E : 1

415 29 0
                                    

Boston Barista
10:30 a.m.

" mana member kau ni ?" perempuan bertudung hitam yang lebih selesa dipanggil Siti mula bersuara.

" member aku bukan member kau jugak ker?" balas Sarah malas.

" haa tu Wawa ." perempuan yang dikenali sebagai Wawa sempat bercat-walk di hadapan mereka bertujuh .

" amboi ! kau ingat cafe ni fashion show . nak bercat-walk bagai , balik rumah la." belum sempat Wawa sampai di meja mereka , Dini dah awal awal menyindirnya .

" kucing aku nak terberanak tadi . aku yang kena jadi bidan ." Wawa seorang perempuan yang penuh dengan alasan sedangkan jarak rumahnya dengan Boston Barista tak sampai 10 minit pun .

" kepala hotak kau jadi bidan kucing ." first shot.

"kucing pun kau allergic, celah mana kau bela kucing." second shot .

itulaa padahnya bila kau tak pandai nak tepati masa dengan member .

" sorry okay . aku bukan sengaja datang lambat. perempuan kan kena laa t— "

" gais !" jeritan Mimi menghentikan perang dunia mereka . Semua mata mula tertumpu kepadanya , meminta penjelasan tentang jeritan itu.

" korang ingat tak funfair dekat Kuantan yang kita plan nak pergi hujung bulan ni ?" mereka mengangguk serentak .

" korang ingat tak singing competition yang aku join haritu ? " mereka sekali lagi mengangguk sambil memandang satu sama lain dengan pandangan 'habistu' .

" korang tahu tak ape hadiah untuk tempat pertama ?" mereka mula mengerutkan dahi . no idea .

" kau jangan cakap yang kau menang tempat pertama and hadiah untuk tempat pertama ialah tiket percuma ke funfair kat Kuantan ?" senyuman di bibir Mimi yang semakin lebar menambahkan lagi kegembiraan dalam diri perempuan tersebut .

" YEAYYYYYYYYYYYY !!!! " mereka berlapan bersorak gembira tanpa menghiraukan mata mata yang memandang pelik ke arah mereka .

" bila ? " soal Ira ringkas sebaik sahaja mereka semua kembali duduk di kerusi masing-masing.

" 11 Oktober ."

" weh , birthday aku . " laung Wawa gembira . Tiket ke funfair merupakan hadiah yang paling terbaik untuk celebrate birthday.

" 10-Nights Fun tunggu aku datang ! "


" siapa tahu kalau ini merupakan hadiah yang paling terbaik atau hadiah yang paling teruk ."
-il-

EXITWhere stories live. Discover now