ᗷᗩᗷ 10

1.7K 136 7
                                    

"Next question, siapa dapat jawab memang cikgu puji habis. Siapa jurulatih Malaysia yang membawa adik-beradik sidek menjulang Piala Thomas?"

Giliran Azhar mengangkat tangan. Masing-masing murid memerhatinya. Tak Azwan, Azhar. Tak Azhar, Azwan yang jawab soalan. Memang tak adil.

"Yes! Betul, 1 lagi markah untuk kumpulan ni." Azhar memandang Syifa. "Huh! Camne hebat tak aku?" Malangnya Syifa tidak memerhatinya malah sedang memerhati Azwan.

"Eleh, benda senang macamtu pun nak bangga?" Azhar dan Azwan berbalas mata. Azhar memalingkan mukanya segera kerana merasa geram.

"Apa ni semua?! Nak kumpulan 'ASAS' menang ke? Mana cabaran ni?!" Cikgu Ruzi memprovokasi muridnya, masih ada dua hari lagi untuk membuat comeback.

Tapi kalau dibiarkan kumpulan 'ASAS' je yang jawab, memang pemenangnya dah jelas lah.

"Kalau camtu cikgu tambah. Siapa yang menang, cikgu bagi RM50. Amacam semua?" Cikgu Ruzi sebenarnya ingin memastikan generasi kini tidak tenggelam tanpa mengetahui sejarah sejarah tentang Malaysia.

Ramai remaja kini lebih suka bermalas-malasan sehingga sejarah negara sendiri tidak diambil tahu. Dengan cara ini, Cikgu Ruzi dapat menguji kebolehan murid-muridnya.

Masa terus berlalu. Tamatlah waktu persekolahan. Syifa pulang dengan Azhar, Azwan pulang dengan Sofea. Walaupun Azwan sering tidak memerdulikan Sofea tetapi mereka sebenarnya kawan baik dari kecil.

"Kau hebatlah tadi Wan. Kagum aku ada kawan macam kau." Sofea memuji kawannya itu namun Azwan tidak begitu mengendahkannya.

"Aku tak macam kau. Ada otak kita kena fikir, ada tangan kita kena angkat, ada mulut kita kena jawab. Bukan diam membisu. Faham?"

Azwan percepatkan langkah kakinya. Dia senyap senyap mengukir senyuman kecil kerana dapat berbual dengan Sofea.

Di tempat lain...

"Hebat lah Azwan tu, aku taktau selama ni ada secret sir kat kelas kita. Weh, serius do, cannot believe ada budak yang boleh saing kau."

Azhar memerhati saja Syifa memuji Azwan. Bukannya dia puji Azhar, nama Azwan sahaja yang disebut-sebut dari tadi. Heish kau tu suka siapa sebenarnya?

"Tapi kan aku rasa Azwan tu--" Azhar segera memotong perkataan Syifa.

"Azwan, Azwan, sakit telinga aku dengar nama dia je kau sebut. Kalau kau suka dia aku boleh cakap dengan dia!"

Azhar mempercepat langkahnya meninggalkan Syifa. Syifa tersenyum nipis. "Eleh jealous ah tu." Hatinya berbunga memikirkan itu.

Syifa segera mengejar Azhar dan berlagak tidak tahu apa apa dengan wajah yang masih tersenyum.

"Okey lepasni Syifa puji Azhar sorang je..." Senyuman lebar kelihatan di pipi Syifa. Azhar berpura mengendahkannya sembari menunggu Syifa memujinya.

"Tunggu kena puji ye...?" Syifa ketawa terbahak-bahak. Azhar menahan malu dan terus berjalan semakin laju meninggalkan Syifa.

"Hahahaha walau macamni pun kau tetap comel Azhar. Jangan risau, kau sorang je pujaan hati aku. Hati aku takkan berpaling." Hati Syifa berbunga-bunga memikirkan perkara itu.

Leka mereka berjalan pulang ke rumah, sebuah kereta berjenama BMW berhenti tepat di depan mereka. Azhar segera menyuruh Syifa ke belakangnya.

Seorang lelaki keluar dari dalam kereta diikuti seorang lagi beberapa saat selepas itu. Kedua-dua laki itu cukup mengejutkan Azhar.

TIME TRAVEL LOVE STORYTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang