ᗷᗩᗷ 5

2.2K 195 10
                                    

"Azhar tunggu sekejap tau." Zulaikha terus meluru masuk ke dalam rumahnya dan terdengar 'Doom dam doom dam!!!' kat dalam. Beberapa waktu kemudian, Zulaikha keluar dan menyuruh Azhar masuk.

"Assalamualaikum." Salam diucapkan beriringan langkah kakinya.

"Waalaikumussalam, masuklah dulu." Salamnya dijawab seorang wanita dengan senyuman menawan. Wajah yang tidak asing melekakan pandangan Azhar.

"Sa... Saya em terima kasih, makcik." Wanita itu sekadar tersenyum, Azhar berdebar tak menentu.

"Patut ke aku tanya dia sekarang, borak ngan dia sekarang? Patut ke? Tak ke awal sangat, argh kau ni bodoh ah Azhar, selalu buat keputusan tak menentu."

Puas Azhar menyumpah serana dirinya. Tiba tiba dia berasa takut ingin mengetahui punca perpisahan mereka, tiba tiba dia takut ingin berbual dengan kekasih hatinya 20 tahun lebih tua.

"Dah berapa lama awak dengan anak saya? Makcik taktahu pun selama ni dia ada buah hati heheh."

Azhar tidak ingin dirinya terlihat seperti dalam keperitan. Dia perlu berpura-pura tidak kenal orang di depannya ini.

"Hahaha, saya dengan anak makcik takde apa apa lah, saya pun baru kenal anak makcik. Saya datang sini pun sebab.. sebab.."

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, Azhar memikirkan alasan tepat mengapa dia datang ke rumah ini. Sesungguhnya Azhar seorang yang suka berbuat sesuatu tanpa berfikir dahulu.

"Sebab memang hobi saya lawat rumah kawan kawan baru saya. " Kata akhir dapat dicapai.

"Begitu rupanya, apa nama kamu tadi, Azhar eh?" Ainina tersenyum nipis, dalam senyuman seakan penuh perasaan terbiar tanpa dibalas.

"Ha... Haah nama saya Azhar. Kenapa makcik?" Azhar masih cuba mengawal perasaannya dari terkeluar. Dirinya dalam keadaan tidak selesa, berbagai perasaan aneh terlintas di buah fikirannya.

"Nama kamu ingatkan makcik dengan kekasih makcik dulu hahaha, ni jangan bagitahu anak makcik dengan suami makcik pulak, makcik cerita kat kamu je tau, khas sebab nama kamu sama dengan dia."

Azhar terkesima. Dia tidak sangka dia dapat mengorek rahsia dirinya tanpa bertanya kepada empunya kekasih. Azhar bersedia jiwa raga untuk mendengar.

Ainina memandang gerangan remaja di depannya. Wajahnya iras iras dengan wajah kekasihnya tak lama dulu. Mata besarnya yang berkilau di tambah janggut sejemput, sungguh iras dengan kekasihnya. Ainina menarik nafas panjang.

"Sebelum makcik dikahwinkan dengan suami makcik, makcik pernah ada kekasih, zaman sekolah sekolah macam kamu jugaklah, hahahaa."

Azhar ketawa pura pura, sebagai alasan untuk Ainina meneruskan ceritanya. Sebenarnya hatinya sudah berdebar dalam kerisauan melanda. Ainina menyambung ceritanya.

"Start form 1 kami rapat, sekolah rendah kami sama sama tapi takdelah jalinkan hubungan, hahaha ke sini pulak cerita. Pendek ceritalah kan, ada sesuatu terjadi buatkan makcik tak dapat bersama dia."

Ainina memendekkan cerita. Entah kenapa dirinya sebak mengenangkan kekasih hatinya meskipun dirinya sudah mempunyai pasangan halal.

"Apa yang jadi makcik? Masa tu umur makcik berapa?" Azhar mahu mengorek rahsia lebih dalam lagi, Ainina sedia untuk bercerita.

"Masa tu form 5, dalam bulan 5 camtu, dia tiba-tiba... Azhar tiba-tiba..." Ainina menarik nafas dingin, Azhar mengeluh pendek, dirinya tidak sabar ingin mengetahui rahsia di sebalik segalanya.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now