ᗷᗩᗷ 16

1.2K 109 5
                                    

"SYIFA!" Azhar terjaga dari mimpi ngerinya. Ya... Mimpi...

Kelihatan Syifa di depannya melihatnya dengan wajah bersalah. Memang dia bersalah pun sebenarnya.

"HA... HA YE?!" Syifa mengetap bibirnya. Dia kantoi untuk kedua kalinya. Azhar memandang Syifa pelik. Pertama, kenapa dia memanggil Syifa, kedua kenapa Syifa berada di biliknya lagi.

"Ada perlu apa sampai Syifa asyik datang bilik Azhar ni?" Terasa agak pedih di sekitar mata Azhar. Azhar mencuba mengelapnya.

"Air? Aku menangis ke?" Syifa melihat saja tingkah Azhar. Sepertinya dia tidak sedar yang dia menangis.

"Syifa... Sebenarnya..." Azhar menatap lembut wajah Syifa. Wajah yang dirinduinya sekejap tadi. Nampaknya dia sudah sayang kepada gadis kecil ini.

Abaikan dulu soal menangis, mungkin menangis kerana merindukan semua. Mungkin menangis kerana memikirkan bakal berpisah bersama semuanya.

"Syifa nak tahu pasal Azhar je kan?" Azhar berkata sambil tersenyum. Dia lihat wajah Syifa berubah. Sepertinya perkataannya benar belaka.

"Azhar... Azhar boleh tak jujur dengan Syifa. Syifa tahu Azhar tak jujur lagi. Betul kan?" Azhar menarik nafas dalam senyuman. Syifa benar benar menarik perhatiannya. Dia telah berjanji akan memberitahunya. Patutkah sekarang?

"Azhar..." Nama Azhar dipanggil. Bukan oleh Syifa tetapi oleh Encik Haris. Encik Haris tersenyum nipis tatkala itu. Tampaknya dia telah balik awal.

Namun tak dinafikan kedua-duanya tersentak kerana panggilan tidak disangka itu.

"Pakcik ada bawak balik makanan tu, kamu pergi makan. Syifa, pergi ambil pinggan." Syifa membuat mimik muka kecewa. Dia memandang Azhar meminta simpati tapi Azhar tidak melayannya. Azhar tersenyum kepada Encik Haris sesudah Syifa meninggalkan mereka.

"Terasa selamat?" Encik Haris bertanya. Azhar terkejut tapi tetap membalas.

"Pakcik tahu ke? Terima kasih." Azhar dan Encik Haris keduanya tersenyum. Azhar pun berjalan hendak keluar sebelum Encik Haris menahannya.

"Pakcik nak cakap dengan kamu lepasni." Azhar mengangguk setelah Encik Haris menepuk bahunya. Mereka pun keluar pergi ke dapur bersama.

***
"Azhar... Lepasni kita sambung balik tau." Syifa tanpa segan silu bersuara seperti itu di meja makan. Puan Junis hanya memerhati tingkah anak daranya itu.

Encik Haris dan Azhar memandang satu sama lain. Mereka tahu apa yang patut dibualkannya selepas ini sangat penting. Mereka perlu menidakkan permintaan Syifa. Ini masanya mereka berkerjasama!

"Em Syifa, lepasni Azhar kena tolong pakcik, kan kan?" Encik Haris tersenyum lantas mengangguk. Syifa membuat muka.

"Apa ni tadi tak cakap pun..."

"Tadi Azhar lupa, dari haritu Azhar dah janji nak tolong pakcik." Azhar bersungguh-sungguh dalam perannya kali ini. Encik Haris hanya menahan tawa. Syifa memandang Encik Haris.

"Tipu! Setiap kali kita borak pasal tu mesti Azhar ada kerja, penipu ah!" Encik Haris memerhati anaknya itu. Entah kenapa payah pula hendak dijinakkan.

"Kenapa semua ni? Borak apa?" Puan Junis mencelah di tengah saat genting. Semua mata memerhatinya.

"Oh... Oke..." Puan Junis terdiam melihat keadaan menyeramkan di sekelilingnya lalu dia meneruskan makan makanan didepannya itu.

"Syifa... Ayah nak mintak tolong Azhar sesuatu, janganlah paksa dia buat sesuatu yang dia taknak. Boleh kan?" Encik Haris bersuara memecahkan 'gelombang perlawananan" Syifa. Syifa terdiam lalu membenarkan perkataan ayahnya itu.

TIME TRAVEL LOVE STORYOnde histórias criam vida. Descubra agora