BAB 8

1K 17 0
                                    

NOH duduk sambil membuang pandangan ke luar kafe. Dia terus ke situ sebaik saja selesai mesyuarat di Noh Group.

"Haih, termenung panjang aje uncle hari ni. Tengah dilamun cinta ke?"

Umar muncul dengan piring berisi sepotong kek raspberry pistachio.

Noh menoleh. Dia memandang Umar yang meletak piring di atas meja dan terus duduk di hadapannya. Dahinya berkerut pelik.

Umar tersenyum. "Ni untuk uncle. Umar sendiri yang buat ni. Makanlah dan bagi komen."

"Umar kan tahu uncle tak suka makanan manis. Umar ajelah makan. Tak pun mintak staf testing."

"Alah, cubalah makan sikit uncle. Bukannya boleh jatuh sakit pun kalau rasa sedikit kan?" Umar cuba memujuk Noh supaya merasa kek hasil air tangannya.

Noh mengecilkan matanya sebelum membalas.

"Dah uncle tak suka kan? Kalau terdesak sangat? Kenapa tak mintak aje Maryam rasa?"

Air muka Umar terus berubah mendengarkan nama gadis itu disebut. Dia terus membisu. Kaku di tempat duduknya.

Noh perasan akan perubahan mendadak pada raut wajah anak saudaranya itu. Nampak suram.

"Apa jadi dengan perempuan yang Umar nak sangat kahwin tu?" Umar pandang Noh dengan pandangan kosong.

"Umar?" panggil Noh lalu memetik jari di hadapannya.

Umar tersedar lalu tersenyum paksa.

"Putus cinta lagi? Korang memang tak ada kerja eh, beberapa kali putus lepas tu sambung balik."

"Bukanlah... Kita orang memang betul-betul dah putus cinta sekarang ni..."

Kepala Umar tertunduk. Air mukanya nampak sedih.

"Encik Umar, ada orang nak jumpa."

Kemunculan Dea membuatkan Noh dan Umar serentak memandangnya.

"Siapa?" soal Umar hairan.

"Buah..."

"Sayang... Are you still mad?"

Belum sempat Dea menghabiskan kata-katanya, seorang gadis dengan gaya hijabista muncul. Umar terus melompat dari kerusinya kerana terlalu terkejut. Noh dan Dea saling berpandangan.

Dea masih tidak menyangka Umar sebenarnya adalah pemilik kafe yang menjadi tempatnya bekerja hampir setahun. Barulah Dea faham mengapa Umar sentiasa ada di kafe.

"Mar... Maryam! Ehem, you buat apa dekat sini?"

Sedaya upaya Umar mengetatkan mukanya sambil berpeluk tubuh. Tidak mahu terlalu nampak rasa terujanya. Kononnya mahu jual mahal.

"Sayang, maafkan I boleh? You tahu kan emosi I tak betul setiap kali... ehem, datang bulan? Jadi, apa yang I cakap masa tu bukannya datang daripada hati, tapi daripada emosi seorang perempuan yang kurang stabil. You faham kan?"

"Jadi, setiap kali you datang bulan, you nak mintak putus disebabkan emosi you kurang stabil? Macam tu?"

Berkerut dahi Noh menyaksikan sketsa penuh drama itu. Mahu saja dia meminta mereka beredar dari situ.

Manakala Dea sudah menekup mulut menahan ketawa. Matanya sempat melirik Noh yang nampak tidak terjejas langsung dengan sketsa yang menggelikan hati itu. Memang patut pun Amina menggelarnya Mr. Beast. Mengingatkan Amina membuatkan senyumannya mati.

"Maafkanlah I, sayang. I betul-betul menyesal dengan apa yang I cakap dekat you hari tu. Boleh tak kita bercakap sekejap secara privasi?" pinta Maryam sebelum matanya melirik penuh segan ke arah Noh dan Dea.

BIAR HANYA AKUWhere stories live. Discover now