E : 16

96 15 0
                                    

10-Nights Fun
8:15 p.m.

seventh day

hujan yang lebat menemani malam empat perempuan. sejak kehilangan empat orang rakan sekaligus , mereka makin buntu dan berura ura untuk berputus asa mencari pintu keluar .

dalam hening malam , figura perempuan bangun dari duduk dan cuba melangkah .

" kau nak pergi mana ira ?" perempuan itu membiarkan soalan Mimi tanpa jawapan .

" jawab soalan aku !" Mimi bangun lalu menarik lengan Ira kasar mengakibatkan badannya berpaling ke belakang .

" somewhere ." jawabnya selamba, menaikkan lagi marah Mimi .

" korang boleh tolong berhenti bertengkar tak? perit telinga aku dengar . " Wawa mula menyampuk. Ira merentap lengannya dari pegangan Mimi .

Mimi memejam mata dan membukanya kembali . nafas ditarik dan dihembus bagi mengawal emosinya .

" ira please .kau tak boleh tinggalkan kitaorang. dengan bilangan kita yang semakin kecil , peluang untuk keluar makin tipis ." dalam kegelapan malam dan hanya disinari dengan lampu lampu kecil , ira mengangkat muka lalu mata mereka bertaut .

" okey fine . aku takkan tinggalkan korang tapi tolongla aku merayu sangat jangan berhenti cari pintu exit. " luah ira . sebenarnya dia agak kesal apabila mengetahui yang perempuan dihadapannya sudah mula berputus asa.

mimi diam sejenak sebelum kembali bersuara .

" aku jan-"

" ah !" mata mereka tertumpu pada kedudukan siti .

" mana wawa ?" siti mula kaku .

" tadi dia ada dekat sebelah aku . aku yakin!" siti bangkit dari duduk dan bergerak ke arah mereka berdua.

" tolonglah jangan jadi lagi ." mimi tidak lagi takut seperti dulu malah dirinya kini hanya disebelungi dengan kemarahan .

" arhh !" jeritan wawa bergema di seluruh tingkat lima. mata mereka melilau mencari keberadaan rakan mereka.

" hahahahaha! " suara jeritan wawa ditemani dengan suara mengilai seorang perempuan.

" sini ! " jerit seseorang menarik perhatian mereka .

seorang perempuan bertopeng bersama figura yang diikat pada leher.

" kau nak dia ni kan ?" perempuan itu mula bersuara menggunakan speaker.

" lepaskan dia . beritahu aku apa yang kau nak ?" ira melangkah kehadapan dan bersuara lantang .

" apa yang aku nak ? aku nak bersihkan maruah keluarga aku dan — " perempuan tadi memandang wawa sebelum menyambung ayatnya .

— hapuskan korang ." dia mula tergelak sinis .

" su-suara tu , suara dia ." bisik Siti pada Mimi lalu Mimi mengerutkan dahi .

" untuk apa kau hapuskan kitaorang ? apa sal-" mimi menghalang percakapan ira dan berdiri lebih hadapan dari ira .

" aku tahu siapa kau dan aku tahu kenapa kau buat semua ni . tapi aku merayu dekat kau bagi peluang untuk kitaorang tebus salah kitaorang dekat kau ." mimi memberanikan diri bersuara di hadapan perempuan gila itu.

" seribu kali kau tebus salah kau , laila takkan hidup balik . " perempuan itu mula bernada sayu tetapi kembali mengekalkan renungan tajamnya.

" and sekarang aku nak gantikan nyawa dengan nyawa . kau suka game yang adil kan ." sinis sahaja perempuan itu berkata kata . parang ditangannya bergerak ke tali yang menyambung ikatan leher wawa .

" sekarang kau ada dua pilihan . first , aku potong tali ni dan dia akan jatuh tersusuk anak panah pada lantai. second , aku tolak dia dari atas ni dan dia mati tergantung . "

tiga perempuan itu mula memandang antara satu sama lain dengan riak takut . kedua kedua pilihan yang diberikan ialah sama , wawa akan tetap mati .

" macam mana ni ? " bisik siti pada mereka berdua .

" sabar ." mimi kembali memandang perempuan tadi .

" aku takkan pilih mana mana pilihan yang kau bagi ! " tengking Mimi merenung perempuan itu dengan bengis .

" hahahaha nampaknya kau dah buat pilihan yang bernas ." mereka tersentak .

" jangan !"

" ah !"

kini hanya kepala wawa yang tergantung pada tali . ya , perempuan itu melibaskan parangnya memisahkan bahagian badan dan kepala wawa atau lebih tepat kepala wawa dipancung .

lutut ira lemah menyentuh lantai . dia terduduk dek melihat apa yang baru sahaja berlaku .kepalanya ditunduk dan cecair jernih jatuh di atas lantai .

" kau ! " perempuan tadi telah hilang , ghaib .

mimi dan siti berkongsi pandangan sebelum kedua duanya memandang ira yang terduduk di lantai .

" ira ka-"

" jangan sentuh aku!" tengking Ira . pantas siti mengalihkan telapak tangannya yang cuba menyentuh belakang badan ira .

" you owe me an explanation ."

" best kan show aku tadi ."
- il -

EXITWhere stories live. Discover now