Sesi Suai Kenal

28 1 0
                                    

  Jam menunjukkan 2 petang. Aku bergegas ke Pusat Memandu. Aku terlihat seorang lelaki yang dikenali. Aku sangat gembira. Itu Dell. Aku pun memberi salam dan dia menyahut salam Ku. Aku senyum dan dia pun bangun dari tempat duduknya. Dia membawa Aku ke tempat parkir. " Dell, saye duduk kat belakang eh", Aku membuka pintu hadapan dan meminta izin dengan Dell yang Aku duduk di belakang. Maklumlah Aku malu. " Ouh. Boleh - boleh", dia membenarkan kataKu. Aku duduk.
*
*
*
*
*
Dalam perjalanan ke tempat belajar memandu, Aku hanya membatu di belakang kerana Aku benar - benar takut ketika itu. " Awak tinggal mane?" Dell tiba - tiba bersuara. " Kampung Batu", Aku menjawab singkat. " Awak ade berape orang adik - beradik eh"? , dia bertanya lagi. Aku seperti disiasat oleh seorang penyiasat. " Saye ade 3 orang adik beradik. Awak?" , Aku pula bertanya. " Ade 4 orang. Awak umur berape?" dia bertanya lagi. " 18 tahun", Aku membalas sambil senyum. " Ouh... Saye fikir awak ni dalam lingkungan umur 22... sebab badan awak..." Dell menunjukkan isyarat badan besar. " Ya, saye tahu ramai yang fikir macam tu sebab badan saye besarkan. Awak umur berape?" Aku lagi bertanya. " 20 Tahun. Awak anak ke berape?" , dia bertanya lagi. Aku tahu dia rasa janggal kerana sunyi ataupun dia sahaja ingin tahu. Aku ketika itu hanya berfikir, " heiisshh die ni tak habis - habis nak tanyelah. Nasib kau crush Aku". " Saye anak sulong. Awak?". " Anak kedua".
*
*
*
*
*
  Sesampai di pusat latihan memandu kami mula belajar beberapa asas di litar. Aku tidak menyangka yang Dell ni kuat bercakap. Pada mulanya, Aku hanya melihat dia banyak berdiam diri. Rupanya dia juga seperti ayahnya banyak sangat berceloteh. Dia mengajar Ku sambil bercerita tentang kisah hidupnya. Aku hairan dia tiba - tiba sahaja bercerita tentang kisah hidupnya padaKu. Dia seakan percaya dengan diri Ku. Sedangkan kami baru sahaja kenal.
*
*
*
*
*
  Jam menunjukkan 5 petang. Ketika itu hujan mula menurunkan titisan air dari langit. Cikgu Azman pun menyuruh Dell menghantar Aku pulang. Dalam perjalan balik, Dell membawa Aku bercerita lagi. Dia berkata Dia meminati muzik. Akupun memberitahunya yang Aku boleh bermain muzik dan boleh menyanyi. Tiba - tiba Dell menceritakan tentang wanita yang diminatinya padaKu. Dia menyatakan yang wanita itu pandai bermain alat muzik, pandai menyanyi sama seperti Ku. Punah harapan Ku ketika itu. Aku seperti putus asa untuk mencuri hatinya. Keadaan ketika itu menjadi sunyi kembali. Telefon Aku berbunyi ibu Ku menelefon dan memberitahu Aku dia menunggu Ku di pekan. Aku memberitahu Dell untuk memberhentikan Aku di sebuah kedai yang ibu Ku nyatakan.  Sesudah sampai. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan keluar dengan perasaan hampa.
*
*
*
*
*
  Sesampai sahaja di rumah, Aku ingin juga mencari Facebook Dell, walaupun Aku tahu dia meminati orang lain. Aku berfikir resit pembayaran memandu Ku. Di sana ada nama gadis yang menjaga pusat memandu itu. Rupanya itu adalah kakak Dell. Aku pun mencari resit itu dan menemukan nama yang tertera. Adlina. Aku menaip nama itu diruangan carian dan Aku menemukan Facebook kakak Dell. Aku membuka ruangan rakan dan ..... Aku menemukan Facebook Dell. Aku gembira kerana sudah 3 minggu Aku mencari Facebook dia. Tetapi Aku tidak menambahnya menjadi rakan kerana Aku rasa Aku terlampau terburu - buru. Jadi Aku membiarkannya lagi. Lagi pula dia meminati orang lain. Perasaan Aku merundum seketika dan berharap kembali kepada Crush lama.
*
*
*
*
*
  Aku berjalan - jalan di pasaraya dan Aku bertemu dengan Crush lama Aku. Mulai hari itu Aku tidak lagi mampu untuk melupakannya.
*
*
*
*
*
So complicated kan... Ahahaha.., So korang rase lah kan Indah berharap kembali dengan crush lama ataupun Dell... Stay tune untuk part seterusnya...

CIKGU MEMANDUKU CINTA HATIKU (Part 1) [COMPLETED]Where stories live. Discover now