ᗷᗩᗷ 9

1.7K 131 5
                                    

"Syifa suka Azhar..." Azhar tergamam. Dia yakin seratus peratus dia tak salah dengar. Dia memandang Syifa disebelahnya.

Syifa hanya berdiam tanpa menafikan perkataannya tadi. Dia tersenyum memerhati Azhar. Mulut Azhar terkumat-kamit, seketika berfikir hendak bercakap, seketika dia tidak mampu berbicara.

"Er... Syifa... Armm..." Azhar masih tidak dapat menutur kata. Berbanding pertama kali Syifa confess, kali ni suasana lebih mendebarkan. Lebih lebih lagi dia juga sudah mulai menyukai Syifa.

"Betul ke Syifa suka Azhar?" Dia perlu membiasakan diri menggunakan nama berbanding 'aku kau' pada situasi ini.

Syifa menahan rasa malu, meskipun begitu kalini dia memilih untuk jujur.

"Haah, Syifa suka Azhar. Kenapa?" Benar-benar kali ni Azhar membisu. Syifa sudah memberitahu perasaan dia dengan jelas. Dia pula?

"Eh, kita taknak balik ke? Jomlah balik." Azhar lantas berdiri gugup. Dia tidak berani memandang wajah Syifa. Dia memulakan langkah.

"Azhar nak tinggalkan Syifa ke?" Azhar kembali berhenti. Sudahlah dia gementar, Syifa pula masih bermalas-malasan sambil dirinya sebenarnya mengukir senyuman.

"Hehehe Azhar malu eh? Apalah." Syifa sudah kembali ke dirinya, dia mahu mengenakan Azhar. Suka dirinya melihat wajah Azhar merona merah.

"Diam Syifa! aku tinggalkan kau bebetul nanti." Syifa tersenyum riang. Dia mengikuti gerak langkah Azhar.

Sejujurnya dia sangat lega sudah meluahkan perasaannya. Tidak perlu lah dia memendam perasaannya lama lama sehingga dia sakit.

Mereka pun berjalan beriringan. Azhar sekejap-kejap mengerling Syifa. Syifa masih lagi tersenyum sambil bersuara 'la la la'. Dia suka agaknya tengok Azhar malu.

"Kau cantik Syifa, betul betul cantik. Tapi kan Syifa, aku tak mampu bahagiakan kau, aku bukan dari sini. Aku boleh pergi bila bila masa saja. Maaf Syifa, aku tetap sayang kau."

Cukuplah dia berkata dalam hati. Tak mampu lagi dia luahkan secara berdepan. Tapi dia janji, dia bakal meluahkan segalanya secepat mungkin apabila dia dah bersedia.

"Jalan cepat sikitlah!" Azhar mengarah Syifa. Dia sempat melihat wajah manis Syifa yang sedang menyamakan langkah kakinya dengan Azhar.

Azhar hanya mampu mengukir senyuman kecil sebelum menunduk ke bawah. Syifa juga tak henti memandang Azhar yang kelihatan comel berpura-pura garang namun sebenarnya? dalam hati ada taman.😤♥️

***
"Lamanya jalan-jalan?" Suara Encik Haris memecah hening. Azhar dan Syifa menatap satu sama lain. Tak lupa, Puan Junis memandang risau kepada anak daranya itu.

"Tadi tak berlaku apa-apa kan?" Azhar dan Syifa menundukkan kepala. Mereka berasa tak tenteram sekarang ni. Ada apa-apa yang menyebabkan mereka terlibat dalam suasana mencengkam ini ke?

"Ta... Tadi okey je ayah, takde jadi apa-apa." Syifa bersuara dengan hanya memandang lantai, dirinya takut ibu bapanya tahu apa yang berlaku tadi.

"Kalau ada yang berlaku cakap! Bukan diam je. Betul ke takde ni?!" Encik Haris mengeraskan suara. Azhar terus mengangkat kepala.

"Sebenarnya pakcik--" katanya katanya putus dek kerana Puan Junis pantas mencelah.

"Syifa luka kat mana? Kenapa Syifa selalu buat ibu risau ni? Ni ibu tengok mana yang luka, sini Syifa sini."

Muka Puan Junis kelihatan sangat cemas. Dia gementar tatkala memegang wajah anaknya. Aura seorang ibu terpancar ketika itu. Azhar dan Encik Haris memandang satu sama lain seketika lalu kembali ke 'drama' di depan mereka.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now