E : 7

140 20 0
                                    

10-Nights Fun
4:00 p.m

Jarum jam menunjukkan tepat jam empat petang . Pintu exit masih belum dijumpai sejak dari tadi .

" kita rehat kejap, please . aku dah penat ." keluh Ira lalu duduk bersandar pada dinding .

ketujuh tujuh perempuan itu mula duduk akibat kepenatan . Nafas mereka juga sudah tidak teratur .

" kat mana lagi pintu exit tu ada? kat mana lagi kita nak cari ?" tanya Siti .

" aku — tak tahu . Habis semua tempat kita dah cari tapi tak ada . Pintu exit tu takde ." balas Wawa bernada sayu . Mereka hampir sahaja berputus asa sejam yang lepas tetapi disebabkan memikirkan yang pintu exit tu masih ada , mereka menguatkan diri untuk masih mencarinya.

" kalau kau dengan Emah ikut Dini selamatkan diri , kau takkan terperangkap sekarang ni . Mungkin sekarang kau dah bahagia kat luar sana , jumpa family kau . " kata Ira dalam nada kesal . Dia memejamkan mata sambil menyandarkan kepala ke dinding .

Pada awalnya, mereka cuba menggunakan smartphone masing masing untuk menghubungi sesiapa sebagai sumber bantuan tapi malangnya tiada sebarang talian dalam kawasan funfair ini.

" jangan cakap macam tu .kalau aku tinggalkan korang , confirm hidup aku takkan tenang ." balas Wawa.

" lagipun sekarang kita semua dah selamat berada atas tanah cuma kita masih terperangkap dalam tempat ni ." sambung Emah lemah .

" mustahil kalau pintu exit tu hilang ." sampuk Mimi tiba tiba .

" maksud kau ?"

" dalam funfair ni ada lima pintu exit . kita dah cari seluruh tempat , memang mustahil kalau tak ada . "

" tapi kita belum periksa kalau ade pintu exit dekat dengan rollercoaster tadi ." pernyataan Ihah membuatkan mereka semua terbangun dari duduk dan bergegas ke bahagian rollercoaster .

" mana ? mana ? mana ? mana ? " tujuh perempuan itu mula memerhati seluruh tempat di setiap penjuru mencari kelibat pintu exit atau papan tanda exit .

" mana tho " Sarah mula bengang apabila tiada sebarang tanda yang pintu exit ada disekitar situ .

" tak logik pintu exit ade dekat ata- " Ihah kematian kata . Matanya terbuntang melihat objek yang tergantung di atas landasan rollercoaster.

" k-korang ."

" KORANGG !! " Ihah jatuh terduduk sambil jari telunjuknya terketar ketar menghala ke arah objek tadi .

enam perempuan itu mula berlari mendapatkan Ihah yang dalam esakan .

" D-dini ? "

ya .objek yang tergantung di atas landasan rollercoaster tu Dini , kawan mereka . Keadaannya yang berlumuran darah , bebola mata seperti dicungkil dan tanpa kaki membuatkan ia lebih ngeri .

" innalillah . " wawa memeluk erat Ihah yang masih dalam esakan akibat panik .

" jadi , ape yang kau cakap memang betul . dini dah mati . " bisik wawa .

" sekarang , kita jangan berpecah . jangan sesekali korang pergi mana mana tempat berseorangan .please jangan cari nahas . " pesan Siti dalam nada yang serius .

Mereka sedar yang mereka bukan hanya bertujuh dalam funfair ni , masih ada orang lain yang bersama dengan mereka .



"one dead , seven left ."
-il-

EXITWhere stories live. Discover now