berasa bersalah atas semua ini. Kalau bukan disebabkan dia, beomgyu takkan jadi begini.

Matanya mula berkaca apabila melihat keadaan puan choi sebegitu. Dia menggenggam kuat kedua-dua tangannya.

"Haeseul, cuba cerita apa yang berlaku? Kenapa baju kamu banyak darah? Dan, kenapa beomgyu jadi macam ni?"

Mendengar saja nama beomgyu, air matanya mula berguguran lalu dia  rebah di atas lantai. Semuanya hitam bagi dirinya.

"Haeseul!" Puan yun segera mendapatkan anak perempuannya begitu juga puan choi. Dia menepuk perlahan pipi anak perempuannya itu supaya bangun.

"Saya pergi panggil doktor ye." Puan yun segera mengangguk dengan cadangan puan choi dan lantas dia keluar memanggil doktor.

"Haeseul. Bangun, sayang." Erat haeseul dipeluk oleh puan yun. Sesekali air matanya jatuh menitis di atas baju haeseul yang dipenuhi dengan darah itu.

Tidak sampai sepuluh minit, doktor bersama beberapa nurse serta puan choi kembali.

Doktor tersebut segera menuju ke arah kedua-dua puan yun dan haeseul yang berada di atas lantai itu.

"Cepat bawa dia ke wad kecemasan. Dan, puan jangan risau. Dia akan okay." Ujar doktor tersebut sambil mengukirkan senyuman ke arah puan yun.

Puan yun yang melihat berasa lega apabila doktor berkata sebegitu kepadanya.

"Terima kasih, doktor." 

------------

[√] bisu Where stories live. Discover now