ᗷᗩᗷ 1

5.6K 323 36
                                    

"Awak... andai kata lah saya mati dulu... Awak nak ke kahwin lain? " Azhar memulakan bicara kepada kekasihnya di hadapannya.

"Sampai bila bila pun Nina takkan duakan Azhar. Lagipun Nina taknak Azhar mati dulu, biar Nina mati dulu, nak tengok Azhar setia tak."

Pasangan kekasih itu bergelak tawa. Tidak sedar mereka baru berumur 17 tahun. Masih darah muda lagi, ramai lagi yang boleh dicari ketika tamat persekolahan.

"Saya takkan duakan awaklah Nina, saya sayang awak sangat sangat... sayang sangat." Azhar tidak segan silu mengucap kata sayang kepada insan yang belum tentu menjadi bakal isteri nya.

"Nina akan kahwin ngan Azhar sorang je, even Azhar mintak putus, even Azhar dah takde... Nina tetap setia, takkan cari sesape, biar Nina bujang sampai mati. Nina janji."

Sungguh perkataan dari insan yang mabuk bercinta perlu diperhatikan. Mereka ligat mengeluarkan kata kata atau janji janji yang tentu sangat tidak sepatutnya dikeluarkan remaja seusia mereka.

***
"Awak tinggal sini ke?!" Azhar mula berasa otaknya ligat memilih bahan pertanyaan. Segar bugar fikirannya memandangkan dia sudah mengetahui dia berada di tempat tinggalnya.

Terperanjat perempuan di depannya. Apa tidaknya, tiba-tiba sahaja insan yang agak pendiam didepannya lantang bertanya, jerit pulak tu.

Kelihatan beberapa orang melihat mereka berdua sebelum fokus dengan gadjet ditangan masing masing.

"Eishh, jangan jerit jerit, orang tengok ah... Tak malu ke?" Si gadis menekup mulut Azhar. Azhar melepaskan perlahan tangan kecil milik si gadis, membuat eskpresi meminta maaf.

"Ye, ye saya tinggal sini. Kenapa awak?"

Si gadis merenung wajah lelaki didepannya. Jika diperhatikan boleh tahan hensem jugak lelaki itu. Kulit hitam manis ditambahi janggut sejemput menambah ketampanan si lelaki. Bajunya juga walau agak tradisional tetapi cantik dan kemas.

"Boleh saya minta tolong tak?" Azhar memasang niat untuk meminta tolong si gadis. Ianya akan memudahkan dirinya untuk mencari lebih lanjut asbab kenapa dia dihantar di zaman ini.

"Tentu, tapi sebelum tu, nama awak apa? Awak tinggal mana? Apa awak buat kat sini? Awak tak nampak cam pengemis..." Direct dirinya bertanya.

Azhar ketawa kecil melihat riak muka si gadis yang memasang wajah ingin tahu, comel pun ada. Azhar memikirkan untuk mengenali lebih rapat perempuan didepannya.

"Eh banyaknya soalan hahahaha awak dulu, umur berapa? Nama?" Tenang Azhar menjawab.

"Ehh kita pulak yang kena soal, padahal kita yang menyoal... hm yelah, saya Nurul Syifa, sekolah lagi, umur mana leh gitau. Rahsia ah."

Azhar tersenyum melihat kecomelan gadis didepannya. Segala tingkah laku si gadis menarik perhatiannya.

"Kalau aku takde makwe dah lama aku amik pompuan ni, adu pesal la aku ada makwe, selamat la aku ni jenis yang setia."

Monolognya bersuara. Azhar mengingat akan kekasihnya sebentar, manalah perginya gerangan kekasihnya itu.

"Hahaha saya Azhar, umur kita sama kot hahaha, cuba bagitahu umur awak, camtulah umur saya, saya memang bukan pengemis, dah kenapa pulak awak ingat saya pengemis? hahaha lagi satu, tak geli ke saya awak ni hahahah."

Azhar menuturkan suara. Syifa tersenyum sedikit. Entah kenapa dia tertarik dengan Azhar. Tertarik untuk mengenali lebih rapat akan diri Azhar.

Syifa menyoal. Azhar tersenyum gembira. Tentu kerana teknik tersebut memberikan jawapan kepada umur mereka.

TIME TRAVEL LOVE STORYजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें