E : 22

103 16 0
                                    

10-Nights Fun
11:45 p.m.

Ira dan Mimi menyandarkan badan Siti pada dinding . Mereka berdua tercungap-cungap kerana keletihan menuruni anak tangga dari tingkat sembilan .

" kita kena pecah dinding tu ." kata Mimi sambil jarinya dihala ke arah dinding yang dicat biru .

" kerja ni bukan mudah." mata ira membuntang melihat saiz dinding yang menyembunyi pintu keluar.

" tapi kita terpaksa buat kerja ni . supaya kita boleh keluar dari sini ." kata Mimi.

" mi , cuba kau perhatikan sekeliling kita. tak ada orang lain lagi , hanya kita bertiga . tapi dalam keadaan sekarang , hanya kita berdua yang akan berusaha pecahkan dinding tu. kita b-e-r-d-u-a ." ira menunjukkan dirinya dan mimi dengan jarinya bersilih ganti .

" please ra , kau kena yakin yang kita boleh buat semua ni. biarlaa bilangan kita sikit tapi kalau kita ada usaha , inshaa Allah kita akan nampak hasilnya ." jelas Mimi .Dia cuba meyakinkan ira yang mereka masih ada peluang untuk pecahkan dinding tu dan keluar dari funfair ini.

ira mencekak pinggang sebelum kembali memandang mimi lalu bersuara.

" kau tahu kondisi tangan aku macam mana kan? kau rasa aku mampu tolong kau pecahkan dinding tu ? " tanya ira membuatkan air wajah mimi berubah.

" pecahkan dinding tu akan ambil masa yang lama mi . aku cuma nak ingatkan kau , esok pagi funfair ni akan dirobohkan. pagi esok bukan tahun depan." sengaja ira menekankan perkataan ' esok pagi' supaya mimi sedar masa yang bersisa ni tak cukup untuk mereka berdua pecahkan dinding tu .

mimi jatuh terduduk.

" aku merayu pada kau ra. tolong la . ini je satu satunya cara yang kita ada untuk keluar dari sini. aku merayu pada kau." mimi mula melutut di hadapan ira, matanya sudah memerah dek tangisan yang mengalir di pipi.

ira melepaskan keluhan berat.

" member tak perlu melutut dengan member sendiri . " mimi mengangkat mukanya yang pada awalnya menunduk memandang lantai .

" aku akan tolong kau ." mimi tersenyum lebar mendengar kata kata Ira.

mereka berdua mula memukul dinding itu dengan beberapa alatan yang agak berat . malah hasil yang kelihatan tidak memuaskan hati mereka.

" let me go , please ."
- il -

EXITWhere stories live. Discover now