ᗷᗩᗷ 18

1.2K 108 2
                                    

Peperiksaan pun bermula. Itu adalah peperiksaan terakhir sebelum mereka bakal menghadapi percubaan SPM.

Ada yang bersungguh ulang kaji, ada yang bersahaja dengan tak mengulang kaji langsung, ada yang study last minute. Semuanya bergantung kepada sikap murid itu sendiri untuk mengenal masa depan mereka.

"Goodluck Zulaikha! Syafiqah!" Azhar yang menghantar Syifa kepada gengnya sendiri sempat memberi semangat kepada Zulaikha dan Syafiqah.

"Terima kasih Azhar, untunglah Syifa ada pakwe yang pandai en, mesti lepasni dapat top kat kelas." Syafiqah bergurau. Azhar membalas dengan ketawa sebelum dia beredar dari situ. Zulaikha hanya tersenyum palsu melihat Azhar.

Azhar tahu Zulaikha sudah mengalah dengan dirinya, bahkan melayannya pun saja-saja, tapi tidak apa kerana sekurang-kurangnya mereka masih berteman.

"Azwan, siapa dapat nombor satu, dia boleh arahkan siapa yang kalah. Amacam? Kita berdua tanding siapa nombor satu." Azwan yang melongong terkejut dengan kedatangan Azhar.

"Apa kau ni, aku tak pandai bab belajar ni hahah, aku tahu kau pandai, tapi aku terima cabaran kau." Azwan membalas dengan paksa. Sejujurnya dia masih berfikir tentang kejadian semalam. Namun ia harap itu tak menganggunya untuk berjaya.

"Cun!" Azhar tersenyum sambil menunjuk buku lima kepada Azwan. Dia ingin Azwan membalas buku lima itu sebagai tanda persahabatan mereka.

Azhar dan Azwan tersenyum bersama dimana senyuman itu mempunyai kepahitan. Tampaknya mereka berdua berada di posisi yang sama sekarang.

Azhar tahu masanya tidak akan lama lagi, dan bukannya dia memilih untuk berpisah dengan mereka, tetapi dia memilih untuk berkawan sebaik mungkin selagi dia masih di sini. Dia sedar itu menyakitkan, tapi dia lebih sedar bahawa lebih menyakitkan jika putus kawan sebelum dia pergi.

Azwan pula dalam posisi sama. Dia diminta berpindah kerana perkerjaan ayahnya dan ini pertama kalinya ayahnya memohon kepadanya. Walau ia terpaksa berpisah dengan Sofea, dia tidak boleh melawan perintah keluarganya.

***
"Sofea, macam mana dengan exam tadi?" Mata Azwan dan Sofea bertemu. Sofea pelik kenapa Azwan semakin sering bertanya dia, semakin mahu merapatkan diri dengannya. Adakah hanya kerana dia mengetahui Sofea menyukai Azwan?

"Okey je, senang gak ah tadi, Azwan macam mana, mesti rasa senang kan, kan Azwan pandai." Sofea pula bertanya. Azwan hanya tersenyum memandangnya sambil menunjuk isyarat terbaik.

Sofea memerhati dalam-dalam perilaku Azwan. Dia sudah agak, ada something wrong berlaku pada Azwan.

Dia sudah sering memerhati Azwan, mengamati tajam dirinya, dia sudah lama menyukai Azwan, jadi susah tentu dia tahu Azwan ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Jumpa esok Sofea. Hati-hati." Mereka berpisah di rumah Azwan. Sofea sedari tadi memikirkan penyebab Azwan begitu.

Di rumah Azwan...

"Periksa camne? Okey tak?" Azwan hanya mengangguk sambil menunjuk terbaik kepada ibu bapanya. Dia pun berlalu pergi bilik.

"Abang rasa pilihan kita tepat ke? Azwan pun macam dah berubah. Sedih je memanjang, takkan abang tak nampak."

"Itu anak saya juga, takkan saya tak perasan dia dah lain, tapi nak buat macam mana, dah kerja abang berpindah tempat, nak taknak dia kena terima." Berat keluhan dari ibu ayah Azwan. Azwan hanya mendengar dari balik tangga perbualan ibu ayahnya. Dia menghela nafas sedih.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now